Saturday 28 January 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirahhim
Apa korang faham dengan ayat ni? =.=
Ape maksud dia?
-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



Kat sini aku nak kongsi sikit la apa yang aku faham tentang Bismillahirrahmanirahhim
Tapi kalau salah tolong betulkan ye sebab kita kan sama-sama nak belajar. :-)
Bismillahirrahmanirahhim = Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Maha Pemurah adalah sifat Allah untuk hamba-hambaNya ketika di atas Dunia
dan
Maha Penyayang adalah sifat Allah untuk hamba-hambaNya Di Akhirat kelak. InsyaAllah :)
Kenapa aku cakap macam tue?
Sebab aku ada contoh :-| apa barang kalau cakap tak de bukti yang kukuh
Okey-okey
Di atas dunia dan Allah mewakili sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah),jika diteliti Allah bagi je kan kemewahan harta, pertanian, kedudukan, kekayaan kat semua orang
Tak kira orang tue islam ke, kafir ke, nama je islam ke dan sebagainya
So,nampak di situ Ar-Rahman?
Tetapi
Bagi sifat Ar-Rahim (Maha Penyayang) dan ini adalah sifat Allah di Akhirat. Allah akan bagi segala-galanya hanya kepada ORANG YANG BERIMAN SAHAJA. Time ni la Allah jadi kedekut sikit. Jadi pilih kasih sikit. Dia just bagi kat orang yang Dia sayang Sahaja
Barang siapa yang tidak ikut perintahNya ketika di atas Dunia dulu, Di Akhirat kirim salam la Allah nak jadikan mereka-meraka orang yang terpilih. :)
Oleh itu, mula la dari sekarang agar kita-kita semua ini menjadi orang terpilih di sana kelak.
InsyaAllah.
.selamatmalamkawankawan. :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)