Thursday, 28 January 2016

Attention Please



SUMBER


Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, 

bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, 

pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, 

memaafkan walaupun bukan salah sendiri, 

menerima kekurangan dengan senyuman, 

menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, 

berdiri, berlari silap hari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk. 

Dinding pun nampak macam tilam, 

saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, 

sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umur setahun walaupun tengah penat sebakul,

 tidur walaupun mata masih segar bugar, 

tersenyum walaupun tengah moody, 

sedia basuh atau gosok pakaian berdouble double

dulu hanya double

rela bancuh air bukan untuk satu mug tapi dua mug

masih tersenyum walaupun bukan salah sendiri

kuat untuk hadapi

susah sama susah dan senang sama senang


dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.



Walaupun bukan setiap hari begini, 

tapi itulah perumpamaan perkahwinan, 

commitment lelaki mahupun perempuan.. 


jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini?

 just prepare.




Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu...




***psst : Peringatan untuk diri sendiri yang belum berkahwin ni 

5 comments:

  1. Terima kasih untuk peringatan ni.. baru sedar diri ni tak sedia nak pikul..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama :) InsyaAllah, suatu hari nanti bila dah ready semuanya.. Akan mudahnya memikul semua tu ^^

      Delete
  2. Terima kasih untuk peringatan ni.. baru sedar diri ni tak sedia nak pikul..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)