Friday, 8 January 2016

Kerana kau duhai telegram

telegram ohh telegram

Assalammualaikum semua :) Hari ini aku nak membebel sikit tentang telegram. Korang mesti guna kan aplikasi telegram ni. Dunia sekarang dah berteknologi tinggi kot. Cuma aku je jakun sikit :D Actually, aku jarang guna telegram ni, aku selalu guna aplikasi whatsapp je, we chat aku pulak dah jahanam. Tak boleh bukak sampai ke sudah. Stress makk! -..-"


Aku downlond telegram ni sebab nak guna untuk business, bila dah letak gambar semua dan aku biarkan sepi. Aku jarang guna sebab admin business tu cakap nak start guna tahun baru ni. So dah ter download awal, biarkan je la. Baru baru ni aku bukak, ada notification "Secret chat cancelled." Dalam hati aku, apakah? Sebelum ni, time dulu dulu la.. Aku pernah download telegram ni tapi disebabkan tak guna sangat, aku padam. Memang tak sempatla nak godek godek :)


So bila sepupu aku hantar macam tu, aku cubala nak selidik apakah secret chat tu? Guna macam mana? Biasala.. Jakun. Bila nak on secret chat dengan seseorang, mesti di approve dulu oleh partner. Kiranya macam dua dua setuju la. Korang nak tahu, secret chat ni, 200% secure berbanding aplikasi biasa. Lepastu siap ada self-destruct timer. Korang set je timer, 1 second, 2 second, 1 hour.. Nanti bila tiba masanya, segala apa yang disembangkan akan dipadam satu persatu. Wow! Hebat betul teknologi sekarang (^____^)


Tapi masalahnya, rasa macam banyak je negatifnya bila ~start secret chat ni. Kadang kadang orang on secret chat ni sebab nak on hubungan terlarang. Dah besarkan? Pandai pandaila fikir baik dan buruk teknologi yang semakin membiak ni. Sekarang ni, dengan teknologi, dah semakin ramai sangat orang terjebak dengan keruntuhan rumah tangga. Bukan setakat suami isteri bercerai berai malahan pertunangan terputus, perkasihan terlerai di tengah jalan. Ntahla, tak tahu nak cakap macam mana. Bukan tak suka teknologi tapi mereka mereka tersalah gunakan teknologi. Itu je -.-"!!


Tapi dari sudut positifnya, mungkin secret recipe.. Eh silap, secret chat tu untuk meringan handfon.. Memory bagai dan mengelakkan handfon jadi hang atau jem. Jem yang sapu kat roti tu :D Itula aku cakap, teknologi ada baik dan buruknya. Jangan pulak guna secret chat untuk meruntuhkan hubungan sesama sendiri. Aku nak cakap lebih pun, aku tak ada pengalaman. So ini jela yang mampu |huuu|


Dekat sini aku nak pesan, gunakanla teknologi dengan bijak dan sebaik baiknya. Jangan memperbodohkan diri sendiri dan merosakkan hubungan yang ada. Tanpa kita sedar, hari demi hari teknologi sebenarnya memakan diri kita sendiri. So gunakannya dengan cerdik! Okeyla, sampai sini sahaja bebelan aku. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Ibu dan Abah serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum :)


*** Terima kasih sepupu sebab on secret chat tu, melalui dari situ.. Aku dapatla godek godek telegram tu dan dapat berkongsi di sini.

*** Disebabkan dia set self-destruct timer 2second, aku gerenti dia tak baca chat aku tadi dan akhirnya chat tu terpadam sendiri. Last last krik krik krik je la.

2 comments:

  1. Lya x da akaun teligram ni..lbh selesa guna whasap hhi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)