Wednesday, 10 February 2016

Wordless Wednesday #2




Kenapa tak nikah je time belajar?


Orang yang tanya tu, memang senanglah. Senang tanya dan senang cakap. Memang ada je orang nikah time belajar. Lagi Allah permudahkan. Ya. Betul. Aku tak cakap pun salah.Tapi ia atas orang jugak. Tipulah kalau dia cakap bahagia je. Mesti ada deritanya cuma tak nak kecoh. Okey, Allah maha adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti Dia akan memudahkan. Janji, disetiap apa yang dilakukan niat kerana Allah. Maka mudahlah.


Bersyukur dengan apa yang Allah dah rancang buat kita. Sebab apa? Sebab perancangan Allah itu adalah sebaik baiknya. Sebab apa? Sebab Allah merancang dengan penuh kasih sayang.


Buat apa nak nikah dengan tergesa gesa andai diri pun tak cukup ilmu, sesungguhnya orang yang Allah pilih untuk bernikah itu adalah orang yang Allah yakin dengan kemampuan yang dia ada. 


Sekali lagi. Bersyukur!


" Umur baru dua puluh empat. Muda lagi tu. " - maklang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)