Thursday 22 June 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum dan haiiii. Jom join giveaway by Mrs Pip sebelum tamat pada 24 June 2017 nih! Syarat yang sangat mudah untuk diikut dan salah satu syarat yang perlu dipenuhi adalah, 

Kongsikan pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui..........


Bila orang tanya tentang pengalaman, mesti jem sekejap |hahaha| Tak tahu nak cerita apa? Terindah kah? Sat gi pi cerita yang orang lain rasa pengalaman tu suam suam kuku ja. Padahal bukan terindah sangat pun |hahaha|

Okay okay. serius serius :D

Actually pengalaman yang paling terindah sekali time bulan puasa yang tak akan anis lupa sampai bila bila.... Ketika bersama orang yang kita paling sayang masih hidup ;')

Sofiah Binti Abid.

Insan ini telah pergi mengadap Ilahi dua tahun yang lepas ketika bulan ramadhan. Allahu. Kiranya hari last puasa dah.. Beliau meninggalkan kami semua. Time tu, anis memang tak rasa apa apa... Puan ibu kejut anis dari tidur pagi tu dan beritahu... Tok dah tak ada. Anis hanya rasa bingung. Betulkah?!

Rasa tak ada apa apa tu hilang apabila anis lihat jasad tok yang sudah dikapankan diangkat keluar dari rumah. Yes. Ketika itu, baru anis rasa... "Ya, tok aku dah tak ada."

Biarkan kesedihan itu berlalu.......

Anis nak cerita tentang tok yang sporting gila. Puan ibu cakap tok garang tapi bagi anis.. Tok okay je tapi mungkin dengan cucu. So tak la garang sangat berbanding dengan anak anak sendiri. Dulu Anis tinggal kat Johor, so balik kampung time puasa dah hujung hujung... So tok pun excited la untuk menyambut kepulangan kami sekeluarga. Tok tak lupa untuk sediakan roti canai yang memang favorite kami sekeluarga bila balik berbuka puasa dan beraya di kampung. Serius. Roti canai tok memang terbaikkk. Lembut. Itu memang tak boleh lupa.

Buat pengetahuan semua, ketupat palas anis pandai buat tu pun hasil kesabaran tok. Tok ajar step by step time bulan puasa. Tabah betul tok ajar anis. Yelah, orang tangan keras memang payah la nak adopt benda yang kena lemah lembut je buatnya. Terima kasih atas kesabaran tok :)

Memang tak boleh lupa segala kenangan terindah bersama tok. Kena marah pun kenangan terindah tau sebab kenangan tu tak kan berulang balik dah... Masa tu dah berlalu. Actually, rindunya saat itu.  

Kini ramadhan kembali lagi dan semakin menuju ke penghujung dan peristiwa tu kembali segar dalam ingatan.

Semoga roh tok sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah. Kami pun akan ke sana kelak :')

6 comments:

  1. Salam takziah Anis.. Kehilangan memang tak ada siapa yang faham kecuali yang melaluinya juga.. kenangan akan sentiasa terpahat diingatan.. semoga ada rezeki Anis..

    ReplyDelete
  2. AL - fatihah.. ingatan manis tercipta bersama yg tsayang pasti xkan kita lupakan.. =')

    btw selamat bgiveaway dan all the best tau =)

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah, semoga Anis akan sentiasa ingat tok dan sentiasa doakan yang baik2 untuk arwah :) cheers.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)