WELCOME EVERYBODY
Hello everyone, okay today I nak buat my first mini giveaway for u all.
Alhamdulillah rezeki yang Allah s.w.t bagi kat I sebelum nih, I niat nak share ngan u all so terbitnya this giveaway. Sebab apa I nak share ngan u all this perfume??? Perfume nih perfume favorite I makna kata kat sini sharing is caring...hahhahah..
Okay, one more thing I nak hadiahkan my fellas for their feedback to myblog based on my rules in this giveaway.
All to my friend sudi2 la support my GA yang hanya kecil pemberian nya tapi besar maknanya buat blogger baru seperti saya.
Sekiranya, penyertaan melebihi apa yang saya jangkakan akan ada surprise for u all.
Syarat :-
Follow Blog mimiebella91
Follow Blog Dibawah:
Follow Page Dibawah:
Follow Instagram Dibawah:
Senaraikan blog saya dalam Bloglist
Buat satu Entry bertajuk "FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"
Share Tips Bagaimana anda memilih perfume yang sesuai dengan diri anda?
Minimum 150 patah perkataan.
Tinggalkan Link entry anda di ruangan komen
- dah submit entry boleh rujuk senarai peserta bertuah
- 2 orang pemenang dipilih berdasarkan entry bertajuk"FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"
- semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist saya
- pastikan anda ikut rules dengan tepat tanpa tercicir, Nsyallah Adorable perfume menjadi milik anda
- Segment ini akan berlangsung pada 22 January 2016 hingga 28 February 2016
Tips bagaimana anda memilih perfume yang sesuai dengan diri anda?
Untuk join FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91 ni, Anis kena jawab soalan di atas. Perfume. Siapa tak suka kan? Lagi lagi boleh dibawa solat. So no alcohol. Memang best! Last beli perfume untuk diri sendiri time belajar dekat Bangi, Selangor. Tak pakai pun perfume mahal mahal, cuma cari dekat Reject Shop, Alamanda je pun. Harga RM19.90 je. Time tu beli memang pakai hentam je, janji wangi. |hahaha| -..-"
Kalau untuk diri sendiri, Anis lebih suka perfume yang lembut je baunya dan segar. Anis suka bau buah buahan contohnya macam apple ke. Tapi sebelum beli, Anis lagi suka tanya pendapat kawan kawan dulu tentang bauan tersebut sebab mereka lebih arif dengan personaliti kita, mana yang lebih sesuai kan. Lagi satu, kawan kawan Anis ni tak pandai menipu, kalau perfume tu bau busuk, seriously dia akan kata busuk! |hahaha|
Selain itu, kalau Anis nak try perfume tersebut.. Anis akan try sembur kat tangan dengan satu bauan sahaja, untuk bauan kedua ketiga keempat dan kelima, Anis akan try sembur dekat tangan kawan kawan. Siapla mereka jadi mangsa. Bukan apa, bila guna tempat yang sama dengan berjenis jenis perfume, bauan akan bercampur campur. Sudahnya tak tahu nak pilih yang mana satu. Stress makk kalau macam tu! (^_____^)!
Last sekali, try pilih perfume yang sesuai, serasi bersama dengan personaliti, cuaca negara kita nih dan bau dia lasting, tak ada la sikit sikit nak sembur. Sikit sikit nak sembur |heee|
" Akak! Handsomenye bau ni " - Saidatul Suhana.
Thanks shawal ^^
ReplyDelete