Assalammualaikum semua. Sihat ke? Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah. InsyaAllah :) Ntah macam mana nak tulis intro pun aku dah lupa. |hahaha| tu lah dah makin jarang taip blog.. Berhabuk plus bersawang dah blog ni. Sorry okey. Bukan tak ada masa tapi malas nak menaip.. Tambahan pulak internet aku guna buat cari maklumat assignment je -..-" |hahahaha| okey, aku tipu. Aku rasa macam baru je aku update blog tentang exam, Rupanya berapa minggu lagi aku akan update tentang exam lagi. MasyaAllah. Cepat betul masa berlalu. Finish for semester five. Tak sabar! :D
So untuk meninggalkan kenangan manis part 5 ni, saya dia dan mereka amik masa bersama untuk kenang balik kenangan kitaorang time belajar kat Seri Iskandar ni. Memang enjoy walaupun penat giler. Padahal bukan aku yang drive. Budget je penat. |hohoho| okey dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan tahniah kepada suhaniza a.k.a adik kesayangan aku ni sebab dah lulus test jpj. Alhamdulillah.. Itu yang suruh dia drive sampai ke Manjung, Perak. Nak harapkan aku, memang tak sampailah Manjung tu. Memang buang lombong je la lesen tu ye anis -..-"
Memang lama la keluar hari jumaat tu.. Lepas kelas account sampai ke malam tapi tak berani la nak overnight. Nak tidoq mana? Lagipun, tak baik ajar adik adik benda bukan bukan |huhuhu| Tapi serius dari zaman inspen lagi aku tak berani ajar diri untuk overnight walaupun time tu boleh je overnight kalau berani. Kuala Lumpur.. Mana tahu erti malam kan? Malam macam siang. Pandai pandai la jaga diri dan pandai pandai la bawak diri :)
Sebenarnya pergi Manjung pun bukan setakat nak makan makan tapi ada urusan lain dengan bank. Tu yang pergi untuk settle semua urusan. Petang tu baru pergi makan steamboat. Alhamdulillah, Dia happy mereka happy, saya pun happy. Syukur di atas kebahagiaan ini. Kenangan ini akan terus disemat dalam ingatan untuk selama-lamanya. Bukan senang, lepas ni nak praktikal pulak, tak boleh la nak giler-giler lagi @.@ Serius memang tak sama perangai antara kawan ini dengan kawan itu dan kawan itu dengan kawan ini. Dan tak akan sama perasaan kita bila bersama mereka. Tak faham sudah (*____0)
Simpan aku dalam mimpimu
Kisah aku diceritamu
Simpan aku dalam hatimu
Biar aku di ingatanmu
Semoga ikatan ukhuwah ini tersemat mati didalam hati kami. InsyaAllah.Semoga berjaya sahabat di dunia dan akhirat. Sama sama kita kejar syurga Allah di samping kita kejar kejayaan dunia. Andai kita kejar kejayaan akhirat pasti kejayaan dunia akan sentiasa mendampingi kita. Percayalah kawan-kawan :) Okey, tak lupa jugak buat amalina dan aisyah. Walaupun berlainan bidang dan berlainan cabang pembelajaran, kami tetap akan sentiasa mengingati kalian. Jangan sedih.. Teruskan perjuangan kalian. Selamat maju jaya. Tak lupa juga buat sahabat inspen yang turut terjerumus dalam bidang nursing.. All's the best :) Anis, Ainis dan Intan akan doakan kejayaan Eha :')
Okey la, makin lama taip., Rasa macam nak touching pulak. |hahaha| btw rindu tahu dakkk! Okey la, nak sambung buat assignment building.. Baru separuh jalan buat.. Orang lain dah siap.. Aku still terkedek kedek lagi kat introduction. |huhuhu| okey, aku tipu dan aku tak berniat pun nak sambung buat assignment. Now, time for sleep |hehehe| Jaga diri. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, tak kesahlah dengan pensyarah ke, kawan kawan ke, makcik pakcik cleaner. Dan yang paling penting.. Pensyaarah tu. Hormat dia. Jangan cakap pandai. Tak baik. Selamat malam. Assalammualaikum ;)
No comments:
Post a Comment