Thursday, 11 February 2016

Ceramic Tiles by Printcious

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Assalammualaikum dan haiii semua :) Ingat tak Printcious? Apakah? Alah, yang aku ada order barang kat dia tu. Aku create sendiri ceramic tiles khas buat bff kesayangan aku nih. Actually dia kahwin bulan dua belas tahun lepas, laa ni baru aku sempat nak order hadiah buat dia dan suaminya. Kebetulan raya cina ni aku nak pergi kelantan, so sekali jalan la untuk jumpa dia sekaligus bagi terus hadiah ni. Alhamdulillah. Allah permudahkan :)


Aku order ceramic tiles ni hari jumaat 22/2/2016. Hari sabtu petang tu terus buat payment. RM30 sahaja untuk ceramics tiles bersaiz 11cm x 11cm bersekali dengan gst. Itu sudah pasti. Lepastu amik gambar resit, terus email kepada Printcious. Harga sebenar ceramic tiles ni ada RM25 tapi sekarang tengah discount, so RM20 sahaja tapi bila campur sekali shipping fee, gst jadila harga RM30. Begitula ceritanya :D


Lepas tiga haritu, Printcious siap dah mendesign dan barang siap sedia untuk di pos. Alhamdulillah. Pos pun makan masa sehari dua je. Untuk pengeposan, Printcious menggunakan khidmat Skynet. Alhamdulillah. Barang dijamin sampai dengan selamat dan tak pecah. Pada mulanya, aku risau jugak sebab aku order barangan kaca kot. Kalau pecah, RM30 melayang. Tapi alhamdulillah, Allah jaga. Printcious balut barangan dia pun, tebal kot. Kalau baling pun, gerenti tak pecah |hahaha| (^____^)


Actually, design tu aku pakai gambar asal je dress dan coat pengantin tu. Kalau nak tukar gambar lain, boleh je macam nak letak gambar pengantin yang real punya ke tapi disebabkan kalau letak gambar pengantin, kan benda hidup.. Macam tak elok la. Lagipun malas nak bertekak dengan encik tunang sebab dia bab potret, gambar hidup pantang sikit. So aku dah fikir masak masak dan itula hasilnya (*______*)


Aku ingatkan 11cm tu besarla, sekali bila dah dapat ceramic tiles tu.. Alahai keciknya tak padan dengan harga |hahaha| Lepastu puan ibu mencelah, " Tile tu pun dah mahal Anis oiii." |hihihi| Aku tersengih. Kan dah kena sejibik dengan puan ibu. Oleh itu, bersyukurla dengan apa yang ada depan mata tu. Kepada sesiapa yang nak order tu boleh la KLIK SINI.;)


Okey la, cukup dulu sampai di sini. Nanti aku akan update cerita baru pulak okey. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Ingat tu. Assalammualaikum ^^

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)