Thursday 25 April 2019

Seronoknya ke Selatan Malaysia!

Merlion Park

       Assalammualaikum. Hi korang! Harini aku nak share sikit la tentang satu tempat yang menarik nih. Ia terletak di selatan Malaysia. Siapa tahu angkat tangan! |hahaha| Tak kan la korang tak tahu kan. Sebelah Johor je tau ^^

"Singapura?"

"Ya. Singapura. Tepat Sekali!"

"Macam mahal je kalau melancong kat sana?" sinisnye

       Walaupun ia bandar paling mahal untuk tinggal di dunia, Singapura kekal sebagai satu destinasi percutian popular yang purata tahun demi tahun yang tinggi dan berjaya tarik pelancong serata dunia tau. Ini adalah disebabkan Singapura mempunyai segalanya seperti destinasi pelancongan menarik, sajian antarabangsa yang mengiurkan, jenama fesyen global terkenal dan ia juga mempunyai kemudahan bandar dunia pertama. Woww!!

     Walaupun ini sudah cukup untuk memujuk korang supaya merancang percutian seterusnya ke negara istimewa ini tetapi mesti ada yang masih tertanya kalau bercuti ke Singapura ni sesuatu yang berbaloi atau sebaliknya? Untuk memudahkan korang buat keputusan ke kota Singa nih, di sini aku nak share TIPS untuk mendapatkan pengalaman terbaik semasa bercuti ke Singapura dengan bajet yang berpatutan.

     Walaupun berbelanja sakan untuk makanan mewah, itu adalah suatu perkara normal semasa korang bercuti tetapi ini tidak bermaksud korang tidak boleh dapat kepuasan yang sama sambil berjimat kan? Untuk dapat pengalaman makan yang best kat Singapura nanti, wajib korang teroka dan singgah destinasi makanan popular yang menjadi sasaran rakyat tempatan. Jangan terkejut apabila korang dapat tahu wujudnya tempat makan sedap yang memberi nilai wang mengikut bajet korang :)

"Nak tahu tak kat mana?"

     Destinasi pertama di senarai foodie korang adalah pusat pusat penjaja terkenal di Singapura. Singapura mempunyai banyak pusat penjaja popular seperti :-

      Newtown Food Centre, Geylang Serai Food Centre dan Golden Mile Food Centre di mana korang dapat menjumpai gerai gerai yang menyediakan beraneka jenis makanan halal seperti sajian tempatan Singapura, hidangan bercita rasa moden hinggalah ke masakan fusion. Walaupun pusat pusat penjaja ini tiada penghawa dingin seperti tempat tempat makan di pusat beli belah, jangan jadikan ini penyebab korang tidak singgah seketika untuk menjamu selera ye, kerana di sini biasanya lebih murah dan ada sesetengah orang berpendapat ia lebih sedap dan puas hati.

      Pastikan korang 'CHOP' tempat duduk dulu sebelum beratur untuk mengambil makanan tau sebab tempat makan nih sangat popular terutamanya pada waktu makan tengahari. Biasalah kan, orang nak makan tengahari. Tapi kalau korang tak dapat tempat duduk sendiri pun jangan risau, pasti ada ramai pengunjung lain yang tak kisah untuk berkongsi tempat duduk  dengan korang. Dorang baik okay ;) 


Newtown Food Centre


Geylang Serai Food Centre


Golden Mile Food Centre

        Bagi korang yang suka makan lewat malam dan mahukan sesuatu yang lebih mengujakan dari makanan mamak, terdapat banyak tempat makan lewat malam yang unik seperti The Ramen Stall di Bugis. Restoren ini beroperasi setiap hari sehingga pukul 5 pagi dan menghidangkan ramen dan sushi halal khas untuk penggemar setia makanan Jepun. Halal jangan diragui okay! ^^


The Ramen Stall

         Bagi korang yang menginap di bahagian timur Singapura dan teringin mencuba tempat makanan lewat malam yang popular di kawasan ini boleh menuju je Enak Enak Hong Kong Tea House di East Coast Park. Restoren ini menawarkan pilihan hidangan seperti dim sum, bubur, mi dan hidangan barat yang pasti dapat memuaskan hati dan selera lewat malam korang.


Enak Enak Hong Kong Tea House

Kepada korang yang mengidam untuk makan hidang pula, antara restoren halal popular yang patut dicuba adalah Zam Zam Restaurant (North Bridge Rd, Kampung Glam) dan Hajah Maimunah Restaurant (Jlaan Pisang, Kampung Glam) Di Zam Zam Restaurant menghidangkan makan yang famous seperti nasi arab dan beriyani serta ada lagi lauk pauk lain yang best. Fuhhh! Tetibe teringin pulak tekak nih |hehehe| Kalau di Maimunah Restaurant, paling famous nasi padang. Try Okay! :D 


Zam Zam Restaurant

Makanan paling famous!


Hajah maimunah Restaurant

       Memang banyak destinasi mengalas perut yang best di Singapura, dan kalau korang seorang yang rajin meneroka dan menggoogle korang pasti dapat menemui banyak rahsia kulinari yang tersorok di negara istimewa ini. Selain daripada membeli belah, bersiar siar atau bersantai sepanjang Orchard Road dan Kampong Glam, tiba masanya untuk korang melakukan sesuatu yang berbeza semasa berada di Singapura nanti. Tidak jauh daripada Orchard Road terdapat tempat tarikan pelancongan terkenal dikenali sebagai Taman Botani Singapura.


