Cameron Valley, Tanah Rata |
Assalammualaikum dan haiiii :) Disebabkan harini last aku kat uitm untuk minggu ni, so meh la aku sambung cerita sekaligus habiskan terus cerita pengalaman bercuti dengan kawan kawan haritu. Jom kita sambung entry Backpackers 1 : Cameron Highland * Okey, lepas check out bilik dalam pukul 8 lebih pagi tu, kami terus naik ke tanah rata.. Kami ke Cameron Valley. Sejuk wehh! Lepastu p Mardi. Lepas naik tanah rata, turun pulak brinchang sebab nak cari kedai makan tapi sampai ke sudah tak jumpa kedai makan. Mungkin kami yang tak nampak atau kedai tutup. Last last beli kat pasar malam brinchang dan makan depan hotel je :D
9.00 pagi - Cameron valley.
Sengaja pergi awal pagi sebab takut panas, biasala ladang kan. Kalau dah p tempat macam tu, every place mesti nak selfie.. Sampai aku siap perli ain |hahaha| Ain kan suka selfie. Time sampai ladang teh tu, still tak ramai orang sebab masih awal. Mungkin. Dah nak dekat pukul 10 lebih baru orang makin ramai. Tahu tak sebab apa kami nak sangat ke cameron valley ni? Sebab dalam facebook orang duk cerita tentang kecantikan air terjun dalam tu. So kami pun terpengaruh dan nak tengok sendiri kecantikannya. Berjalan punya berjalan menuruni bukit sepanjang jalan kecik ladang teh tu, actually ikut mini tar.. Sampai la kami di air terjun yang diceritakan. Tengok, alah biasa je pun. Ambil satu gambar.. Bagi kat encik tunang, dia boleh kata macam air longkang. Hampehhhh!!! -.-" So tak apa, ikut je.. Banyak jugak ambil gambar kat kawasan nih .. Dah dua jam kat situ pun, kami tak sedar. Bila hari pun makin panas dan orang pun makin ramai, kami pun beransur daki balik bukit untuk naik ke atas. Pehhh, lenguh kaki wehhh. Nasibla aku pakai kasut. So macam mudah dan selesa la nak panjat bukit dan lalu tepi lereng ladang teh tu. Actually orang kata, ladang teh boh pun cantik. Maybe next time.. p dengan encik suami |wakakaka| InsyaAllah ;)
Cameron Valley |
Time baru sampai, Fresh |
Pas masuk : Cameron Valley - RM2 & Taman Agroteknologi Mardi - RM3 |
11.30pagi - Taman Agroteknologi Mardi, Cameron Highland
Kat sini lagi banyak kami bergambar. Famous jugak mardi ni sebab pelancong memang tak sah kalau tak ke sini. Bukan apa, pemilik hotel yang kami menginap pun tanya, ada pergi argoteknologi mardi? Dia cakap macam macam ada kat situ. Serius memang semua ada. Strawberi, salad.. warna hijau.. Purple, tomato, kobis tapi tak dapat tengok anggur.. Ada anggur tapi masih kecik, sikit je.. Apple pun tak menjadi sangat buahnya :( Kesian kat ain la sebab dia nak tengok sangat anggur dan nak petik sendiri strawberi tapi tak ada rezeki dia. Haa.. Satu lagi, do you love flower? Wehhh. Banyak gila bunga kat sini.. Aku pun tak ingat dah nama nama bunga tersebut.. Yang aku kenal pun, rose, sunflower.. Tu je la kot.. Yang lain aku bubuh nama sendiri |hahaha| Cantik sangat. Serius cantik! Lagipun, aku pun salah seorang peminat bunga ;)
Pelan supaya tak sesat. Tengok, banyak tempat best dalam tu |
Apple tu. Hijau. Mesti masam. Gerenti. |
Kawasan ni tempat orang beli bunga - disebabkan kawasan ni cantik, aku suruh sue snap gambar :) |
Fika bagi nama bunga loceng - pandai pandai dia je -.-"! |
Berpeluh jugak berjalan dalam ni dengan ramai orang, lepastu hujan pulak. Lebat jugak. Time hujan lebat tu, kami decide untuk turun brinchang balik. Yela, hujan.. Perut pun lapar. Sebelum tu, kami p pekena strawberi celup coklat. Satu bekas hanya RM8, okey.. Aku share dengan sue. So kat situ dapat kurangkan kos. betul tak? |hahahha| Strawberi rasa masam je tapi bila celup dengan coklat, memang best. Aku prefer coklat lagi dari strawberi. Nyummy! Sue sampai jilat habis coklat tu |hahaha| Okey, fine tak membazur :p Actually kat sini pun ada jual sayur macam kobis, salad.. Segar segar. Tak tipu. Ingat nak beli jugak tapi bila fikir balik, nanti nak masak kat mana? Pakai apa? So kuburkan saja hasrat tersebut |huhuhu|
Nak rose warna apa? Semua warna ada :) |
Ni tak tahu bunga apa? sunflower. tulip kot :p |
Bunga lagi :D |
Tengok salad dia, segar kan? aku tak tipu |
Ni?? segar jugak |
Sungguh nyummy kn? |
Last di Mardi - hujan ni, tengok tudung.. Berbintik bintik :p |
2.00petang - Big Strawberry Farm
