Friday 4 March 2016

Tuah dari GA - Kenangan Manis 2015



Assalammualaikum dan haiii. Maaf lambat update tentang ni. Alhamdulillah, hadiah dari Giveaway : Kenangan Manis 2015 yang telah dianjurkan oleh SteLLa iSLE. Aku pun bersemangatnya la bercerita tentang kenangan manis time 2015. Kenangan manis time balik kluang tu je pun. Lepastu jalan jalan dekat mersing. Manis macam gula gula aku rasa kenangan saat itu |hihihi|


Nak tahu aku dapat apa? Hadiahnya pun best tau ;) Aku dapat baggy shirt dan novel - Aku, Dia & Pinky Promise. Sampai je hadiah tu, novel aku capai dulu |hehehe| Baca punya baca, best juga. InsyaAllah, kalau ada masa nanti aku review dan buat entry tentang novel tu okey. Hadiah novel daripada penganjur memang aku suka sangat. Baggy shirt pun cantik. Pink gituuuu (^____^)


Terima kasih cikk penganjur sebab memilih kenangan Anis untuk menerima hadiah ini. Semoga cikk penganjur akan terus dimurahkan rezeki. Amin. So blogger ni memang rajin buat giveaway tau, siapa suka giveaway? apa kata.. Jom follow beliau. Tak rugi pun kita support di antara satu sama lain kan? Muafakat membawa berkat :)

.

.

.



Okey la, sampai kita ketemu lagi ye :) InsyaAllah. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan lupa tau semua pesanan nih. Assalammualaikum :D

2 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah..snyum terbawa-bawa dalam tidur tak..hihihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) Mestila PC.. Terbawa bawa sampai ke tidur Hihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)