Wednesday, 14 June 2017

Percutian Menarikkk Di Pullman Kuching ! ^^

Pullman Hotel, Kuching

Assalammualaikum dan haiiii semua! ^^ Harini ingat nak cerita sikit tentang Kuching. Sebab apa Kuching? Sebab next year nak holiday kat sini. InsyaAllah, jika Allah beri rezeki lebih. So sekarang nak survey dan menggoogle sikit la tentang Kuching ni. Macam mana dengan tempat penginapan? Tempat makan mana yang best? Makanan apa yang patut dicuba sini? Macam-macam aihhh dalam kepala ni. Untuk memudahkan perancangan ni, memang kena buat persediaan la kan.. Sebab tak familiar dengan tempat ni lagi, maklumlah.. Baru first time kan nak jejak kaki ke Kuching ni. 

Google dan google, terjumpalah hotel best ni.. Nampak cantik dan begitu executive sekali uolls. Alang alang nak bercuti, better cari hotel yang selesa kan, biar puas hati. Ada satu hotel yang telah di short list kan.. Antaranya Pullman Hotel, Kuching. Serius, tengok feedback semua.. Memang terbaikkk! Pilihan memang tepat!

Hotel ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuching. Di sini katanya boleh enjoy dan lihat pemandangan dan panaroma bandaraya Kuching dan sungai yang sangat awesome. Sesiapa yang memang ada hobi macam ni, bolehlah try Pullman Hotel ni. Bila tengok panorama yang cantikk dan awesome ni, insyaAllah.. Hilang stress yang terbeban kat kepala tu. Serius weh!

Hotel ini mempunyai 389 buah bilik yang sangat luas. Banyak dan luas kan? Memang sesuai untuk pengunjung apabila musim cuti sekolah bermula. Yang bestnya, konsep  yang diketengahkan adalah contemporary. Tambahan pula, hotel ini berdekatan dengan Kuching International Airport dimana  jaraknya hanya lah kira-kira 11km . So bila sampai je kat arrival hall nanti, ambil teksi terus ke Pullman Kuching. Mudahkan? Pullman Hotel memang memudakan pengunjung okay. Tak tipu.

Bila lihat review pelanggan yang pernah ke sana pun  rata-rata bagi feedback yang positive gitu. Service pekerja di sana tip-top, ada wifi, swimming pool bersih dan banyak facilities yang disediakan yang akan membuatkan pengunjung semua gembira dan puas hati. Bagi membuktikan apa saya cakap betul atau tidak? Tunggu apa lagi.. Jomlah book Pullman Kuching Hotel on traveloka dengan segera. Kat website or apps ni, harga lebih murah dan berbaloi!! Harga berbaloi dan murahhh lagi, siapa tak nak kan? So anda akan lihat dan nilai sendiri apa yang saya perkatakan tadi.
Bab makanan pulakk, di sana nanti.. Makanan yang boleh cuba adalah makanan seafood di Top Spot Seafood Centre Kuching. Dari Pullman Hotel boleh jalan kaki ke sana sebab tersangat dekat. Lebih kurang 0.1 km. Tak payah jalan jauh-jauh untuk dapat makanan sedap, Top Spot Seafood kan hado!  Ramai yang puji Top Spot Seafood adalah the best seafood in town. Memang wajib pergi dinner di sana la kan. Satu menu yang perlu cuba ialah ketam masak telur masin. Adussssss terliur la pulak. Rasa nak terbang ke sana je sekarang. Terover pulakkk.. |hahaha|. 

Top Spot Seafood

Selain itu, tempat yang nak terjah adalah di Teh Tarik Cafeteria. Kata orang, kedai ini tersangat lah ramai orang. Kena bertabah sekiranya nak rasa pisang goreng cheese dan mee kolok yang superb sedap di sana. Kalau ibu mengandung, terpaksa la tunggu sampai dapat. Yelah, pembawakan budak punya pasal tu.. Sampai terbang ke Kuching.

