Tuesday, 14 March 2017

Journey 12 - Selangkah lagi ke gerbang perkahwinan

Sumber - Google :)

Assalamualaikum dan haiiii semua ^^ Pertama sekali mintak maaf sangat sangat sebab tak rajin dah update. Biasa la kan, semester baru pun dah bermula dan dah start belajar pun T.T Tak boleh dahla nak berjimba jimba. So dah masuk dua minggu dah aku kat perak ni dan dah kelam kabut nak hantar chapter satu untuk projek tahun akhir. Apa apa pun semoga dipermudahkan segalanya. Amin ^^

So berkait balik dengan tajuk di atas.. Alhamdulillah, aku dah ada sijil kursus pra perkahwinan!! Yeayyy! Actually itu je yang nak ceritanya |hahaha| Memang niat di hati, semester ni nak pergi kursus pra perkahwinan dekat dekat dengan seri iskandar sebab semester lepas, tak jadi nak buat kursus ni. So search la google, cari kat facebook semua. Memang ada kursus pra perkahwinan tapi tarikh pulak tak link dengan kelapangan yang aku ada. lepastu malasla nak fikir sebab tak ada pun masa yang sesuai untuk masa terdekat T.T

Then malam tu, fyka.. Roomate aku tiba tiba ada bagitahu yang jabatan agama islam perak ada anjur kursus pra perkahwinan sabtu dan ahad ni [11 dan 12 mac 2017], aku pun excited la, sebab ingat memang tak jadi dah buat semester ni, redha je la first tu. Tup tup bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus aku suruh ain whatsapp orang yang berkenan untuk kursus ni. Bayaran kursus perkahwinan di negeri perak ni RM100 termasuk buku macam dalam gambar tu, notebook, pen, dan beg serta makanan untuk breakfast dan lunch. Termasuk jugak sijil la :D

Hari pertama tu ada enam modul dan hari kedua ada empat modul. Semua sekali ada sepuluh modul |hahaha| memang pack kepala otak. Hari pertama tu pukul 7.30 pagi memang dah gerak ke tempat kursus tu sebab nak daftar dan bayar lagi RM50. Sebab hari sebelumnya, aku just bayar RM50 untuk deposit sahaja. Okay, pukul8 settle dah semua. 8.30 pagi start dah modul yang dimulakan dengan aqidah seterusnya ibadat, then procedure perkahwinan .. sehingga habis modul ke enam. Pukul10 pagi ada breakfast dan pukul1 lunch dan solat. Start balik pukul2 sampai pukul6 petang. Hari pertama tu memang lewat habis. Kebas punggung kot ^^ 

Hari kedua, memang tough gila buat aku dan partner aku |hahaha| Tahu tak kenapa? Hari ahad tu teksi tak mula kerja lagi pagi pagi. Habis segala teksi partner aku call tapi semuanya bagi feedback yang mengecewakan. So keputusannya, jalan kaki je la pergi tempat kursus tu. Nasibla tempat kursus tu belakang uitm je. Tu pun berpeluh jugak ketiak, nasib tak masam je :p Kami gerak dari bilik pukul 8.05 pagi dan sampai tempat kursus tu dalam pukul 8.25 pagi.. Laju jugak tu berjalan. Actually start kursus pukul 8.30 pagi. So sampai sampai tu, terus start modul ke tujuh iaitu berkaitan kesihatan. Then breakfast.. Lepastu sambung modul pengurusan tekanan, kominikasi dan pembubaran pernikahan. lebih kurang macam tu la. Alhamdulillah, selesai satu hari lagi dan aku dan partner berjaya dapatkan sijil. Yuhuuuu!! :D

Hari kedua kursus tu balik awal dan tak rasa sangat penat. Sempat lagi p billion tau |huhuhu| Apa yang aku dapat dari kursus pra perkahwinan? Of course la ilmu tentang perkahwinan tapi kalau boleh, kena cepat cepat kawen, so tak la lupa apa yang dah belajar tu. Alhamdulillah. Moga moga ilmu tu berkat buat aku dan partner. InsyaAllah. Mesti korang tertanya tanya siapa partner aku kan? Aku pergi dengan kawan baik aku la, Ain. Kalau khairil tu dia dah ambik dah kursus pra perkahwinan tahun lepas kat kluang. Dia lebih pantas dari aku tau :p

So lepasni, kami kena lebih efficient dan lebih pantas la untuk ke procedure seterusnya. InsyaAllah. Lagipun, time kursus ada ustaz tu bagitahu procedure tentang borang apa yang diperlukan dan macam mana nak urus bila pasangan berlainan negeri. Harap khairil pun faham la procedure yang kena buat tu. Okay la kot entry kali ni tentang pengalaman kursus pra perkahwinan. Korang punya pengalaman macam mana pulak? Share share la. Mesti lagi menarik kan? :)

Sekian sahaja, jaga diri anda.. Jaga hubungan dengan Allah, Jaga solat.. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu.. Jaga hubungan dengan orang sekeliling.. InsyaAllah, Selamat hidup anda semua di dunia dan di akhirat. Assalammualaikum dan selamat malam. Daaaaa ^^

7 comments:

  1. wah tak lama lagi dah ni ! boleh cepat2 next step huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehehehehehehehehehehehehe sijil dah ada, bila nak langsungnya? XD

    ReplyDelete
  3. Nice entry...come and visit us at
    https://apaviral.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1639347859418433&id=100000297041107

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)