Thursday 26 January 2012

redhakan kami :)

:)    :) alhamdulillah dapat lagi aku menyibukkan diri dekat blog ni.. |haha| duduk-duduk. Baring-baring. Terkenang kisah dulu. Ini la dinamakan sebuah kehidupan. Kehidupan amat manis jika kita bijak melayari sebuah kehidupan. Bukan la maksud aku bahagia sentiasa. Sebenarnya bila kita menderita. Tak hepi. Mungkin itu akan mengajar kita untuk lebih matang. Macam jugak aku, kehidupan kini lebih bahagia dari enam tahun lepas. Allah amat mengasihi hambaNya. Allah tak kan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu. Setuju? heee.. -Tetibe-

Ya,syukur dengan pengenalan aku dengan khairil Azmi ni. Bersyukur sangat. Sebab pengenalan aku dan dia tak diduga langsung. Aku tak pernah merancang, bermimpi untuk hidup dalam diri dia. Seriously. Tapi dah tertulis di Luh Mahfuzku yang aku akan bertemu dengan dirinya. Syukur sekali lagi padaMu ya Allah. :)
So, apa yang aku harap kali ini biarkan terus menjadi miliknya yang sah. Yelah. Kiri kanan depan belakang tengah sedap je Panglima Syaiton dok busy menghasut. Nikah je la menghalalkan segalanya. -.-

Family aku dah kenal dah encik Khairil ni. 1st time abah ibu tengok dia time aku dan dia nak balik Bangi. Time tue aku balik dengan dia naik bas. Memandangkan cuti mid sem dah nak habis so dalam keterpaksaan kena la balik jugak Bangi.=,= abah ibu ok bila tengok si dia disisi..hoho. Tapi time ni kami just kawan je. Khairil pun ok..| Hormat orang tua | yang ni aku suka :P

Bila cuti sem makin rajin dia ke rumah aku. Birthday party adik aku la.. So, family aku makin kenal dia. Alhamdulillah. Dia ada ajak aku jugak ke rumah dia. Jumpa ayah ibu katanya :) aku? aku tersenyum je. Huiii.. anak dara nak pergi rumah anak teruna? Malu aku. Pijaknya tapak kaki aku ke rumahnya apabila kami dah diikat dengan tali pertunangan. InsyaAllah. Tue pun sekali dua kali je aku pergi.. Yelahkan,bukan aku nak tunjuk baik tapi tak manis la untuk anak dara. :-| insyaAllah. insyaAllah.

Aku dengan family dia? Alhamdulillah ok. ayah ibu dan adik-adik dia kenal aku. Aku pernah cakap ngan ayah dia tapi sepatah | pakcik,jemput makan kat dalam rumah| cuak giler. hehe time tue,ayah dia tengah berborak dengan abah aku. Rancaknya! Pastu sesi berbalas kunjung mengunjung pulak. Family aku pergi rumah dia tapi time tue aku tak ikut pun family sebab aku dah berkampung dah kat Kedah. Tak pelah. Tak kesah pun. Biarla. urusan family (: semoga ayah ibu. ibu abah merestui hubungan kami. Ibu Khairil rajin jugak mesej aku. Wish birthday aku hari tue. Pesan suruh jaga diri. Luahkan apa yang anak teruna dia rasa time aku tinggalkan bumi Johor. Aku bersyukur kerana dapat mengenali ayah ibu dan adik beradiknya yang comel itu :p

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)