Monday 25 April 2016

Journey #8

Aman Centre, Alor Setar

Assalammualaikum dan haiiii :) Curi curi update. Dah mengadap laptop kan. So alang alang, update je la. Join segmen satu dua. Okey la tu kan. Busy sokmo nih :D Alahai, hujan pulak. Rasa macam mengantuk je. Alhamdulillah. Seri iskandar, petang mesti hujan. So kurang sikit panas tu kan? Syukur. So macam mana boleh ada kat alor setar tu? Uhmmm kitee balik aloq staq sebab pergi site untuk assignment kat sana. Yang sedihnya tak dapat pun balik sungai petani sebab busy. Lepastu duit tak cukup ramai T.T


9.30am - 22 April 2016

Selesai test research dalam pukul 9.15am, bincang dengan ahli kumpulan untuk soalan yang bakal ditanya time kat site. Bincang sekejap je, lepastu terus ke foyer sebab teksi dah tunggu. Alhamdulillah. Sebelum ke stesen bus seri iskandar, singgah sat pejabat pos sebab nak pos barang encik tunang. Bagi settle semua siap siap, baru senang hati untuk buat kerja. Motif sangat. Kena cepat uruskan semua tu sebab tiket nak balik sana pun tak beli lagi. Sampai je stesen bus, serius ingat nak balik sungai petani dulu. Bawak ain dan fiqa balik sana, sekali bus ke sungai petani dah tak ada. So redha je la. Terusla kiteee ke alor setar. Bubyeeee seri iskandar... ^^


3.45pm - 22 April 2016

Sampai shahab perdana, alor setar. Syukur. Naik bus pun dah lambat. Kat pukul 11 lebih jugak. Cik kak long aina amik terus bawak balik rumah. Lepastu tu, tukar driver.. Aina terus bawak ke krabi thai food restaurant. Tomyam dia cenggini. Best gila. Dahla tengah lapar. Nasi putih + tomyam + telur dadar. Memang the best. Fuhhh! Terliur pulak bila ingat balik. Lepas makan, aina dan ecah.. Yess ex classmate time diploma dulu pun ada tau join kita orang tapi sekarang dia dah kerja. Kita orang terus ke taman jubli emas. Bagi ikan makan. Dahla ikan gemok. Yela. Orang asyik bagi makan je. Bagi batu pun dia makan :P Malam tu just tengok soalan assignment balik dan reka reka la soalan dalam kepala untuk p site esok. Malam tu, puan mama aina sedia makan lagi, roti + sardin + jem strawberry. Full tank perut malam tu. Dah senang hati dengan perut kenyang, senang hati lagi bila dapat tengok tv. Maharaja lawak. Apa lagi yang best best?  (^_____^)


10.30am - 23 April 2016

Selesai breakfast. Alhamdulillah. Pagi tu makan mee goreng + banyak gila perencah sutun dengan fishball. Alhamdullilah. Kenyang! Pergi site dengan senang hatinya. Untuk apartment, berdasarkan ciri ciri didalam soalan, kita orang pilih city apartment di pekan simpang kuala. Syukur, mudah betul bekerjasama dan dapat mencapai target yang diminta oleh Dr lecturer (^______*)


1pm - 23 April 2016

Amik ateh aka adik aina - (Adam) terus ke aman centre. Jalan jalan cuci mata je. Kan aku dah kabo duit tak ramai. So tengok je la |hahaha| Penat jugak nak round bagi habis satu mall tu. Satu kedai ke satu kedai kami melangkah. Kat situ cuci mata je. Dah penuh dah kedai satu mall tu. Dulu time aku pergi baru bukak, tak penuh lagi. Sekarang, woww! Lepas dah penat berjalan, terus balik rumah. Solat, makan dan rehat. Eh. Sebelum tu singgah menara alor setar dulu, amik gambar then baru balik rumah. Lunch harini lagi special puan mama aina masak nasi putih + ketam masak lemak + ikan goreng + sawi goreng + sambal belacan. Fuhhhh! :D


5.30pm - 23 April 2016

Lepas bangun tidur dan solat asar, siap siap pulak untuk ke kota marina kuala kedah. Sedut udara fresh dari lautan masin. Tenangnya fikiran. Rasa macam lupa apa yang serabut dalam kepala. Serius! Tengok laut. Walaupun bukan air pasang, seronok je kat tempat tu. Sambil tengok laut.. Sambil makan. Beli pun apa je, keropok lekor yang salut dengan sambal tu, goreng pisang dan air tebu. Itu pun dah cukup menyelerakan. Lepas maghrib tu, kita orang otw balik rumah. Malam tu just tengok tv dan tidur |hahaha| Penat kan. Malam tu ada salah sorang kerabat family aina pulang ke rahmatullah. Takziah buat aina sekeluarga ^^-


11am - 24 April 2016

Bangun dari tidur pagi tu, just amik masa untuk bersiap dan terus keluar untuk site kedua. Pagi tu aina ada sedia teh o untuk breakfast. Tak sempat jamah pun sebab aku siap lambat |huhuhu| Lepastu kelam kabut dah nak keluar. Site kedua ke shopping mall. Ia pun berdasarkan soalan yang diberikan. Selesai semua. Balik tu lunch lagi kat khabi thai food restaurant. Makan menu yang sama. Kenyang! Alhamdulillah. Lepaas makan, singgah dataran.. Depan masjid zahir. Amik gambar sat dan terus balik. Balik tu rehat rehat, solat, kemas semua sebab tiket bus balik ke seri iskandar pukul 5pm. Kejap je, nak balik seri iskandar semula dah ^.^


5.30pm - 24 April 2016

Bas baru gerak dari shahab perdana ke seri iskandar. Lepastu berhenti di butterworth. Sambung perjalanan.. Then berhenti di rnr taiping, then sampai la amanjaya, ipoh. Lepastu baru berhenti depan uitm. Tu pun driver bus terlajak. Nasibla nokk. Kena jalan kaki sikit |huuu| Sampai uitm dalam pukul 10.30pm. Jalan la kaki kita empat orang sampai ke bilik. Dahla malam. Gelap. Budak diploma pun tengah cuti semester. Seram. Sunyi. Tabahkan wahai hati |huhuhu| (*.*)


Okeyla tu. Diary time cuti hujung minggu haritu. Selamat malam. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah. Jaga hubungan dengan dr lecturer dan yang paling penting jaga hubungan dengan orang sekeliling. Ingat tu. Ada masa terluang, insyaAllah aku update lagi.  Assalammualaikum ^^






  

4 comments:

  1. wah, part makan tu buat perut umie berbunyik pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya assignment macam ni! xdelah stress tengok buku je T_T by the way knp tak letak gambar kat pantai ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress keluar duit pulak. Hahaha. Dah pekena pisang goreng.. Air tebu.. Lupa dah nak amik gambar time kat kuala kedah. Hoho

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)