" Penganjuran ekspo akan membolehkan bakal mahasiswa mendapatkan maklumat terkini mengenai program yang ditawarkan oleh UiTM dengan lebih dekat. Secara tidak langsung, ini akan memberikan gambaran awal mengenai pengajian yang akan diikuti mereka seterusnya menrencanakan masa depan ke arah peluang kerjaya yang lebih cerah. Oleh itu kami mensasarkan kira kira 20,000 pengunjung khususnya dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi untuk turut hadir, " menurut Naib Cancelor UiTM, Datuk Dr. Hassan Said.
Assalammualaikum dan hai hai semua ^^ Alhamdulillah, malam ni aku gagahkan diri jugak untuk update entry yang aku rasa penting jugak untuk maklumat orang ramai dan sebagai mahasiswa UiTM juga, aku rasa ada tanggungjawab jugak untuk promote UiTM kepada warga bumiputera. Seriously, first tu aku tak tahu pun tentang ekspo ni tapi disebabkan kelab myagrosis ada ambil bahagian time ekspo ni. So aku pun tahu la. Sedih kan? Apa yang berlaku dalam UiTM sendiri pun tak tahu T.T
So untuk makluman semua, Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 kali ini telah diambil bahagian oleh 24 fakulti daripada 13 cawangan serta turut disertai oleh kira kira 11 pusat akademik di bawah UiTM. Pehhhh. Mesti lagi meriah tahun ni. Ni rasa macam tak sabarnyeee |hahaha| Okay, pada tahun ini juga, UiTM turut menawarkan 5 program baru bagi diploma dan 9 program bagi pengajian peringkat sarjana muda. So kekosongan semakin bertambah!!! 32, 000 kekosongan bagi pelajar diploma dan asasi 2017 dan 19,000 bagi sarjana muda (^_______^)
Korang mesti nak tahu kan apa program terbaru yang ditambah tu? Bagi peringkat diploma adalah program diploma akuakultur, filem, penulisan skrip, teater dan pengurusan seni. Bagi peringkat sarjana muda pulak adalah sarjana muda sains teknologi pembinaan, sains pengajian tani, pengarah filem dan penulisan skrip. Berminat ke? Jangan lepaskan peluang anda okay. Selalunya, kalau kita minat program tersebut, insyaAllah boleh bawak sehingga ke akhirnya. Chaiyokkk! Betul, kiteee study di UiTM ni dah nak hampir 5 tahun dah. Alhamdulillah. Yang penting usaha, takwa, mulia :D
Sebelum pi Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 ni, sila sila semak tarikh, mana tahu tersalah tarikh.. Nanti masuk UiTM senyap sunyi je. Yang aku tahu, macam UiTM Seri Iskandar, Pulau Pinang start 18 dan 19 March 2017. Yang Kampus Samarahan start dari 17, 18 dan 19 March 2017. Then UiTM Shah Alam 25 dan 26 March 2017. Gerenti punya kat Shah Alam nanti ramai orang datang. Lupa pulak, untuk warga kedah, 18 dan 19 March 2017 bolehla p terjah Star Parade, aras 4 okay. Jangan sesat pulak |hahaha|
Alor Setar, Kedah |
Seri Iskandar, Perak |
Kampus Samarahan, Sarawak |
Shah Alam, Selangor |
Sila rujuk untuk warga Shah Alam! |
Result SPM baru keluar tadi, Tahniah buat semua adik adik yang berjaya dan yang kurang berjaya tu, jangan sedih rezeki ada di mana mana. Kadang kita tak tahu pun sebenarnya rezeki kita pada masa hadapan tu macam mana. Jangan risau, perjalanan anda semua baru bermula dan sebagai hakakk yang terlebih makan asam garam dalam hidup ni ingin mengucapakan selamat datang dan semoga berjaya menempuhi liku liku sebuah kehidupan. Zaman sekolah dan zaman kampus lain. Serius memang lain. Tapi tu kan, kena tempuhi jugak. Tadi tengok result student SPM, pehhhh.. Terbeliak jugak bijik mata, Staright's 10A, straight's 9A yang lain Bplus, 6A.. Ehhh, korang makan apa hah? Sampai bijak macam tu sekali. Btw Tahniah! Ringan ringankan kaki la ke ekspo yang UiTM anjur ni. Pergi la survey survey program, mana tahu terbekenan ke (^____-)
Yang dah ready untuk p ekspo tu, apa kata anda semak dulu keputusan peperiksaan SPM, STPM atau Matrikulasi di SINI untuk mengetahui kelayakan program anda semua sebelum memilih program yang sesuai okay, nanti tak ada la tersalah pilih macam aku dulu. Aku dulu memang la tak dapat masuk UiTM sebab tersalah pilih program. Tu la kan, ilmu tu penting. So kepada ibu bapa juga, jangan stress stress, jom kunjungi ekspo UiTM yang berdekatan, boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar di sana. InsyaAllah, mereka boleh bagi khidmat nasihat yang terbaik buat anak anak anda :)
Kepada sang anak, please respect ibu dan ayah anda. Mereka mahukan anda berjaya. Kadang tengok, ibu ayah beriya iya nak anak masuk universiti tengok program itu dan ini tapi anak buat tak endah pun. mungkin dah tak nak belajar kot atau tak minat program yang ditawarkan. Ntahla. Tapi itu la, tak kenal maka tak cinta. Mana tahu terjebak dengan cinta kampus |hohoho| Dahla, malas nak melalut panjang panjang. Esok kelas pukul 8 pagi! Assalammualaikum dan selamat malam! ^^
JUMPA DI SANAAAAAAA!!!!!!
UiTM Seri Iskandar, Perak
18 dan 19 March 2017
No comments:
Post a Comment