Monday, 29 February 2016

New Chapter



Assalammualaikum dan hai hai semua :) Alhamdulillah. Harap semua sihat sihat la ye, InsyaAllah. Baru lepas lunch ni, mengantuknya la. Tapi ku gagahkan juga untuk update entry baru ni |hihihi| Okey, harini dengan rasminya aku umumkan bahawanya sekali lagi aku di tempatkan di Uitm Seri Iskandar, Perak untuk mengikut program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) Alhamdulillah. So di sini cita cita aku. Dan inilah dia kos yang aku nak. Terima kasih Allah. Alhamdulillah (^_____^)


Disebabkan aku masuk untuk penerapan Uitm, so ada pengecualian kredit subjek di Uitm nih. Ni semua kena selesai pada minggu ni jugak. Mungkin ada penerangan dari pensyarah tentang ini. Tadi selesaikan pendaftran, buat kad matrik semua. Syukur selesai. Syukur jugak sebab tempat dah kenal, memang senanglah kerja. Tak ada macam rusa masuk kampung. Aku di tempatkan di kelas 3A untuk semester 3 ni. Jodoh panjang untuk dapat kelas A lagi. Dulu masa diploma, kelas A sokmo. Tak nak dah tukar kelas B atau C :/


Kegembiraan ditambah dengan ex classmate time diploma dulu pun semua satu kelas. Seronok sebab dah kenal walau yang sambung dekat seri iskandar nih seciput sahaja. First tu sedih jugak sebab ramai sambung degree di shah alam tapi tak apa, mereka mereka yang ada di sini akan cipta kegembiraan baru. InsyaAllah. Good luck kawan kawan kat shah alam dan kami di sini - seri iskandar :')


Kad matrik untuk dua tahun sepanjang di uitm :D

Ni nak cerita sikit tentang aktiviti semalam. Bukan apa, nak cerita sebab semalam p tengok wayang, cerita munafik. Serius. Best gila! |huhuhu| Semalam sampai uitm dekat pukul 10 pagi. Encik abah dan puan ibu bertolak balik kat 10.30 lebih lebih jugak, Okey la tu berborak lebih kurang dan tolong angkat barang semua. Dah selesai baru balik. Lepastu encik abah nak amik kawan di stesen bas seri iskandar. Lepas family balik baru aku dan kawan kawan naik fakulti untuk daftar, sekali staff tu bagitahu daftar hari isnin. Daftar kolej, roomate settle semua dah hari sabtu ritu. Syukur untuk sambung study kali ini Allah permudahkan semuanya. Ya semuanya. Moga moga Allah redha. Moga moga berkati. InsyaAllah (*______^)


Tentang cerita yang tengah hot kat panggung yang tengah meletup macam pop corn ni. Memang tak rugi walaupun habis RM12. Jalan cerita menarik. Cerita penuh kejutan, Berdebar debar jantung aku macam nak jumpa encik tunang. |wakakaka| Tapi itu la, berkawan dengan syaitan, musnahla hidup. Syaitan tu musuh manusia tahu tak. Dia akan bawak anak cucu Adam ke neraka bersama sama dia. Dia tak suka anak cucu Adam duduk senang lenang di syurga. Sebab tu dia terus menggoda macam dia goda Adam dalam cerita tu. Adam was was dalam keimanan kepada Allah selepas kematian isterinya. Syukur, last tu. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Besar. Itu sahaja yang terdetik di hati aku. SubhanaAllah. Allah selamatkan Adam dari syaitan dan aku tak jangka pulak yang jahat orang tua tu. Suka suka hati aku kata nabilah huda |hahaha| Aishhh. Bijak pengarah nih. Tahniah . . . 5/5 bintang (^____________^)




Okeyla, cukup sampai di sini dulu. InsyaAllah. Nanti aku update pulak. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling dan doakan kejayaan aku serta kawan kawan di sini. Ya di sini! Terima kasih :D

4 comments:

  1. tahniah dapat sambung degree yer.. hehe..
    ooo cite munafik belum tengok lagi.. tengok la kalau ada masa boleh ler g tgk..


    Blogwalking sini..

    Jom dapatkan freebies header background / turial / sedikit ilmu SEO dan banyak lagi..

    Klik link ini Header Bacground Percuma

    ReplyDelete
  2. tahniah la dapat sambung.. *clap hands*

    ReplyDelete
  3. Salam kak..Akak dpt pengecualian kredit kan?so brapa taun dan tinggal lagi berapa sem untuk dihabiskan degree?tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)