Tuesday, 12 April 2016

Journey #7



Assalammualaikum dan haii. Nak update. Kejap tak nak. Actually, malasla bila dah cuti ni. Rasa nak baring baring atas katil je. Yela, kalau kat perak.. Memang tak ada maknala nak beradu lama lama atas katil. Lepas kelas, kelas, kelas dan kelas |hahaha| Macam penipu je. Part three tak la banyak kelas sangat pun. Malas tu malasla jugak tapi kena gagahi jugak untuk join giveaway dan segmen bagai. Tanda support yang padu. Acecece (^_________^)


Atas permintaan cik ain a.k.a roomate merangkap classmate ap2253a.. Dia suruh aku cerita serba sikit tentang sport day estate management haritu. Hari rabu sebelum midsem. Aku dan tiga orang lagi roomates join kot sport day tu. Bersemangat iolls. Nak tahu kita orang main apa? Bola jaring kot. Kecik kecik cili padi |hahaha| Macam kelakar pulak. Dahla buat latihan dua jam je, Aku pegang posisi C. Lantakla, penat tahu tak kejar bola. Dahlah asyik kena tepis je. Last last, biarkan je dorang nak tangkap bola. Ada makk kesah? :/


Lepas naik midsem ni ada family day pulak kat sungkai. Aktif betul estate management nih. Macam best je sebab kat sungkai tu kolam air panas |huhuhu| Panas panas pun still cari kolam air panas. Ishhh ishhh ishhh. Tengokla macam mana nanti.. Nak decide pergi atau tidak. Bukan apa takut busy je. Mananya nak test, presentation, assignment lagi. Inspect site lagi. Aduyaii. Siap la naik midsem nih. Macam macam aku dah rancang sebab case study untuk assignment investment aku tak decide site lagi kat mana. Rasanya semua case study untuk group aku buat kat alor setar je. Moga Allah permudahkan. Amin :D


Bila fikir tentang lepas midsem ni, menakutkan pulak sebab aku tak ready apa apa lagi untuk presentation, untuk test |hahaha| Goyang kaki je aku kat rumah ni. Keluarkan nota daripada beg tapi keluarkan je, bacanya tidak. Perangaiii. Jangan tiru okey. Ini la dugaan yang maha hebat kalau balik rumah. Hurmm. Dahla. Kesah apaa aku?! ;)


Esok dah rabu. Kena jugak study tu. Siapkan slide apa yang patut |huuu| InsyaAllah. Aku cuba :D Okeyla, cukupla tu. InsyaAllah nanti aku update lagi entry tapi tak janji bila. Bila free la kan. GA dan segmen pun, mugkin aku akan kurangkan join jugak buat masa ni. Sorry tau. Aku kena pentingkan benda lain selain blog ni. Sorry blog T.T InsyaAllah. Lepas exam, boleh la aktif balik tapi tak ada la selama lamanya aku tak jenguk blog ni. Bukak cuma tengok tengok macam tu je. Bereh? Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Selamat malam (^_______-)

2 comments:

  1. Posisi C la paling penat sekali. Huhuhu ! :) Kehulu kehilir. Kuikui. Biasa nya posisi C ni kecik molekkkk jekan.

    p/s : Semoga urusan semua dipermudahkan yer. ♥ Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua menjaga hubungan sesama dan jgn lupa hubungan dgn Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)