Penceroboh tanpa diundang. Eh. Selama ni penceroboh diundang kah? haha |
Assalammualaikum semua :) Tempiras. Pernah dengar tak? Dia sejenis serangga yang kalau kena gigit memang best. Berjiwa dan bercinta la haii sakit dia. Serangga ni memang suka duduk tempat yang tersembunyi dekat anggota badan macam kat telinga, dalam telinga, kat ketiak dan tempat tempat yang tersembunyi la -.-
Disebabkan aku ni suka sangat main kucing, so aku pun tak terkecuali kena gigit dengan serangga ni. Bangun pagi tu rasa sakit sakit kat lengan berhampiran dengan ketiak. Hah, mesti tempiras ni nak skodeng ketiak aku tapi tak kesampaian |hahaha| Aku pun mintak puan ibu tolong tengokkan, apakah yang menyebabkan sakit sangat. Sekali puan ibu kata tempiras. Dah mati dah pun dan dah sebati dengan isi. Alamak aii, kalau dah sebati dengan isi.. Memang susahla nak cabut (&.&)
Puan ibu letak minyak gamat sikit dan terus cabut. Serius, memang sakit. Kalau cabut tu kena hati hati sikit takut kaki dia tertinggal. Ini akan menyebabkan luka akan bertambah teruk. Tempiras ni, sekali dia melekat dan dia akan tinggalkan luka kecik je tapi sakit dia Allah sahaja yang tahu. Sebab tu ada sesetangah orang bila kena gigit dengan tempiras, dia boleh demam sebab effect sakit dia tu. Aku ni pun just lenguh lenguh je tangan ^^
Sebelum ni, aku pernah jugak kena. Time tu kat telinga, masa syauqi cabut tempiras tu tak ada la sakit sangat pun mungkin sebab serangga tu tak sebati lagi dengan isi. Suka betul tempiras kat aku kan, biasala budak buas tak reti duduk diam. Tinggal pulak kat kawasan kampung, memang famous la serangga tu (-.*)
Korang tahu tak tempiras tu macam mana? Meh, balik kampung. Kita p cari dalam hutan. Kat binatang macam kucing tu pun tempiras suka betul bermastautin. Sudah sudahla tu tempiras. Okeyla, jaga hubungan dengan Allah. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan ibu dan abah serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Daaaa ^^
takutnya kalau terkena :( selalu jugak main ngan kucing, risau tempiras ni menyibuk nak gigit juga
ReplyDeleteHati hatila. Kalau gatal tu better cek cepat cepat. Kalau dah lama tempiras melekat. Memang sakitla nak cabut. Huhu ^^
Delete