Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Sunday, 10 January 2016

Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum


Assalammualaikum semua :) 

Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada Fieyqa Adelova sebab sudi tag kak Anis untuk Pencarian Top 5 Blogger by sarahlalala :D Alhamdulillah. Fiqa tag akak, okey lepasni akak tag orang lain pulak |hahaha|

Keduanya, untuk segmen ni, aku nak tag sis yang cantik molek bernama Asha Lya. Harap Lya sudi join la ye. Jom kita memeriahkan segmen sarahlalala nih :)

Ketiganya, nama panggilan dalam blog adalah.. Nak nama panjang ke pendek? Okey, nama panjang Anis Khalilah dan nama pendek Anis. Fine, Anis sudah cukup memadai dan simple. Kalau nama blog adalah antara aku dan kau. Lari jauh kan nama panggilan aku dan nama blog? Actually nama blog tu ilham bila tengah fefeeling. Tu yang kemain tu. Kononya blog ni nak cerita tentang kau. Nak cerita  tentang aku. Sudahnya, aku cerita tentang benda lain. Dah macam rojak dah.

Keempatnya, tempoh pengalaman berblogging ni adalah selama lima tahun tapi masih dalam tempoh belajar dalam berblogging ni. Follower pun baru nak memanjat manjat dahan. Tahu tak sebab apa? Sebabnya start tahun 2012, aku stop follow orang and blogwalking. aku macam hidup dalam dunia aku sendiri dan di sini juga aku contengkan dan coretkan segala perasaan aku. Alhamdulillah, penghujung tahun 2015, pintu hati dibuka kembali untuk berblogwalking dan follow ;)

Selamat bersegmen! ;)


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png