Assalammualaikum dan haiii. Dah lama Anis bookmark Segmen Zaman Sekolah by blogger Numigx nih. Actually tak ada sesiapa pun tag Anis cuma haritu dalam whatsapp group, blogger Numigx ada ajak join, so sekarang ni.. Ada masa terluang, Anis join. Lagipun tajuk pun macam best je. Yelah, Anis dah tinggalkan zaman sekolah tujuh tahun yang lepas.. Lama kan? Oleh itu, malam ni.. Anis try balik kenang memory zaman zaman sekolah dulu. Zaman sekolah memang best sebab kita yang mencorakkan semua (^______^)
Selepas tamat sekolah kebangsaan, Anis ditawarkan untuk ke sekolah tinggi kluang, johor. Sebelum tu, Anis bersekolah di sekolah kebangsaan abdul rahman yassin, kluang dari darjah 3 sehingga darjah 6. Dari darjah 1 sehingga darjah 2, Anis bersekolah di sekolah kebangsaan kampung melayu, kluang. Korang tahu sebab apa Anis tukar sekolah? Sebabnya, time daftar darjah 1, sekolah kebangsaan abdul rahman yassin tu tak siap lagi, then time Anis nak masuk darjah 3 tu, barula sekolah tu siap. So kena transfer la masuk sekolah baru. Yang sedihnya, Anis dapat kelas yang last sekali, kelas tabah. Time sekolah kat kampung melayu tu, Anis dapat naik satu kelas kot.. Dari kelas cempaka naik kelas teratai. Seronok. Tapi malangnya, seronok tu separuh jalan je sebab pergi sekolah baru kena duduk kelas last, alasannya.. Encik abah daftar lambat T.T
Redha je la nakkk. Alhamdulillah.. Naik darjah 4 tu.. Anis lompat terus kelas no 1, kelas gigih. Berkat usaha gigih katanya |hihihi| Anis duduk kelas gigih sampaila darjah 6. Naik sekolah menengah tu, okey je.. Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, pegang jugak jawatan.. Perpustakawati. Kononnya rajin laa..Masuk tingkatan 4 dan 5, malas dah |hahaha| Rasanya tak ada cerita yang menarik kot zaman sekolah menengah cuma di situ Anis belajar untuk mengenali apa itu erti sahabat dan sahabat Anis tu pun dah kahwin dah. Alhamdulillah. Lepastu, ada jugakla berbakti melukis mural kat dinding sekolah. Tapi tak tahu la tu sekarang ni still ada lagi ke tak mural tu. Naik tingkatan 4 sehingga tingkatan 5, Anis ambil subjek sains + tasawwur islam dan pendidikan seni visual. Macam kelakar dengan pendidikan seni visual, sampai ke hari ini.. Anis tak suka seni. Ambil subjek tu pun sebab terpaksa. Yang peliknya, seni tu boleh sumbang A pulak dalam spm |hahaha|
Habis spm, kawan kawan kelas pakat pilih course untuk upu yang berkaitan dengan pendidikan seni, tapi Anis? |hahahaha| Ada aku kesah dengan pendidikan seni? Sikit pun tak kesah. Dapat keputusan upu tu, ramai dapai uitm machang dan sambung dalam jurusan seni visual. Korang nak tahu kenapa anis tak nak sangat sambung study dalam bidang seni? First, tak suka melukis, yang keduanya, Anis tak suka p interview.. Bidang seni visual tu ditemuduga kot. Tapi malang tak berbau, rupanya Allah dah atur cantik dah.. Untuk jurusan town and planning di uitm, Anis kena p temuduga tapi time ni dah matang sikitla. Tak silap Anis.. Time tu umur 20 tahun dah :D
After spm, Anis tidak ditawarkan pun untuk masuk universiti mana mana. Tak ada rezeki kan. So sambung form 6 aka pra u.. Anis tak sambung terus di sekolah tinggi kluang sebab sekolah tu hanya ambil bidang sains. Anis ditawarkan ke sekolah menengah kebangsaan tun hussin onn, kluang dalam bidang sastera. Alhamdulillah. Rasanya macam dah dekat dengan minat |huuuu| Kat sekolah tu, Anis ambil subjek bahasa melayu, ekonomi.. semua la yang biasa dan tambah geografi. Anis lebih minat geografi dari sejarah. Rasanya macam penat pulun sejarah time spm dulu. Kawan tanya kenapa tak nak ambil sejarah? Anis hanya geleng kepala. Tak termampu nak menghafal lagi dari kulit ke kulit |hihihi|
Zaman form 6, Anis duduk kelas no 2 yang terdiri dalam kalangan semua perempuan. Dan mereka ni dalam kalangan kaum india. Anis dan fana je melayu. Time nak dekat deepavali, mereka yang india ni ajar kami berdua buat kolum. Seronok beb. Pengalaman baru tu. Tapi Anis sempat belajar form 6 setengah tahun je sebab lepastu Anis ditawarkan untuk sambung belajar di inspen dalam bidang penilaian hartanah. Lepas Anis berhenti form 6, fana pun berpindah ke batu pahat. Begitula riwayat cerita form 6 Anis. Pada mulanya, cikgu kelas Anis sendiri tak bagi pergi tapi demi cita cita encik abah, Anis terpaksa pergi dan Anis kuburkan saja cita cita Anis untuk sambung belajar di upm lepas habis form 6. Tapi sekarang Anis tak kesah pun sebab hala tuju pilihan encik abah adalah tepat bagi Anis (^____^)
Yang paling syok sekali zaman sekolah menengah ni, eh. Tadi kata tak ada apa yang best.. Sekarang ada pulak. Maaf, baru teringat |hihihi| Anis dapat hadiah skuter dari encik abah sempena result pmr.. So naik tingkatan 4 tu, Anis dah bawak skuter sendiri ke sekolah. Seronok tau! |hahaha| Tak payah lagi balik jalan kaki, tak payah lagi nak tunggu uncle bus dan tak payah lagi susah susah nak naik bus tambang. Serius weh, Anis pernah balik jalan kaki dari sekolah ke rumah. Bukan sekali dua tapi banyak kali jugak. Mungkin sebab tu jugak encik abah decide untuk belikan Anis skuter. Syukur. Pengalaman yang dikongsi ini, anda yang lain memang tak tahu dan mungkin encik tunang Anis sendiri tak tahu. Kalau beliau baca, mesti terkejut punya dan buat pengetahuan anda semua, Anis dan encik tunang adalah satu sekolah menengah tapi tak pernah berjumpa dan tak pernah tahu pun yang kami satu sekolah. Bila Allah pertemukan kami di Inspen, memang terkejut. Wow! Satu sekolah rupanya. Kenapa macam tak familiar je muka? Macam macam persoalan di benak fikiran. Allah Maha Kaya ;)
" Mungkin kita pernah berselisih bahu tapi kau tak menyangka bahawa akulah penyempurna tulang rusukmu suatu hari nanti "
Tag : NurSabrina
Selamat bersegmen
ReplyDeleteI love it!!! Sorry baca lambat. Tapi serius best. Sweet sgt jumpak tunang satu sekolah even tak jumpak masa sekolah. Apa igs merepek? Kay bye :* :*
ReplyDelete