Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 13 January 2016

Jubah Bridesmaid In The House!

Maroon Jubah

Cute shawl

Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah, jubah yang ditempah minggu lepas akhirnya sampai jugak di Teratak Anis nih. Aku tempah tiga pasang semuanya. Satu untuk aku. Satu untuk Intan dan satu lagi untuk Eha. Shawl pulak ditaja oleh bride sendiri. Happy nye! :D So tak payahla nak fikir nak pakai shawal apa, bawal warna apa, nak corak macam mana -.-"


Aku tempah jubah ni minggu lepas. Jubah Anna ni, murah je.. Sehelai RM55 sahaja. Sehelai ke sepasang? Ala, hentam sajala labu :) Disebabkan aku beli tiga helai, dia bagi discount. So dapatla RM160 untuk tiga helai. Alhamdulillah. Jubahnya simple sahaja. No corak corak dan kain tebal. Aku sangat berpuas hati dengan harga dan jubah tu sendiri. Sebenarnya, banyak pilihan warna yang boleh dipilih. So jadi rambang mata. First tu, kami bertiga nak pilih warna aqua tapi family pengantin lelaki pilih warna tu. So kami decide warna maroon, biar mengancam sikit kan |hahaha|


Kepada sesiapa yang nak beli jubah atau dress yang murah murah dan berpatutan boleh KLIK SINI. InsyaAllah, puas hati dan terdapat juga jubah lain yang berbagai warna dan design. Apa lagi yang aku suka , , aku suka bekerjasama dengan penjual jubah ni atau dikenali sebagai Sis Ekyn. Mudah bertolak ansur dan baik hati. Dahla aku nak decide warna jubah pun susah, nasibla kesabaran dia tu tinggi |huhuhu| Serius, cantik jubah ni walaupun kainnya tak ada corak dan kosong. Kejap, nak tunjuk full Jubah Anna (*_____^)


Tadaaaaaa

Bagi aku, okeyla jubah macam ni sebab, puan pengantin taja shawl pun dah bebunga bunga. So tak kan jubah pun nak bercorak. Crowded pulak jadinya kang. Bagi permilihan jubah dan shawl untuk bridesmaid, aku amat berpuas hati dan tak sabar nak pakai |hehehe| Alhamdulillah. Shawl orang sponsor, jubah pun orang sponsor. Rezeki :) Terima kasih Encik Sponsor. Semoga bertambah tambah rezeki encik ;)


*** Walimatulurus Wadi & Ainis - 9 Februari 2016

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png