Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Saturday, 21 January 2012

Biarkan aku bernafas

Salam kawan-kawan :')
Mungkin penulisan kali ini lebih panjang dari biasa
Mungkin laa..:)
Mungkin kali ini masa yang terbaik untuk aku lepaskan segalanya
Yup, segalanya
Terima kasih encik belog :)
Apa pendapat korang dengan cinta jarak jauh ni?
Apa perasaan korang?heee
Malam ni family balik kampong,
Dan aku  buat keputusan untuk tinggal di rumah saja
Not in mood
Seriously,semenjak dua menjak ni mood aku asyik tak betul je
Aku diganggu 'dia' lagi? uhmmm mungkin
Ntah?
Berbalik pada cinta jarak jauh tadi,,
Sekarang aku mengalaminya sekali lagi
Ye,,sekali lagi
Tetapi dengan dua insan yang berbeza... 
Dengan perangai dan sikap yang berbeza
Ofcourse la wajah yang berbeza kan :)
Buah hati jauh di selatan dan aku jauh di utara semenanjung =,=
Macam mane tue?
Hanya kekuatan sebuah semangat yang betul-betul dituntut kali ini.
'Antara Aku Dan Kau'
Banyak maksud disebalik ini semua,,
Ya Allah,,memang aku rindukan dia saat-saat ini tapi
Sedarlah wahai hati bahawa aku tak layak untuk merinduinya lebih dari aku merindui Kau :')
Sungguh,aku tak layak
Tapi kerinduan yag Kau telah anugerahkan ini, aku bersyukur sangat-sangat
Saat ini satu demi satu kenangan kita melayang diruang ditubir mata saya
Buat insan itu,Khairil Azmi Bin Hussin terima kasih atas segalanya
"Semoga Allah mempercepatkan jodoh kita" salah satu ucapan awak time besday saya ini akan saya ingat buat selama-selamanya. Semoga Allah memakbulkannya. Amin.
Terima kasih kerana banyak bagi semangat ketika hampir-hampir saya tersungkur dulu
Ya,,memang ketika itu kita masih berkawan tapi dalam masa yang sama awak dah ada hati kat saya
Terima kasih sebab buat saya terlupa sebentar kat Mohamad Hisyam Bin Md Zamani
Dengan usaha awak, doa awak, doa kita serta kekuatan dari kawan-kawan
sedikit demi sedikit saya dapat lupakan dia bukan hanya sebentar tapi untuk selamanya


Mesej dari dia tempoh hari betul-betul mengganggu fikiranku kini
"hepi belated bsday. Sori lmbt wish sbb exam" Nyah kau dari kotak pemikiranku!!!
Dengan satu mesej ni,,dengan luahan hatinya nampak sangat dia masih berdendam dengan aku
Padahal siapa yang salah dulu?
Siapa yang pinta perpisahan dulu? Nampak sangat menyesal
Aku? tak kan nak berpatah balik.
Khairil dah depan mata aku,,anugerah dari Pencipta..
Tak kan mudah saja aku nak sia-siakan? :)
Aku akan ingat betapa sakitnya hati aku
Betapa pedihnya hati aku
Enam tahun.Bukan sekejap aku berada dalam hidup kau,,Hisyam
Lamanya sesuatu hubungan tue tak menjamin langsung sebuah pernikahan
Tapi kau sia-siakan macam tue saja. Terima Kasih banyak-banyak
Tapi aku tak pernah nak berdendam dengan kau sebab kita pernah berkongsi kebahagiaan dan kedukaan bersama-sama,,
::Hisyam itu adalah sejarah bagi aku dan Khairil ini adalah permulaan cerita dalam kehidupanku kini::
Senyum la Anis...:)
 Kenangan macam tue buat apalah nak ingat lagi? -,-
Out!!







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png