Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 8 February 2012

stop and stay :)

.Assalammualaikum kawan-kawan.

Ehem-ehem aku bukan nak cerita tentang Pantai Kerachut lagi. |jangan nak perasan| hahaha. Nanti la kalau aku rajin nak menaip dan menceritakannya, aku cerita la ye? :) heee. Dan satu lagi,ia tak de kena mengena langsung dengan tajuk di atas. |boleh tak aku nak cakap macam tue| hahaha


Seperti biasa, kehidupan aku yang sentiasa ceria ditemani dengan orang-orang sekeliling. Syukur alhamdulilah. Sentiasa ceria la kan. Buat apa nak sedih-sedih. Life must go on, right? tak kan nak stop and stay? huhu. Sekali lagi ainis, forget him not until one or two days but forever and ever! aku bukan nak memaksa tapi.... Entah la :) Senyum-senyum okeyyy. Dalam kelam kabut memikirkan sahabat aku yang sorang tue tiba-tiba baru aku tersedar ke mana hilangnya helaian buku log yang sentiasa mendampingi aku setiap saat? |CEH| hahaha. Dah hilang. Almaklum laa orang rajin kan, helaian dalam buku log tue dah habis aku menulis, so aku fotostat helaian baru dan maksud aku, helaian yang baru fotostat tue la yang hilang. Huhhh sempot aku menerangkannya. :) Syukur. Selesai sudah :P Tugasan sudah siap dilakukan. Coretan pada hari itu pun sudah siap aku karang dalam lembaran tue tau. |Masalahnya dah hilang!!|


Lantak la :) Better aku siapkan kes yang diberikan oleh Miss Yong. Macam biasa, kes Duti Setem dan perbandingan perlu dicari melalui VIS dan control File. Best. Dalam lantak-lantak pun fikiran aku tetap memikirkan helaian yang hilang tue. Mana tak fikirnya, Tugasan dari 25 Januari 2012 sampai hari ni kot yang hilang. Kalau tak jumpa la,jenuh aku nak mengarang semula. Lupa kot tugasan yang lepas-lepas aku dah buat. satu kes siap. dua kes siap. tiga kes siap. empat kes siap. Last-last kan.. "Miss Yong, ada nampak tak helaian buku log saya? mana tahu ada terselit kat file kes yang saya buat semalam ke?" tanyaku. Hati makin tak keruan. Takut hilang betul-betul je. Saje tadi buat-buat cool. "Tak pelah,nanti kalau i jumpa, i bagi you." balas Miss Yong itu membuatkan hati sedikit lega. =.=



Dalam duduk menyiapkan kes kelima dan mungkin ia kes terakhir untuk hari ini tiba-tiba "nie siapa punye?" sapa En Iskandar salah seorang juruteknik di sini. Kat tangan dia ada la beberapa helaian kertas Yesss!! hatiku menjerit. Jumpa jugak. Aku dah agak dah. Sabar je tunggu benda tue jumpa. So, aku mengaku la yang kertas-kertas comot tue aku punya. Entah apa-apa yang aku lukis. Yang aku tulis kat kertas lot perbandingan itu. |giler lah| -.- termalu aku sekejap kalau orang-orang itu membuka dan membaca laporan tugasan harian aku itu. Cukup la penyelia aku, Cik Faridah je yang membaca hasil karangan aku tue. |Ntah apa-apa je|

Cukup la sampai di sini dulu :) just aku nak cerita yang helaian tue hilang je tapi alhamdulillah. Jumpa balik dah. huhuhu. okey la take care. Daa...
assalammualaikum. Smile always k and thinking positive :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png