Assalammualaikum semua dan haii :) Asyik bergiveaway, berblogwalking dan besegmen bagai sampai entry luahan sendiri pun dah tak ada. |huhuhu| Maaf. Serius, kekurangan masa. Duk leka berblogwalking, tengok jam dah pukul 12.. Sekejap je masa. Tak dan nak buat apa. So harini nak curik jugak masa untuk menaip luahan hati sendiri. Acecece! (^______^)
Okey, kepada sesiapa yang birthday jatuh pada bulan Februari, Happy Bornday dear! Semoga Allah akan terus merahmati dan memberkati kehidupan kalian semua. InsyaAllah. Kepada yang birthday pada bulan Januari macam aku, teruskan kehidupan dengan umur yang baru ni. Buka minda, buka hati untuk terus melangkah mengharungi rintangan dan cabaran yang berada di hadapan. Chaiyokk! (^____*)
Untuk bulan Januari, aku dah harunginya dengan penuh semangat. Manis dan pahit, aku telan. Walau pahit, aku tak luah. Aku telan sebab mana tahu dalam kepahitan ada manisnya. Contoh macam kopi, kopi pahit kan? Tapi kau tetap pilih kopi, sebab apa? Sebab kopi sedap. Macam tu jugak kehidupan. So February, be nice to me okey (*______*)
Result degree keluar bulan February, Kalau dapat sambung belajar, start belajar pun bulan February. Bulan February ni jugak aku akan ke kelantan dan bulan February ni jugak aku akan tinggalkan rumah. Ohhh. Tidak. Nanti mesti aku akan rindu tilam aku tuh! T.T
Semoga Allah permudahkan segalanya untukmu wahai February :) Moga moga ada berita gembira buat aku. InsyaAllah. So January, terima kasih di atas kenangan yang dah kau cipta. Aku akan ingat sampai bila bila. Dan January, thank you very much di atas kejutan demi kejutan buat aku. aku bersyukur di atas segalanya. Ohh ye January, sebelum aku terlupa.. Alhamdulillah, rezeki pada bulan January pun mencurah curah. Allah maha pemurah dan Allah maha adil. Okey, itu sahaja. Kau bole pergi January. Kita jumpa tahun depan dan jangan lupa bawakan umur baruku. InsyaAllah :)
Hai haii haiiii February!
Okey la, Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jangan pernah abaikan hubungan sesama makhluk Allah. Sama ada dengan manusia, haiwan dan tumbuhan. Jangan lupa tu. Jaga hubungan baik baik. Assalammualaikum :D
gud luck semoga dapat melalui bulan2 yg akan datang dgn baik dan bersemangat hihi :)
ReplyDeletetu la, sekejap je dah masuk bulan 2.mana yg birthday jatuh bulan 2, happy birthday sume :)
ReplyDeletebest of luck for you dear...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya InshaaAllah amin!
ReplyDelete