Orchard Road

Kampong Glam

Taman Botani Singapura bukan sahaja sebuah tempat ideal untuk korang sekeluarga menghargai dan menghayati kecantikan alam semulajadi, destinasi ini juga kadang kala menjadi tempat di mana acara musik, outdoor cinema dan pertunjukkan seni diadakan secara percuma. Untuk memudahkan korang merancang lawatan korang ke Taman Botani Singapura, korang boleh merujuk jadual acara di laman web rasmi Taman Botani Singapura tersebut. Taman Botani Singapura adalah  taman botani yang tercantik di dunia dan keluasannya adalah 63.7 hektar. Taman botani ini mempunya pelbagai jenis tumbuhan tropika dalam pelbagai bentuk landskap. ia buka dari pukul 5 pagi sehingga 12 tengah malam.


Taman Botani Singapura

Landskap memang cantik gila!

Kalau korang berniat untuk melawat Merlion Park, selain daripada bergambar dengan mercu tanda popular di situ,wajib tau bergambar untuk menunjukkna bahawa korang dah sampai di kota singa! Pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa berhibur di Esplanade - Theaters On The Bay, hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki. Sangat dekat sahaja dari tugu mercu tanda tu.

" Catch a non stop line up of world class performances at Singapore's premier arts centre, situated along the scenic Marina Bay "

Walaupun dewan konsert yang berada di Esplanade ini terkenal dengan pertujukkan bertaraf antarabangsa yang berbayar, korang juga berpeluang untuk menonton pertunjukkan dan pameran percuma yang diadakan hampir setiap hari. Kalau korang melancong bersama kanak kanak pula, jangan lepaskan peluang untuk melawat bengkel bengkel kesenian percuma khas buat kanak kanak yang diadakan pada waktu siang. Tarikan ini juga sangat sesuai untuk korang yang travel berpasangan kerana kalau korang memilih untuk bersiar siar di sini pada waktu petang, korang dapat menikmati permandangan matahari terbenam yang sungguh romantik. Hurmm. Negara selatan Malaysia juga sesuai tau untuk honeymoon. Auchh!! ^_____^


Kiri : Merlion Park. Kanan : Esplanade - Theaters On The Bay

Satu lagi tarikan yang memberikan korang peluang untuk mengamati kepelbagaian budaya yang ada di Singapura adalah Little India. Bau harum teh chai dan beriyani serta irama bollyword berkumandang di sepanjang jalan membuatkan ia satu pengalaman yang unik di metropolitan Singapura. Tambahan pula, warna warna terang yang menghias bengunan di little India membuatnya satu destinasi amat sesuai untuk menangkap gambar OOTD.


Serangoon Road

Pusat membeli belah 24 jam yang merangkumi keluasan dua bangunan ini mempunyai lapan tingkat yang penuh dengan barang khas untuk pilihan korang. Orang tempatan ada berpesan, kalau boleh cuba elak dari melawat tempat ini pada hari Ahad 8 pagi sehingga 12 tengahari kerana ia mungkin sesak pada masa kemuncak. Biasalah, bila dah sesak ia akan merugikan masa anda untuk singgah ke tempat tempat yang dirancang dalam jadual. So rancang yang terbaik ye.  

Korang pasti tahu bahawa memilih penginapan yang betul dapat menambah kepada keistimewaan sebuah percutian. Namun begitu bukan semua penginapan sama dan memilih penginapan yang sesuai bukan suatu perkara yang mudah dan senang. Ini kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu di fikirkan sebelum membuat tempahan seperti keselesaan bilik, keselamatan dan kualiti servis yang disediakan. Senang je kalau nak book hotels in Singapore ni. Aku suggest kat korang yang cuba cari cheap Concorde Hotel Singapura booking. So korang boleh tau promotion terkini dan akan jimat lagi tau |hehehe|

Concorde Hotel Singapura 


Bahagian hadapan Concorde Hotel Singapura


Tempat penginapan. luas & selesa!

Serius, tempat penginapan yang menarik dan murah serta berpatutan tau. Jangan malu malu dan segan segan untuk tekan link di atas. Korang boleh pilih je bilik mana yang korang nak menginap mengikut bajet korang. Okay! So macam mana? Mesti tertarik kan nak melancong ke Singapura? Sebab kalau kita rancang bebetul dan semua plan mengikut bajet.. InsyaAllah smooth je pelancongan kita. Tak percaya, mehh try TIPS di atas pasti korang puas hati punya!!

Jom melancong ke Singapura? Honeymoon sekali lagi ke? |Hee|

Okay la, nanti kita bertemu lagi ye dalam TIPS melancong ke negara lain pula. InsyaAllah. Assalammualaikum. Daa! ^^

9 comments:

  1. belum pernah jejak kaki ke Singapore. Negara sebesar daerah byknye tmpat menarik.

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa. Teringin nak pi sana. Maybe one day nanti :)

    ReplyDelete
  3. singapore memang banyak tempat best boleh explore kan..
    kita singgah n follow sini ya..
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Memang pun.. Jom melawat ke Singapore :)

      Delete
  4. ray dah berapa kali rancang tapi x smpi2 lg haduiii

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. InsyaAllah, saya akan balas singgah blog...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)