Assalammualaikum semua :) sihat? Maaflah sebab selalu mengabaikan blog ni. Bukan tak sempat nak menaip tapi malas. Itu paling tepat untuk aku. |HAHAHA| Tapi tak apa kan dari tak update langsung.. Kan? :) Okey, tahun baru disambut dengan serba sederhana. Alhamdulillah. Semoga kita semua akan lebih kuat untuk menghadapi dugaan, cabaran dan apa sahaja yang berlaku tahun ini. Kuatkan semangat. Buka hati untuk redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. Redhakan hati dan pasrahkan jiwa untuk tenang menghadapinya. InsyaAllah :)
SELAMAT TAHUN BARU (2015)
Alhamdulillah, semester ni semester akhir di Uitm Seri Iskandar, Perak. Mudah-mudahan tak ada sangkut apa-apa kan. Lepastu praktikal. Yahooo! Tak sabar nak habiskan belajar, lepastu boleh kahwin. Oppss. |HAHA| Tak ada la, lepastu sambung belajar lagi sampai la.. Sampai la.. Sampai la encik KA ajak nikah. |HOHO| Padahal dah ajak, kite je tak boleh nak on on. Okey, lupakan sebentar tentang perkahwinan sebab den tahu dah ramai kawan-kawan tertunggu-tunggu. Berteka teki. Teruskanlah teka teki anda. InsyaAllah, Tunggu je utusan raja sehari daripada kami berdua ;)
Okey, tentang urusan praktikal untuk semester hadapan.. sudah settle just tunggu surat apply dari universiti sahaja. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Tentang assignment building, ni rumit sikit @.@ dapat tajuk golf course and horse club, memang mencabarlah kan, Kita ni bukan biasa tempat-tempat camtu. Btw bersyukur lah anis sebab Allah nak uji supaya lebih berani dan Dia akan beri pengalaman yang manis untuk kamu (-.-) InsyaAllah. Awal bulan dua ni kena balik lagi rumah sebab site assignment aku kat sungai petani. Aku harap jugak Allah permudahkan urusan group aku dan group rakan-rakan yang lain. Amin. Mencabar semester ni. Tu belum lagi assignment valuation. Tu aku tak tahu la kena value apa pulak. Yang aku tahu semestinya special property (o.-)
Aku suka kerjaya ini!
Aku dah rasa aura- aura kesibukkan dah untuk semester ni tapi kena ingatkan diri jugak supaya jangan terlalu sibuk dengan dunia je. "Dunia. Dunia. Dunia. Awat? Tak mati ka?" teringat pulak ceramah ustaz don. Ya. Kita akan mati. So pandai-pandailah bahagikan masa. Dah besar kan? :D Tak apalah, jangan stress-stress Allah kan ada :) Semoga aku akan terus kuat! Semoga kalian juga akan terus kuat! Allahuakbar!
Doakan aku untuk semester ni ye? Semoga aku akan terus berjaya. Semoga aku tak lalai dengan duniawi ni. Cewahh. Thank you very much kawan-kawan :) Okeylah, Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, Jaga hubungan dengan ibu bapa dan orang sekeliling. Hidup kalian akan selamat. Selamat malam semua. Assalammualaikum :)
Allah
ibu abah, adik adik
encik tunang
pensyarah
kawan kawan
selamat maju jaya aniskhalilahbtabdulrani <3
wah dah sem last eh. cepat je. hehe. all the best untuk semuanya. hihi :D
ReplyDeleteHello
ReplyDeletehello. asslammualaikum. mcmla org xknl dia sapa.. huu
Deleteye. semester last dh. alhamdulillah :) all the best jugak utk fiqa :D
ReplyDelete