Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Friday, 15 January 2016

Rupanya Sudah Setahun


Assalammualaikum semua :) Tadi dengan gembiranya aku cuba korek balik entri lama lama yang berkaitan birthday aku tahun lepas. Korek punya korek. Satu habuk pun tak jumpa. Rupanya, aku tak update langsung pun tentang birthday aku tahun lepas. Penat kawan kawan masak dan buat surprise kat aku. Aku tak abadikan langsung dalam blog ni. Maaf ye adik adik |huhuhu| Mana tak nya, aku publish 17 entri je kot tahun lepas. Nampak, busy betul hidup bergelar student nih (^____*) 


Tiga tahun aku kat universiti, sepanjang tiga tahun tu aku sambut birthday bersama sama kawan kawan. 1st year Saidatul lumur aku dengan bedak tepat pada pukul 12 tengah malam. Memang aku tak boleh lupa. Bila dah masuk 2nd dan 3th year, aku dah tahu taktik mereka. Aku tidur awal |hahaha| Tahun lepas, surprise mereka memang aku tak dapat jangka. Mereka masak untuk aku, so biasala memasak tu sebab kami memang suka masak time hujung minggu tapi tak expect pun mereka nak buat something for my birthday. Bila nak makan, mesti kena ada Tupperware kan? Hah, Tupperware aku hilang. Aku tanya Ain, mana Tupperware aku? Dia jawab macam ada benda yang disembunyikan. Aku pun malas nak fikir, diamkan je la. Kalau Tupperware aku hilang, siapla! -..-"


Rupa rupanya Tupperware tu mereka letak kek. Adoi! Patut macam nak sembunyikan sesuatu bila aku tanya tentang Tupperware. aku ni macam nak gila cari Tupperware tu |hahaha| Surprise ni membuatkan aku betul betul terharu jugakla. Gigih betul mereka sembunyikan kek, semuala dari pengetahuan aku. Rasanya birthday tahun ketiga nih  yang paling aku tak boleh lupa. Terima kasih semua untuk semuanya! :D 


Dan birthday tahun ketiga kat universiti nih jugak aku kena baca akta. Buku akta apa, aku dah lupa. Time tu subjek land use. Terbelit belit lidah aku baca akta dalam english. Lecturer kata, ni hadiah untuk birthday girl. Lepas baca akta tu, baru Madam Haslina wish happy birthday |huhuhu| Boleh pulak macam tu kan. Kawan kawan kelas memang tahu haritu birthday aku, mana taknya.. Masuk masuk kelas amar syamil dah jerit "happy birthday kak anis!" Mungkin dia tahu dari facebook la tu. Lepastu kantoi la sampai lecturer pun tahu :)

Alhamdulillah, untuk tahun lepas.. Itu jugak kenangan yang amat terindah untuk aku. Terima kasih semua kerana sudi bangun dan jatuh bersama sama. Aku akan hargai setiap detik dan saat bersama kalian semua. InsyaAllah. Untuk tiga tahun bersama mereka, aku nak katakan bahawa AP115 (A) adalah yang terbaik dalam hidup aku sepanjang aku bergelar student estate management (^_____^)

Okeyla, cukupla tu. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan ibu dan abah. Dan jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. Nanti kita bertemu lagi dalam entri seterusnya. InsyaAllah. Assalammualaikum semua :)


*** Sebenarnya, banyak sangat kenangan birthday kat universiti ni, bila Alia and the geng masak masak untuk buat surprise. Kena baling dengan tepung. Tu memang biasala kalau dah tinggal kat asrama. Tu belum kena baling dengan telur busuk lagi. Ya ampun. Kenangan, bila teringat kembali, mesti ia akan membuatkan bibir mengukir senyuman kembali.

6 comments:

  1. Akak, kenapa tak letak shoutbox? :3

    Fieyqa tag kak http://fieyqadelova.blogspot.com/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tak buat pun lagi. Nantila akak buat. Hihi. Okey fiqa. Tq :)

      Delete
  2. Semua tu kngn...lgi2 bila tgl d asrama

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah kak anis. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh hehehehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thanks fiqa :) Amin. Mudah mudahan. Hee

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png