Friday 12 April 2019

REZEKI




Assalammualaikum. Haiii semua. Mood blogging datang balik. InsyaAllah, moga terus konsisten. Bukan senang nak konsisten memandangkan banyak benda nak kena buat |HAHA| Mula la tu nak merepek, padahal bukan buat apa pun, biasalah surirumah sepanjang masa. Tu la, bila dah lama duduk saja, rasa berlemak pulak. Bosan pun ye jugak. Doakan aku cepat dapat kerja ya! ^^

Haritu interview SPA tapi mungkin tak ada rezeki kot lagi, interview jawatan Pembantu Penilaian W19 |HEHE| dapat jawatan tu sebab aku tak update degree lagi, tu dapat panggilan kot. Tapi sekarang dah update dah, insyaAllah tak akan ada dah panggilan untuk gred 19 lagi 0.0

Tunggu je la kot jawatan diploma dan degree yang bakal dipanggil. Insyaallah. Disamping tunggu yang kerajaan, try jugak swasta tapi Allah lebih tahu segalanya kan. Tu yang kena sabar dan tabah. Mohon tabah dan sabar untuk masa masa kan datang nih.

Baby?
|HAHA| teringin oiii. Tadi kira hari dari hari akad nikah maka jumlah semuanya adalah 138hari. InsyaAllah, 24 april ni cukup 5 bulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Dulu pernah jugak berangan nak puasa sama sama dan nak raya sama sama dengan encik suami dan tahun ni, Allah makbulkan jugak. Moga panjang umur untuk berjumpa ramadhan  ^___^

Kita merancang dengan cita cita tapi Allah merancang dengan kasih sayang.

Doakan juga supaya aku dan suami cepat dapat baby! (^__-)

InsyaAllah, nanti kita ketemu lagi ya. Ingat nak bagi tips juga untuk interview spa haritu. Tunggu tau. Assalammualaikum.

2 comments:

  1. insyaallah..amin..moga cepat dpt baby, anis..hehe..tak pe 5 bulan baru lagi tu..hanimun org ckp..hehe...kalau cam akak ni hah,yeaaa..bertahun masih menanti rezeki yang satu ni..pasal kerja tu, cuba je mana2 private atau gomen..gomen mmg kena byk bersabar..akak dulu pun jenuh interbiu baper kali baru berjaya dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. InsyaAllah kak. Tqvm diatas kata kata semangat...

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)