Friday, 20 March 2015

semingguawal ;)



Masa terlalu mencemburui kita. 

Kejap je dah hujung semester.

Maaf di atas segala salah silap.

Termarah. Terkata. Terkutuk. Ter tak puas hati. Tersakit hati. Ter tak bagi tiru. |HAHAHA|

Terutamanya AP 115 (5A) (^______^)

Walau macam mana pun korang semua memang the best.

Umur mematangkan anda semua.

Selamat maju jaya untuk final exam ni.

Buat yang terbaik dan doa tu penting disamping berusaha

Dan 

Good luck jugak buat semua.

Mohon doa kalian untuk kejayaan kami.

Terima kasih (^.-)

Monday, 2 March 2015

saya dia dan mereka


Assalammualaikum semua. Sihat ke? Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah. InsyaAllah :) Ntah macam mana nak tulis intro pun aku dah lupa. |hahaha| tu lah dah makin jarang taip  blog.. Berhabuk plus bersawang dah blog ni. Sorry okey. Bukan tak ada masa tapi malas nak menaip.. Tambahan pulak internet aku guna buat cari maklumat assignment je -..-" |hahahaha| okey, aku tipu. Aku rasa macam baru je aku update blog tentang exam, Rupanya berapa minggu lagi aku akan update tentang exam lagi. MasyaAllah. Cepat betul masa berlalu. Finish for semester five. Tak sabar! :D

So untuk meninggalkan kenangan manis part 5 ni, saya dia dan mereka amik masa bersama untuk kenang balik kenangan kitaorang time belajar kat Seri Iskandar ni. Memang enjoy walaupun penat giler. Padahal bukan aku yang drive. Budget je penat. |hohoho| okey dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan tahniah kepada suhaniza a.k.a adik kesayangan aku ni sebab dah lulus test jpj. Alhamdulillah.. Itu yang suruh dia drive sampai ke Manjung, Perak. Nak harapkan aku, memang tak sampailah Manjung tu. Memang buang lombong je la lesen tu ye anis -..-"

Memang lama la keluar hari jumaat tu.. Lepas kelas account sampai ke malam tapi tak berani la nak overnight. Nak tidoq mana? Lagipun, tak baik ajar adik adik benda bukan bukan |huhuhu| Tapi serius dari zaman inspen lagi aku tak berani ajar diri untuk overnight walaupun time tu boleh je overnight kalau berani. Kuala Lumpur.. Mana tahu erti malam kan? Malam macam siang. Pandai pandai la jaga diri dan pandai pandai la bawak diri :)

Sebenarnya pergi Manjung pun bukan setakat nak makan makan tapi ada urusan lain dengan bank. Tu yang pergi untuk settle semua urusan. Petang tu baru pergi makan steamboat. Alhamdulillah, Dia happy mereka happy, saya pun happy. Syukur di atas kebahagiaan ini. Kenangan ini akan terus disemat dalam ingatan untuk selama-lamanya. Bukan senang, lepas ni nak praktikal pulak, tak boleh la nak giler-giler lagi @.@ Serius memang tak sama perangai antara kawan ini dengan kawan itu dan kawan itu dengan kawan ini. Dan tak akan sama perasaan kita bila bersama mereka. Tak faham sudah (*____0)

Simpan aku dalam mimpimu
Kisah aku diceritamu
Simpan aku dalam hatimu
Biar aku di ingatanmu

Semoga ikatan ukhuwah ini tersemat mati didalam hati kami. InsyaAllah.Semoga berjaya sahabat di dunia dan akhirat. Sama sama kita kejar syurga Allah di samping kita kejar kejayaan dunia. Andai kita kejar kejayaan akhirat pasti kejayaan dunia akan sentiasa mendampingi kita. Percayalah kawan-kawan :) Okey, tak lupa jugak buat amalina dan aisyah. Walaupun berlainan bidang dan berlainan cabang pembelajaran, kami tetap akan sentiasa mengingati kalian. Jangan sedih.. Teruskan perjuangan kalian. Selamat maju jaya. Tak lupa juga buat sahabat inspen  yang turut terjerumus dalam bidang nursing.. All's the best :) Anis, Ainis dan Intan akan doakan kejayaan Eha :')

Okey la, makin lama taip., Rasa macam nak touching pulak. |hahaha| btw rindu tahu dakkk! Okey la, nak sambung buat assignment building.. Baru separuh jalan buat.. Orang lain dah siap.. Aku still terkedek kedek lagi kat introduction. |huhuhu| okey, aku tipu dan aku tak berniat pun nak sambung buat assignment. Now, time for sleep |hehehe| Jaga diri. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, tak kesahlah dengan pensyarah ke, kawan kawan ke, makcik pakcik cleaner. Dan yang paling penting.. Pensyaarah tu. Hormat dia. Jangan cakap pandai. Tak baik. Selamat malam. Assalammualaikum ;)



