Actually, aku mempunyai ramai sepupu lelaki berbanding sepupu perempuan sebab tu aku rapat sangat dengan qilah, dia anak sulung kepada makndak aku, makndak adalah adik kepada puan ibu. Kami memang rapat dari kecik yakni zaman hingusan. Zaman memanjat pokok belimbing tanpa segan silunya. Aku pakai skirt pun, boleh lagi panjat pokok tu ha. Pedulik hapa aku. Dengan sepupu lelaki, bila dah semakin anak dara ni, tak ada la rapat mana pun. Malu! Rasanya mereka lagi malu dengan aku |hahahaha| ;/
So sebagai sepupu yang prihatin dan mengambil berat, kenalah ingat birthday mereka. Yang ada kat facebook tu senanglah nak ingat. Kalau yang siap hide bagai birthday kat facebook, memang jenuh jugaklah aku nak ingat. Kalau qilah tu, memang dah set dalam kepala 23 september, kalau bahtiar, dalam bulan 12.. Tak apa, dalam facebook ada tulis. Kalau mi dan shuhada memang sama bulan dengan aku. Habis, wan, hakim, haris, irfan.. bla.. bla.. bla.. Macam mana? Pandai pandai la Anis (*_______*)
By the way, syukur dikurnai ramai sepupu yang seangkatan umurnya. Lahir sama sama. Membesar sama sama dan insyaAllah, gerenti kahwin lepas ni berderet je |hahaha| Tahun ni, dua orang atau tiga orang sepupu akan melangkah ke fasa perkahwinan. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Ohh yee.. Semua lelaki. Dah kata kan tadi, sepupu aku rmai lelaki :D
Dylla pun zaman tadika dulu suka panjat pokok dengan skirt hahaha
ReplyDeleteHaha. Bila ingat balik.. Mesti lawak kan? :D
Delete