Tuesday, 16 February 2016

Selamat Pengantin Baru Paklong!



Assalammualaikum semua :) Hurm.. Macam dah lama tak update entry. Busy sangat + malas |huuu| Biasa la, dah lama tak menaip, Tu jadi malas semacam. Start hari jumaat 5 Ferbuari haritu, kerja aku asyik publish entry dalam draft tu je. Taip siap siap dan simpan dalam draft, lepastu tinggal publish je la. Tak ada masa nak bukak laptop, aku publish guna handphone je.


5 Februari tu dah bertolak pergi kelantan sebab paklong aka abang kepada puan ibu nak kahwin. Tiga buah kereta jugak gerak ke sana selepas solat subuh. Alhamdulillah pukul dua lebih selepas solat jumaat tu kami sampai di pengkalan chepa. Aku jakun sikit sebab rumah paklong depan airport |hahaha|

Hari first sampai tu tak sempat pun nak jalan jalan kat airport [Sultan Ismail Petra Airport] tu. Hari kedua baru sempat nak jalan jalan dalam airport tu, lepastu gerak ke Pasar Siti Khadijah. Puan ibu sempat jugakla beli kain batik dan aku, aku ingat beli benda makan je |hahaha| wajib!

Malam jumaat tu paklong akad nikah kat masjid di bandar kota bharu, aku tak ikut pun pergi masjid. Lepas akad nikah tu ada makan makan, Kiranya macam majlis untuk kenal sesama keluarga la. Haaa yang tu aku pergi. By the way, kek dia sedap gila! Eosknya sabtu lepas majlis tu terus gerak balik sungai petani. Dalam perjalanan hujan beb. Serius sampai di puncak banjaran titiwangsa tu, kabus tebal kot. Time tu maghrib pulak tu. Encik abah berhenti rehat kat perhentian apa tah nama dia. So kami pun singgah la surau, nak amik wuduk ni, tiba tiba teringat kat cameron highland. Sejukkk!


Alhamdulillah dalam pukul sebelas lebih malam tu, kami sampai dengan selamatnya di teratak anis. Syukur. Esoknya ahad, aku kelam kabut pulak nak balik kelantan semula untuk majlis perkahwinan ainis & wadi. Okey masa yang tertera dalam tiket bas adalah pukul sebelas pagi |hahaha| Rasanya macam orang gila jugak la pi mai pi mai kedah ke kelantan, kelantan ke kedah. Okey nanti aku cerita lagi dalam entry seterusnya.

Selamat malam. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum! 

2 comments:

  1. Tahniah buat pak long adik...cntik kek purple msti sdp

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada paklong!!!
    share2 skit kek tu...hehehhe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)