Wednesday, 7 January 2015

Finally, it's last :)

100048,xcitefun fruit shaped sticky notes 1 D  bros: Fruit Shaped Sticky Notes   Cute Notes

Assalammualaikum semua :) sihat? Maaflah sebab selalu mengabaikan blog ni. Bukan tak sempat nak menaip tapi malas. Itu paling tepat untuk aku. |HAHAHA| Tapi tak apa kan dari tak update langsung.. Kan? :) Okey, tahun baru disambut dengan serba sederhana. Alhamdulillah. Semoga kita semua akan lebih kuat untuk menghadapi dugaan, cabaran dan apa sahaja yang berlaku tahun ini. Kuatkan semangat. Buka hati untuk redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. Redhakan hati dan pasrahkan jiwa untuk tenang menghadapinya. InsyaAllah :) 

SELAMAT TAHUN BARU (2015) 

Alhamdulillah, semester ni semester akhir di Uitm Seri Iskandar, Perak. Mudah-mudahan tak ada sangkut apa-apa kan. Lepastu praktikal. Yahooo! Tak sabar nak habiskan belajar, lepastu boleh kahwin. Oppss. |HAHA| Tak ada la, lepastu sambung belajar lagi sampai la.. Sampai la.. Sampai la encik KA ajak nikah. |HOHO| Padahal dah ajak, kite je tak boleh nak on on. Okey, lupakan sebentar tentang perkahwinan sebab den tahu dah ramai kawan-kawan tertunggu-tunggu. Berteka teki. Teruskanlah teka teki anda. InsyaAllah, Tunggu je utusan raja sehari daripada kami berdua ;)

Okey, tentang urusan praktikal untuk semester hadapan.. sudah settle just tunggu surat apply dari universiti sahaja. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Tentang assignment building, ni rumit sikit @.@ dapat tajuk golf course and horse club, memang mencabarlah kan, Kita ni bukan biasa tempat-tempat camtu. Btw bersyukur lah anis sebab Allah nak uji supaya lebih berani dan Dia akan beri pengalaman yang manis untuk kamu (-.-) InsyaAllah. Awal bulan dua ni kena balik lagi rumah sebab site assignment aku kat sungai petani. Aku harap jugak Allah permudahkan urusan group aku dan group rakan-rakan yang lain. Amin. Mencabar semester ni. Tu belum lagi assignment valuation. Tu aku tak tahu la kena value apa pulak. Yang aku tahu semestinya special property (o.-)

Aku suka kerjaya ini!

Aku dah rasa aura- aura kesibukkan dah untuk semester ni tapi kena ingatkan diri jugak supaya jangan terlalu sibuk dengan dunia je. "Dunia. Dunia. Dunia. Awat? Tak mati ka?" teringat pulak ceramah ustaz don. Ya. Kita akan mati. So pandai-pandailah bahagikan masa. Dah besar kan? :D Tak apalah, jangan stress-stress Allah kan ada :) Semoga aku akan terus kuat! Semoga kalian juga akan terus kuat! Allahuakbar! 

Doakan aku untuk semester ni ye? Semoga aku akan terus berjaya. Semoga aku tak lalai dengan duniawi ni. Cewahh. Thank you very much kawan-kawan :) Okeylah, Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, Jaga hubungan dengan ibu bapa dan orang sekeliling. Hidup kalian akan selamat. Selamat malam semua. Assalammualaikum :)

Allah
ibu abah, adik adik
encik tunang
pensyarah
kawan kawan



selamat maju jaya aniskhalilahbtabdulrani <3

Wednesday, 12 November 2014

short update!


Assalammualaikun dan salam sejahtera buat semua :) |haha| Lama sangat dah aku tak update blog.. Padahal dah sebulan lebih kat rumah ni ha. Bukan apa, rasa macam dah malas nak menaip |hoho| Btw update kali ni lebih pendek.. Saja nak berkongsi je apa yang aku dapat dengan korang. Tak ada niat pun nak riak, berlagak, sombong dan semua-semua la. Maaf okey andai korang rasa tak selesa. Tapi rasanya, ada je orang yang ikut perkembangan aku!|hahaha| Kan kan kan? Baik mengaku, Kepada mereka yang selalu support aku, terima kasih banyak-banyak :')

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu dan abah serta adik adik. Terima kasih encik tunang. Terima kasih pensyarah. Terima kasih kawan-kawan AP1154A. Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah. Tanpa doa kalian semua, kekuatan semangat dan tunjuk ajar, diri ini takkan berada di sini dan berdiri di tahap ini.

