Monday 11 January 2016

GIVEAWAY : KENANGAN MANIS 2015


                                                KLIK SINI untuk join

Asslammualaikum semua :) harini nak join pulak segmen Giveaway : Kenangan Manis 2105 yang dianjurkan oleh SteLLa iSLE yang bermula pada 9 Januari 2016 dan tamat pada 20 Januari 2016. Jomla join sementara masa masih ada. Hadiah istimewa juga telah disediakan untuk mereka yang bertuah. Bestnyeeee. Mudah mudahan ada rezeki Anis di situ. Amin. Kalau nak tahu apa hadiahnya, boleh KLIK SINI yang kat atas tu  (^_____*)


So untuk memenuhi syarat Giveaway : Kenaangan Manis 2015, kena cerita serba ringkas tentang kenangan manis 2015. Apa ek kenangan manis daku time dua kosong satu lima? Okey, yang paling Anis tak boleh lupa time 2015 adalah apabila dapat balik Kluang, Johor. Masa tu baru habis exam untuk semester lima dan ia merupakan final year kat UiTM sebelum praktikal. Konon kononya lepas exam tu nak release tension la kan. Empat hari jugak Anis ke sana :)


Sebenarnya, dulu Anis tinggal di Kluang, Johor.. Dekat 20 tahun jugak membesar di sana. Dan sekarang, Anis menetap di Merbok, Kedah. Tahu tak Merbok kat mana? Kalau tak tahu Merbok, Sungai Petani tahu? Ha, dekat dekat la tu ;) Oleh itu, untuk mengubat kerinduan.. Lepas exam, malam tu terus bertolak balik Kluang. Selain rindu daerah Kluang, Anis sangat sangat rindukan daerah Mersing. Mersing terkenal dengan pantai yang cantik dan menarik. Rindu nak hidu air masin pantai tu.. Lagi satu rindu nak makan keropok lekor dari Mersing. Serius! Uhrmmm, teringin pulak tekak nak makan keropok lekor Mersing bila throwback kisah lama ni |hahaha|


Kluang dan Mersing tak jauh mana pun :)


Sampai je Kluang, keesokkan harinya terus pergi Mersing. Punyala rindukan Mersing. Disebabkan lama tak pergi Mersing, kepala pun jadi macam ingat ingat lupa di mana terletaknya kilang keropok lekor yang encik abah selalu beli bila jalan jalan kat Mersing. Anis cuma ingat kilang tu berhampiran dengan sekolah agama. Cari punya cari, akhirnya jumpa. Tak sangka ingatanku masih berfungsi |hihihi| Bila dapat je makan keropok lekor. Wow! Bestnyeee (^______^)


Lepastu terus ke pantai pantai yang terletak di Mersing, panjang kot list pantai yang Anis akan lawati. Pertama sekali Anis ke Pantai Air Papan, Mersing. Anis perasan kat kawasan pantai dah ada pembinaan hotel. Mudahla kan untuk pengunjung menginap. Time Anis pergi tu, air laut tengah pasang dan memang cantik.. Air dan pasir pantai bersih. Mungkin bukan waktu cuti sekolah. So kawasan persekitaran pantai tak kotor.

Perjalanan diteruskan ke Pantai Penyabong, Pantai Pasir Lanun, Teluk Godek dan Pantai Teluk Buih. Pantai Teluk Buih ni dekat dengan dengan Pantai Air Papan, memang nak singgah ke situ sebab pemandangan pantai memang cantik tapi disebabkan dah terlepas signboard. So lalu je la :D seharian tu, memang happy. Mana taknya, perut pun kenyang. Hati pun sonang. Alhamdulillah |heee|


So, untuk tahun 2015 ini adalah salah satu kenaangan yang paling manis. Orang kata, percutian yang paling terindahla walaupun hanya satu hari dan lepastu terkejar kejar nak balik |huhu| Okeyla tu kan, dapat makan keropok lekor dan dapat hidu air laut yang masin tu :D


sempat jugakla candit candit


Credit to :

*** Mr Gentle yang sama sama merealisasikan impian ini :)
*** Dan yang paling terindah lagi untuk tahun 2015, result untuk semester lima adalah the highest dari semester yang sebelumnya. Syukur sekali lagi.
*** Terima kasih orang Kluang.

Okeyla, itu serba sedikit dan serba ringkas tentang kenangan manis 2015. Alhamdulillah. So korang, jomla join. Nak baca jugak kenangan manis korang! :) 

6 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)