cameron valley tea - anis. ain. fika. nia. sue |
Assalammualaikum dan haiii semua. Sihat? Alhamdulillah, iolls baru balik holiday nih. Actually tak ada la baru sangat. Tapi mood holiday still ada lagi. By the way ni first time bercuti dengan kawan kawan dan berdikari sendiri. Selalunya kalau berjalan jalan dengan kawan kawan, penginapan ni dan semua la, pihak universiti yang handle. So tak rasalah nak buat sendiri. Lagipun, percutian nih dah lama sangat plan. Sejak sebelum sambung degree lagi, alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya. Syukur sangat. Orang kata, memang mudahla perjalanan, yela.. Semua geng gegurl. Takut tu ada jugak tapi kena sado kan hati naik cameron highland sebab memang dah nekadkan hati nak naik cameron highland 20 mei 2016 sampai 22 mei 2016 :)
20 mei 2016 - 6.00 pm
Serius, plan nak naik bas je.. Nak jadi backpackers katanya tapi Allah tak izinkan sebab kelas research pagi tu ditukar kepada 3 petang sampai 5 petang. So kita orang tak ada pilihan melainkan sewa je kereta |hahaha| So fikir punya fikir, kita orang sewa kereta viva auto.. Kena auto la sebab nak naik bukit. Tak berani aku nak bawak naik kereta manual. Yang cik driver pun tak berapa nak mahir lagi dengan bukit. So dua hari dengan hanya RM200 untuk budget kereta sewa. Dalam pukul 6 petang tu, kita orang bertolak ke cameron highland selepas sue dan nia p amik kereta luar dari kawasan universiti. Dalam perjalanan tu, dua phone atas riba aku, satu phone bukak waze dan satu lagi phone bukak map. Semata mata tak nak sesat. Yelah, aku tak ingat jalan.. Padahal dulu encik abah dah pernah bawak naik cameron highland. Jalan yang sama jugak. Mungkin faktor usia, aku dah lupa semuanya. Kita orang dari seri iskandar terus ke batu gajah dan naik cameron highland melalui simpang pulai (*____^)
Weh, naik banjaran titiwangsa dah nak dekat pukul 7 malam, kau rasa apa? Semua dalam kereta perempuan. Aku tengok luar kereta, makin gelap. Aduii. Takut jugak. Tapi kena teruskan jugak perjalanan sebab dah nekad beb. Lepas maghrib tu encik tunang call, tanya dah sampai mana? Serius aku pun tak tahu sampai mana.. Tanah rata pun tak nampak lagi.. Brinchang lagilah tak nampak bayang. Saat talian diputuskan, tiba tiba ada seorang lelaki tahan kereta kita orang, cuak giler beb. Semua muka dah takut. Aku cuba relax tapi dalam hati.. Siapa yang tahu. Dahla malam. Lelaki tu suruh berhenti. Kawan kawan yang kat belakang mintak cik driver jalan je. Yang aku kat sebelah cik driver tak tahu nak buat keputusan apa sebab kalau still jalan, depan tu ada jalan satu line je.. Kecik pulak tu. Lepastu lelaki tu datang kat tingkap cik driver, then aku mintak cik driver berhenti dan bukak je sikit tingkap, sekali lelaki tu cakap... Depan tu ada kereta dari jalan bertentangan nak lalu sebab kat situ kerja kerja memperbesarkan jalan sedang dilakukan |wakakakaka| Terus hilang kecut dalam perut.. Rupanya lelaki tu orang yang jaga jalan. Tapi butir bicara lelaki tu tak faham sangat sebab mungkin orang asli. Maaf encik.. Kita orang asyik fikir negatif je... Bukan apa, kes culik.. Rogol semua makin menjadi sekarang. So kena hati hati (".)