Lepas puas jelajah mardi, terus turun brinchang untuk makan, malangnya kami tak jumpa pun tempat makan dan turun semakin turun.. Jangan sampai jumpa ipoh sudah |hahaha| Singgah cameron square.. Tak ada tempat menarik untuk turun makan. Payah jugak nih. Perut dah menyanyi nyanyi kot. Last last sampai pasar kat bawah tu.. Apatah nama tempatnya, singgah beli keropok lekor dan cendawan goreng. Itu je yang mampu untuk perut |huuu| Kesian. Lepas beli tu naik brinchang semula.. Singgah S corner dan big strawberry farm.. Kata nak petik sendiri strawberi kan. Sekali lagi, malangnya tak kesampaian. Dalam big strawbery farm ni pun banyak bunga segar segar, salad.. Tomato. Lepastu makanan yang dijual pun berasaskan strawberi. Best jugakla. Tapi yang kecut perutnya, nak naik tempat parking kereta.. Kat atas. Tinggi pulak tu bukit plus curam. Aku dah cuak. Fobia kot.. Takut kereta terundur ke belakang balik. Padahal kereta auto kot. Ntahla. Fobia. Lagipun, aku sendiri tak pass bab bukit nih |hihihi| Haaa berbalik pada S corner.. Kat S corner tu just berhenti makan apa yang dibeli tadi tu je, tak singgah masuk pun kedainya. Kata orang, Kat S corner barang murah. Ntahla. Dan nak bagitahu jugak, hari sabtu tu pun, jalan turun dari brinchang ke bawah memang sesak. Tahan lapar kami dalam kereta tu :(
Big Strawberry Farm - last |
Nak pergi big strawberry farm ni pun boleh sesat kot. Marah ke map, map marah ke kita balik |hahaha| Nasib baik, alhamduulillah.. Allah beri petunjuk.. Sampai jugak big strawberry farm. Balik farm tu, terus check in balik hotel dengan harga RM180 bagi satu malam. Kenapa harga tak sama dengan semalam? Sebabnya harini cuti hari wesak dan mungkin check in awal. Sebab tu check in balik time petang.. Dalam pukul 4. Balik tu, mandi dan solat semua dan paling heaven.. Tidurla.. Rehat. Lepas maghrib tu baru p cari makan dan shopping. Alhamdulillah. Kedai makan depan hotel je.. Sejuk sejuk dapat makan tomyam. Best giler. Dahla sedap. Malam tu makan nasi putih + tomyam ayam + telur dadar. Itu pun dah best giler. Tomyam pulak panas panas dan pedas. Pehhh. Telan air liur kejap |hikhikhik| Dekat pukul 9 malam tu, dah siap makan.. Now masa untuk shopping.. Yeayyy! Actually, aku beli lagi cendawan goreng tepung kat pasar malam.. Sebungkus RM5. sedap! :D
Esok dalam pukul 11 pagi gerak balik seri iskandar. Tu pun lepas breakfast kat kedai depan hotel kami. Kawan kawan dah pekena nasi putih.. Aku makan roti canai sardin. Then kami bungkus roti canai kosong.. Sampai u, baru makan roti canai tu |hahaha| Mana taknya, dalam perjalanan still singgah beli keropok lekor la, pisang goreng dan strawberi untuk kawan kawan sudah pasti sebab segelintir kawan kawan sekelas tahu yang kami naik cameron |huhuhu| (^____-) Alhamdulillah, sampai uitm di hatiku pada pul 4 petang.. Minyak yang isi sebelum pergi, RM50 pun still tinggal 2 bar.. So redha kan je la.. Tak kan nak jalan jalan p lumut pulak semata mata nak habiskan minyak? Memang tak la.. Sebab dah penat T.T
Di sini dapat aku tekankan bahawa bila bercuti dengan kawan kawan, ia lebih save budget.. Budget aku tak lebih RM400. Alhamdulillah, tak la duit aku habis macam tu je |hahaha| Rasa macam bangga jugak sebab dapat control duit tanpa berjoli sakan sangat.. Yang penting, untuk ahli keluarga, encik tunang dan kawan kawan memang ada buah tangannya. Meh sini aku tunjuk budget bercuti kali ini bersama 4 kawan kawan.
Kereta sewa + minyak : RM250 (bahagi 5 orang)
Hotel : RM320 (bahagi 5 orang)
Makanan : RM100 [3 hari 2 malam]
Shopping : RM100 [tshirt, bantal, strawberry, fridge magnet, keychain]
Pas masuk : RM5 [cameron valley & mardi]
Tambah tolak tambah tolak, kurang RM400 aku berbelanja, bagi aku okey kot.. Sebab encik tunang pun perli aku kuat makan. By the way, macam ni la budget student. Sekian sahaja untuk kali ini. Assalammualaikum dan selamat malam :)
*** Maaf gambar TERbanyak |hahahaha|
Air terjun dalam ladang teh - Sampai hati cakap macam air longkang. HAHA |
best g cameron.. lama pula tak pegi sana... masih sejuk ke di sana?? ke dah sama panas mcm di kl??
ReplyDeleteBlogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)
Pencarian #9 Bloglist segmen....
Masih sejuk. Hee. Tq jemput ^^
DeleteCameron lavender x pegi ke? Cantik tempat tu
ReplyDeleteTak pergi pun sebab tak sempat. Huu T.T Tapi memang cantik kan.
Deletekalau pergi naik bas je.. senang tak pegi antara satu tmpat ke satu tempat?
ReplyDelete