Tapi.kalau malas nak cari makanan kat luar, di Pullman Hotel pun ada restoren. Antaranya ialah Restoren Puzzle. Di sini menu dan masakan lebih kepada international  cuisine dan  focus pada asian cuisine. Di buka pada setiap hari dari pukul 6.00 petang  hingga 11.00 malam. Selain itu, ada juga Cafe Chat. Dapat lepak sini memang best sebabnyaa anda akan dapat menikmati panorama city views. Sesuai untuk santai sambil menikmati pelbagai jenis coffee, tea, fresh juices dan snack yang sihat dan homemade ice cream. Open every day, stat from 8.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Cafe Chat

Terdapat juga Restoren Nu Er Hong. Di sini kita boleh menikmati masakan ala cina modern sambil menikmati view Bandar Kuching yang awesome. Waktu operasi bagi lunch hour adalah 11.30 pagi  hingga 2.30 petang manakala dinner hour pada 6.00 petang hingga 10.30 malam.

Settle bab makan!! Pergi sana takkan lah nak stay hotel saja kan. Tempat- tempat menarik yang wajib pergi adalah Sarawak Culture Village. Bak kata orang, sekiranya anda datang Sarawak tapi tak pergi ke Sarawak Culture Village ni memang  tak sah la. |hihihi|. Di situ lah tempat khas untuk kita mengetahui tentang rumah-rumah Sarawak dan adat-adat orang Sarawak. Yang best ada pertunjukkan khas untuk setiap jenis kaum mereka sekali tau. So anda dapat belajar dan dapat mengetahui lebih luas tentang kaum di Sarawak ni. Ilmu tu. Hahh. Ilmu penting tau ^^

Sarawak Culture village

Bagi yang nak pergi Sarawak sekejap-sekejap je ni.. Rasanya dapat pergi Kuching Civic Centre pun dah memadai kot. Naik menara ni kita dah boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan kelilingnya. Dengan hanya RM2 kita sudah boleh lihat dari jauh Gunung Serapi, Gunung Sabtubung dan bebrapa gunung di Kalimantan. Seronok kan? Lagi seronok andai dapat bawak anak-anak ke sekali.

Kuching Civic Centre

Langkawi dibanggakan dengan replica Helang. Di Kuching tak kurang hebatnya, Kuching boleh bangga dengan  Tugu Kuching. Haaaaa…Kena ambil gambar tau kat sana nanti untuk membuktikan diri tu pernah datang ke sana!! Yeayyy!!

Tugu Kuhcing

Aktiviti terakhir before balik semenanjung semestinya shopping!!! Apa lagi hobi yang paling best bagi kaum Hawa kan? First sekali, singgah kat Kuching Waterfront untuk beli cenderahati atau ole-ole buat keluarga terchintaa dan kawan-kawan kesayangan. Di sini, ada banyak kedai-kedai kraftangan menarik seperti hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalam rumah dan macam- macamlah.

Kuching Waterfront

Hmmm.. Tak sabar rasanya nak terbang ke sana. Harap-harap semua perancangan berjalan lancar la… Duit tabung pun haraplah cukup. InsyaAllah. Sesampai sana nanti, Bolehla kiteee share gambar. Update status dan semua la!! Tunggu tau Kuching. Dan uolls pun tunggu tau gambar iolls dari Kuching, Khas buat anda semua. Assalammualaikum dan daaaaa ^_______^

5 comments:

  1. culture village tu wajib!gee jejak kaki kuching zaman anak 2 dulu..tahun 2013..culture village tu elok pergi pagi..tenang sikit nak jenjalan..pastu pergi tengok orang utan jugak tau!best2!

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat menarik.. Memang percutian yang ohsem lah tambah harga menarik di Traveloka..

    ReplyDelete
  3. banyak tempat menarik kat Kuching, cuma belum berkesempatan lagi nak bercuti kesana..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Saya kerap ke kuching. Kalau pergi lagi saya nak singgah tempat u mentioned.

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. bestnye :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)