Kami menginap di sini - Ria Cameron Hotel |
20 mei 2016 - 8.50 pm
Setelah melawan kabus sepanjang perjalanan.. Kabus ni, kadang dia datang sampai tak nampak jalan.. So banyak berdoala time kabus tu menyerang. Makin lama perjalanan, semakin tinggi kita orang panjat banjaran tu. Makin sejuk. Alhamdulillah, lepas 2 jam 30 minit perjalanan.. Kami sampai brinchang. Yeayyy! Tengok pasar malam brinchang, meriah betul. Tak sabar nak ke situ |hahaha| First sampai tu, kami cari hotel dulu. Banyak giler hotel kat kawasan brinchang. Memang dah plan nak cari hotel sekitar brinchang dan dekat dengan pasar malam just tak specific kan nak menginap kat hotel mana. Dalam tengah mata meliar cari hotel, tiba tiba seorang lelaki datang dekat kat kereta kami. Adoii.. Kecut lagi perut. Takut! Fobia betul dengan lelaki nih. Sekali dia tanya nak cari hotel ke? Dia boleh bagi murah. First tu kami tak percaya. Berlagak. Kami siap cakap nak cari hotel lain lagi |hahaha| Lepas beberapa minit tu, marketing dia menjadi jugak sebab kami berlima setuju dengan harga bilik yang diberikan.. RM140 untuk satu malam dan dua katil besar untuk lima orang. Lepastu ada pemanas air.. Kat sini tak ada aircond okey sebab dah sejuk. Then dia bagi sejadah dan kettle. Okey la tu kan.. Selesa kot. Selesai tempat penginapan! (^_______^)
Muka kegirangan dah sampai Brinchang |
Kami pilih deluxe room - RM140 |
Lepas letak barang dan park kereta.. Terus kami ke pasar malam. Perut dah lama menyanyi disebabkan balik kelas research tu, solat semua terus bertolak kan. Just dalam perjalanan makan roti sosej je |hahaha| Sempat lagi kami siapkan bekal tau. Sosej dibalut dengan roti.. Dalam tu ada sos cili dan mayonis. Nyummy! Boleh la buat alas perut. Sampai je kat pasar malam brinchang, serius ramai orang.. Memandangkan cuti kan, lepastu esoknya 15 syaaban dan tak lupa jugak esok hari wesak.. Memang macam semut orang mengunjungi pasar malam. Disebakan lapar, terpaksa la masuk jugak. Awal awal masuk pasar dah bau ayam goreng uncle bob, tak boleh jadi nih.. Kena beli jugak |hahaha| Malam tu, aku beli bakso - rm4.50, sotong celup tepung - rm10, jagung cawan - rm4... Tu pun dah berapa ringgit habis. Ayam goreng uncle bob tu aku beli jugak tapi share dengan nia |hohoho| Aku suka makanan goreng goreng dengan tepung kat sini. Best!! Untuk malam ni, kenyang giler perut (^___________^) ~ encik tunang siap perli, banyaknyee makan.
Malam tu lepas solat, terus tidur. Dua lapis jugak baju aku pakai. Aku selubung dengan selimut yang aku bawak lepastu selubung lagi dengan selimut hotel |hahaha| Tu pun still sejuk lagi tau. Lama lama aku terlena macam tu je. Kawan kawan yang lain pun sama. Dalam pukul 4 pagi tu aku terjaga, rasa macam panas tapi tak la peluh. Pelik pulak kenapa panas. Then try tidur balik. Terlena tapi macam tidur tidur ayam. Tak pukul 6 pagi lagi, sue dah bangun mandi.. Then solat. So aku pun ikut sekali la.. Dekat pukul 7 pagi tu kami dah bersiap siap sebab aktiviti menjelajah tempat tempat di cameron highland bermula pukul 8 pagi. Wuuuuhuuuuuuuu!!! Pukul 8 pagi, kami terus check out bilik dan terus naik ke tanah rata sebab nak p cameron valley vs nak tengok air terjun dalam ladang teh |hahaha| Tapi rasa macam dah panjang je entry kali ni, nanti aku sambung lagi ea untuk entry Backpackers 1 : Cameron Highland ** InsyaAllah :)
Okey la, Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan sakiti hati orang lain.. Nescaya hati anda juga akan disakiti. Sekian. Assalammualaikum semua :D
wah.. bestnya.. ^^
ReplyDeletehttp://www.mohdnoorshawals.com/
Best! ^^
Deleteseronok sangat pergi sana kan? ^_____^ ..nanti kita pergi langkawi pulak yeee <3
ReplyDeleteBest gler. InsyaAllah.. Langkawi menyusul. Hihi
ReplyDeletein shaa ALLAH..HERE WE GOO ^_________^ ..nanti beli cokolattttt byk2..yummmyyyyyy
ReplyDeleteInsyaAllah.. Semester depan. Haha
Delete