Saturday, 2 April 2016

Journey #6

My big family AP 225


Assalammualaikum dan Haiii!!! ^^ Gambar yang dah lapuk! Mungkin |hahaha| Actually gambar ni diambil jumaat minggu lepas time trip ke PICC Putrajaya. Yeayyy! Dapatla jugak keluar dari negeri perak tu. Coordinater bagitahu tentang trip ni pun secara tiba tiba. Haritu beliau nak jumpa kita orang sekelas, ingatkan salah apalah yang dibuat sampai coordinater nak jumpa. Aduyai. Sekali beliau nak bagi hadiah. Yes. Trip ni la. Tujuan utama pergi sana tu untuk tengok Pertandinagn Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Belayu (PABM). Actually ada student dari uitm masuk peringkat akhir. Alhamdulillah, tak sia sia pergi sokong. beliau berjaya menempatkan diri sebagai johan di dalam kategori alam melayu ^^


Pertandingan ini ada tiga kategori iaitu kategori pelajar antarabangsa, kategori pelajar antarabangsa di Malaysia dan alam melayu. Dalam kategori alam melayu, haziq dari jurusan undang undang uitm sebagai johan. Bagi kategori pelajar antarabangsa di malaysia dimenangi oleh Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania yang mewakili Unimas. Okey, beliau punya pidato.. Best gila. Sekali dengar, memang dah sure sangat, beliau akan dapat johan. Lagi satu.. Lawak gila. Kata beliau lagi, di malaysia.. Beliau dikenali sebagai abang dollah. Ketawa lagi aku dalm picc tu. Dahla pandai cakap lograt orang sarawak (^_______^)


Lepastu, untuk kategori pelajar antarabangsa dimenangi orang Hatsune Yanai dari Jepun. Pandai betul kecek bahasa melayu. Beliau boleh kupas tentang isu dunia dan akhirat. Paling terkejut siap baca terjemahan al quran lagi. Aku boleh jangka beliau boleh jadi juara. Tahniah buat semua pemenang dan tahniah wakil dari uitm. Petah betul berhujah. Yes. Uitm dihatiku |hewhewhew| Kalau korang nak tengok lagi, siapa pemenang kedua dan ketiga, KLIK SINI :D


Seterusnya, aktiviti kami adalah bergambar. Yeayyy!. Tak habis habis. Selfie.. Wefie. Macam macam. Mungkin ini juga merupakan langkah untuk kami sekelas berkenalan antara satu sama lain. Jom cuci mata |hihihi| ^^



















































.
.
.


Okeyla, Selamat malam. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. InsyaAllah selamat hidup anda dan jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekelililng. Pasti anda tergolong dalam orang yang paling bahagia * macam aina. InsyaAllah. Tataaaaaa ^^

2 comments:

  1. haha..sakan bergambo..mesti best kan pegi ramai2..bila dah keje xsempat pun nk kumpul reramai..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)