Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Saturday, 9 January 2016

Mereka dah tukar status. Anda bila lagi?

Buatmu sahabat : Selamat berbahagia

Assalammualaikum semua :) Sebenarnya, dah lama dah nak update tentang perkahwinan mereka mereka ni tapi disebabkan penyakit M tu ada, so tak boleh nak buat apa la kan. Dulu bukan main, niat hati tu tak boleh blah, lepas majlis mereka mereka ni, nak update terus suasana majlis. Sekali, satu habuk pun tak buat apa. So harini, aku rangkumkan terus cerita tentang lima pasangan pengantin ni. Mereka semua ni adalah kawan kawan aku. Aku bila lagi? Jeng jeng jeng :P


Pasangan pertama : Nabilah & Faeq [1 Ogos 2015]
Pasangan kedua : Ainis & wadi [26 September 2015]
Pasangan ketiga : Kak sha & pasangan [12 Disember 2015] - Lupa pulak nama suami dia |huuu|
Pasangan keempat : Nadzirah &Rafizal [19 Disember 2015]
Pasangan kelima : Eha & Faiz [13 Disember 2015]

Alhamdulillah, mereka semua dah ada tanggungjawab baru yang sudah digalas pun. Aku doakan semoga korang semua mejadi isteri yang taat kepada Allah dan taat kepada suami masing masing ye :) InsyaAllah. Kepada yang bakal ibu tu, lepasni bertambah tanggungjawab, so didik anak syurga dengan sebaik baiknnya. InsyaAllah. Seronoknya la, lepasni bolehla anak korang panggil aku aunty Anis |hahahaha| :D


Dalam usia 23 tahun, korang dah galas satu tanggungjawab yang berat dan besar, waaa seronoknya kahwin! :D Lepas sorang sorang kan kahwin, so lepas ni.. who next? |hahaha| Masih rahsia Allah. Allah adalah sebaik baik perancang. Kepada sesiapa yang belum bertemu jodoh tu, sabar. Sebenarnya sabar itu indah. Allah dah rancang dah kita akan bertemu dengan siapa? Siapa jodoh kita. Bila nak nikah? Semua semua la. So stay tuned! |hoho|


Aku? Siapa kata tak nak kahwin sekarang? Cuma belum waktunya lagi. Bukan terlalu mengejar cita cita cuma belum sampai waktunya. Tak faham bahasa ea? Belum sampai waktunya. Aku wajib tunaikan impian encik abah dan puan ibu dulu, aku wajib membahagiakan mereka dahulu sebelum aku tunaikan impian dan mencari kebahagiaan aku dan pasangan :) Tapi aku ada perancangan, insyaAllah dalam hujung umur 25 tahun atau awal umur 26 tahun, aku akan menamatkan status single ni. InsyaAllah. Doakan okey. Sekarang, fokus aku adalah pelajaran. Ntah ntah lepas kahwin nanti pun aku mintak izin suami untuk sambung master pulak! |hahaha| ~ Macam teringin jeee (^_____^)


Istimewa untuk pengantin merpati sejoli :

*** Selamat menempuh hidup baru,semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawardah, warrohwah dan diberi keturunan yang soleh dan solehah, diberi rezeki yang diberkati dan sentisa berada dalam lingkungan rahmat Allah <3

*** Takdir pun akhirnya mempertemukan kalian berdua, bersama sama menggapai takwa yang merupakan jalinan cinta suci yang benar dan hakiki, kayuhlah bahtera rumahtangga kalian dengan penuh kasih dan sayang serta niatkan kerana Allah Taala. Selamat menempuh hidup baru <3

*** Pernikahan membuatkan seseorang menjadi lebih dewasa, membuatkan seseorang tahu hidup ini tidak hanya satu warna tapi dua warna <3


Okeyla, selamat malam. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan ibu dan abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum :)


SELAMAT PENGANTIN BARU!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png