Sunday, 1 May 2016

Hye May!^^




Assalammualaikum dan haiii. Alhamdulillah. Lepas maghrib tadi sampai uitm dengan selamatnya. Allah lindung dan permudahkan semuanya. Kenapa tak balik esok? Esok kan cuti lagi? |hahaha| Sebab aku rasa tak seronok. Tiap tiap minggu aku tak duduk bilik. Minggu lepas p alor setar. So macam rasa tak puas. dengan study ke laut. Assignment nye ke lembah. Ntahla. Sebab tu aku balik awal, nanti boleh rehat dan ada tenaga untuk study. Lagipun minggu ni aku pack, dengan presentation.. Site uitm dan site assignment group. So di situ ada keserabutan sikit. Test lagi.


Tadi naik bus sampai ke manjung |hahaha| Ingatkan bas tu lalu depan uitm. Rupanya tak. Ntah macam mana tah dia potong jalan dari beruas.. Sampai ke manjung. Dalam hati dah dup dap dup dap dah. Last last.. Biarkan je la. Mesti ada bas lain atau teksi ke seri iskandar balik kan? Sampai je manjung terus cari teksi ke uitm. Sampai ke kolej teksi tu hantar, alhamdulillah. Tentang bayaran tambang, gua pejam mata je. Allahhu. Tak apa, di sebalik ni semua.. Yakinla. Dia ada hikmahnya. InsyaAllah.


Lupa tentang bayaran tambang sebab seronok bila tengok ain tunjuk sekotak kinder bueno dari langkawi. Classmates balik langkawi haritu dan dia tolong belikan. Kat sana memang murah. Dalam sekotak tu ada lapan peket. Harga rm24. Aku share dengan aina. So sorang rm12 je. Waaaaa.. Seronoknyee tengok chocolate. Tu belum makan lagi. Lepastu dapat lagi lima bijik coklat daim daripada ain |hehehe|


Sebelum menutup bebelan ni, selamat pengantin baru buat min dan farhan. Jauh dapat suami.. Pahang nuh. Kad pun cantik. Tiket bola gituuuu. Alhamdulillah. Selesai semua. Aku pun sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut walau sekejap. Majlis meriah. Pengantin pun sempoi je. Okeyla. Nanti kita ketemu lagi. InsyaAllah. Assalammualaikum. Jaga hubungan dengan Allah. Encik abah dan puan ibu. Semua orang.


lebih kurang macam gini kad dia. tapi kedah vs pahang - sumber google

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)