Friday, 15 January 2016

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER #ROUND 1

JOIN!

Assalammualaikum semua :) Harini Anis berbesar hati untuk join Segmen : Jom Tambah Follower #Round 1 yang dianjurkan oleh jmbelog. Terima kasih kerana sudi menjemput Anis untuk join segmen nih :) Okey, jom kita start jawab satu persatu pertanyaan daripada jmbelog ni |hahahaha| Rasa macam retis fofular pulak kan yang sentiasa dihujani soalan soalan yang panas. Fuhhh! (^_______^)!


!) Nama diberi adalah Anis Khalilah bt Abdul Rani. Masih berhempas pulas didalam bidang menuntut ilmu dan ingin menggenggam impian yang dipanggil sebuah kejayaan. InsyaAllah.. Andai Allah izinkan semua itu. Anis merupakan anak sulung kepada tiga orang adik dan sebab itu Anis kena bekerja kuat untuk menjadi contoh terbaik untuk adik adik. Masih milik hakiki kepada encik abah dan puan ibu dan bakal di angkat status sebagai seorang isteri tidak lama lagi. InsyaAllah :)

2) Dilahirkan di negeri Kedah Darul Aman. Ya. Negeri jelapang padi baqhang! Anis dilahirkan di rumah tokwan dan disambut gembira oleh seorang bidan kampung dan seluruh seisi keluarga. Alhamdulillah, tak dan nak bawak p hospital! Lepastu, Anis dibesarkan di Johor Darul Takzim. Dari utara ke selatan pulak. Tinggal di selatan tanah air sehingga berusia 20 tahun.

3) Bila ada masalah dan stress, first.. Mengadu kepada Allah dan berserah pada Dia. Dia bagi masalah dan jalan penyelesaian jugak dari Dia. Percayalah! Kedua, Anis lebih selesa mengadu dekat encik tunang. Nanti dia bagi tips atau nasihat, alhamdulillah. Dengan itu jugak Anis boleh scan balik diri ni.. Masalah itu berpunca dari diri sendiri atau bukan. Ketiga, Anis suka tidur sebab malas nak fikir :)

4) Idea untuk berblog tu datang apabila Anis selalu baca kawan kawan punya blog, mereka selalu share di facebook. Dalam hati berdetik, macam best je kalau ada blog sendiri. Boleh luah semua dalam tu |hehehe| Lepastu, Anis suka baca blog yang ditaip oleh Fieyqa Adelova sebab ringkas, padat dan best. Penggunaan bahasa jugak buat Anis tertarik.  Dari situ semangat tu datang untuk berblog.

5) Anis start berblog sejak August 2011. Masa tu berumur 19 tahun. Bagi Anis, itu zaman hingusan lagi. Taip entri pun tunggang terbalik lagi |hahaha| Tapi biarla entri tu, Anis tak nak detele sebab nak jadikan kenangan time zaman hingusan. Bila baca balik, mesti dalam hati berkata "ntah apa apa menaip. Orang nak menaip, kita pun sibuk nak menaip!" Disebabkan masih seorang pelajar, Anis jarang update dan start penghujung 2015 Anis akan aktif balik dalam dunia berblogging ni. InsyaAllah.

6) Hadiah yang paling istimewa yang pernah Anis dapat sempena hari lahir adalah sepasang telekung yang dihadiahkan oleh puan ibu pada tahun 2012. Alhamdulillah, sehingga ke harini Anis masih guna telekung tersebut sebab telekung tu masih elok dan cantik. Hadiah kedua yang dikira sebagai istimewa juga adalah sepasang kain dan ia nya daripada bakal keluarga mentua. Cehwahhh! Okey, dah.

7) Ciri ciri sebagai teman hidup yang dicari adalah.. Jeng jeng jeng |hahaha| Pertama sekali adalah seorang yang solatnya memang tak tinggal :) Dia lebih mementingkan Allah dari segalanya, senang cerita dia dari keturunan dan golongan yang baik baik. InsyaAllah. Kedua, dia hormat ibu dia, Sebab apa? Jika dia hormat ibu dia, insyaAllah.. Dia juga akan hormat juga kepada wanita yang bernama isteri, Ketiga, dia gigih mencari rezeki yang halal walaupun kerja biasa biasa dan tak pernah melupakan family dia walau sesaat. 

8) Ucapan yang paling istimewa adalah dari puan ibu sendiri yang berbunyi "I Love You Too" |hehehe| dan ucapan ini "Saya pejamkan mata saya dengan sebatang pen dan kertas di hadapan saya. Saya ambil pen itu dan mula menulis semuanya. Bila saya buka mata saya semula, apa yang saya nampak adalah nama awak ;)" Rasa macam berada diawang awangan saja.

9) Bagi Anis, blog JM simple dan mudah nak cari entri JM dan apa apa la yang nak di cari. Latar belakang yang plain berwarna putih. sejuk je mata memandang. Bagi Anis okey, tapi kalau letak warna sikit, lagi okey |hehehe| jangan mara ye JM. Kalau Jm selesa dengan blog jm sekarang, okey je kan :)

10) Berapa peratus? Anis masih baru dalam dunia blogging ni, rasa macam tak layak lagi bagi berapa peratus sebab JM lagi senior dari Anis tapi serius, Anis suka blog JM. Terus berblogging ye JM. Selamat maju jaya.

5 comments:

  1. Ada nama kita lah. Terharunya :/ Blog fieyqa biasa2 je kak. Bahasa pun... Kdg2 baca entri sendiri rasa mcm budak2 sgt. Haha. Anyway all the best in ur life. Fieyqa doakan yg terbaik untuk akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi akak suka (^________^) alhamdulillah. Terima kasih ye fiqa :) Dan akak jugak akan doakan yang terbaik buat fieqa ^^

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM. TERIMA KASIH. PENGISIAN TERBAIK, BANYAK YANG TERSURAT DAN TERSIRAH. IN SHAA ALLAH, JM AKAN CUBA UBAH RUPA BLOG JM YA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm JM. Alhamdulillah. Sama sama dan Terima kasih kembali :)

      Delete
  3. ROUND # 2 : http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-round-2.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)