Untuk ibu abah, adik adik dan encik tunang, kekuatan semangat yang diberikan menguatkan semula langkah untuk menapak. Terima kasih atas doa kalian. 

Para pensyarah, terima kasih untuk segalanya. Maaf andai pening kepada untuk menanda kertas jawapan itu dan terima kasih kerana bagi markah bonus. Mungkin!

Kawan-kawan, terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Sama-sama bangun dan sama jatuh. Sama-sama ketawa. Sama-sama menangis.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukurla. Allah akan beri sesuatu yang sama dengan usaha kita. Jangan pernah melupakan Allah kerana Allah tak pernah melupakan kita :') Terima kasih Allah kerana menguatkan hati ini untuk terus bersemangat menempuh segala dugaan dan cabaran yang berada di hadapan walaupun kadang kala mulut ni mengeluarkan kata-kata keluhan. Allahu.

Alhamdulillah Syukur!










DEAN LIST AGAIN!
(3.71) 
syukur sebab Allah naikkan pointer. Terima kasih atas doa kalian. wish me luck for next semester okey!
assalammualaikum.
jangan tinggal solat ;)

p/s : Pada mereka yang berjaya, tahniah diucapkan. Pada mereka yang kurang berjaya, next sem usaha lebih lagi. InsyaAllah kita semua akan berjaya. Yakini Allah! Allah akan tolong kita :)

Friday, 12 September 2014

fighting - 27 sept 2014

tik tok tik tok tik tok

Maafkan ku untuk semuanya ye kawan-kawan.
Tergurau lebih. Tersakit hati. Terkutuk. Tertipu. Termainkan hati. Termarah
Maaf. Maaf dan maaf.
Kadang sedar. Kadang tak sedar.
Lumrah seorang manusia.. kan.
Terutamanya AP 115 (4A)
Btw good luck untuk semua.
Berdoalah untuk kejayaan kita semua :)


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen.

memanglah exam lambat lagi, tapi tak salah kan kalau kita ingatkan awal-awal supaya tak terleka dan main-main sangat. sebenarnya also noted for myself. awak, semua orang ada hak untuk berjaya. berusahlah!!

letter of love

How much you love me?
Answer :.......

selamat hari lahir . khairilazmi
Ke hadapan awak yang di dalam gambar tu, semoga sihat-sihat selalu. Bla la bla bla bla...

Sangat suka dengan gambar ni. Mungkin sebab banyak sangat makanan. |hahaha| ke sebab ada abang handsome dalam tu? ;-D btw thank you very much sebab sudi terima pelawaan untuk keluar makan bersama. Western food you. Nasib baik encik tunang habis makan. Kalau tak, membazir :)

Selamat hari lahir. Semoga menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat. Amin

Tapi kalau keluar dengan dia ni, memang asyik makan je la.. Seronok. Aku pun dapat menaikkan berat badan yang memangnya dah berat ni (-..-) So kena amik langkah berjaga-jaga ni.. Jangan keluar selalu. |huhuhu|

Terima kasih untuk semuanya. Tak tahu nak taip apa. |hahaha| Yang penting, tak sabar nak nikah ;) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Aku bisa menemukan kamu di tengah keramaian dengan telinga dan mataku yang tertutup. Itu kerana aku mencarimu dengan hatiku <3

hiraukan bambam saya ;p salam aidiladha. tercepat pulak. erkk!
teruslah mencintaiku sehingga kau lupa cara untuk membenciku,




Yang benar,

bakal isterimu.

untuk semester tiga

alhamdulillah
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah.. Dapat wifi free. |hohoho| Ku gagahi jugak untuk update blog walaupun pendek dan amik masa yang sekejap. Alhamdulillah. See!! Anugerah dekan untuk semester tiga :D syukur alhamdulillah. Dengan berkat pertolongan daripada Allah dan doa ibu serta abah. Tidak lupa jugak doa encik tunang dan kefahaman serta keprihatinannya.. Dan berkat usaha pensyarah yang dikasihi. Alhamdulillah. Tanpa mereka semua, memang tak merasalah aku dengan ini semua. Sungguh!

InsyaAllah. Aku akan teruskan semua ini. InsyaAllah. Aku harap Allah akan izinkan aku lagi untuk menapak satu lagi anak tangga. Amin. Apa-apa pun kejayaan ini bukan milik ku tetapi ia adalah kejayaan Dia yang berada di atas, yang menguasai langit dan bumi. Allahu :')

Korang tahu kan apa cita-cita aku untuk diploma estate management ni.. Kan? Korang doakan kejayaan aku ye? Thanks. Maafkan segala salah dan silap aku. Okey la. Jaga diri. Jaga solat. Hormat semua orang. Jangan sombong. Assalammualaikum.

sila rotate sendirik. meriah semester ni sebab ramai jugak dapat dekan

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)