Thursday, 24 December 2015

semuanya tentang internship II !

Ada cinta di Alor Setar ;)

Alhamdulillah 5 July 2015 aku sampai di Alor Setar. Tekad dan bersemangat nak praktikal kat Aloq Staq! |hahaha| 6 July 2015, aku start turun site. Aku dan Intan di tempatkan Stargate, rumah depan Tesco Stargate je.. Berhampiran Tol Alor Setar Selatan. Detail aku bagi kedudukan rumah yang company sewakan tu kan? Sengaja nak uji ingatan ;) Aku sampai hari ahad tu, akak team rating tu ada.. Ada pun, dia sorang je. Tiga orang lagi balik rumah. Kebetulan time tu, bulan ramadhan.. Mungkin yang lain nak amik peluang untuk berbuka bersama family. Aku panggil akak ni, akak Ika.. Dia yang banyak tolong time sampai tu, dia ajak beli barang barang keperluan dan yang bestnya dia masak lauk daging paprik untuk berbuka puasa. Btw TERIMA KASIH akak! :D


Team rating time aku start praktikal ni ada dua group. Mereka ni adalah gabungan ex student dari UTHM dan UiTM. Hebat kan? Yang dari UiTM adalah senior aku sendiri. Tapi aku tak pernah nampak pun kat UiTM. Teruk gila aku nih! |hahaha| Firstly, biar aku kenalkan mereka dulu okey, supervisor dan dia merangkap ketua team hebat ni adalah Md Nor - UTHM > Safwan aka balak - UTHM > akak Ika - UiTM > Ashraf aka acap - UiTM > Rahmat aka amat - UiTM > Hezry - UiTM > Fatin - UiTM > Shira - UiTM > Wada - UiTM dan Intan lah, bff aku tuh :) Lepastu dah nak habis rating, budak kecik tu masuk. Adoii, siapa ek nama dia. Ya Allah, macam mana boleh lupa nama ang ni, Haa.. Fariz nama dia. |hahaha| Fariz ni pun dari Uitm tapi Fariz dan kak Ika ni dah ada degree cuma bezanya, Fariz dari Uitm Seri Iskandar dan kak Ika dari Uitm Shah Alam. Satu group di ketuai oleh Fatin dan satu lagi group diketuai oleh kak Ika :)


Pertama kalinya aku buat case rating ni, bulan puasa pulak tu. First expression aku, aku tak suka kerja nih! :( aku tak suka cakap dengan orang, aku tak suka lukis or draf floor plan, aku tak reti nak imagnasi bagai. Kau faham?! Bulan puasa kan lapar + haus, lepastu panas pulak tu, tambah pulak aku tak suka buat kerja tu. So dalam hati macam berapi api jugak la. Bila supervisor tanya, "Anis okey tak?" aku tersengih "Okey je." Nak jaga hati supervisor |hohoho| Time tu tak kenal lagi supervisor tu macam mana. Time first site tu, aku kena campak ke group kak Ika, Rasanya seminggu jugak sebelum aku join group Fatin. Seingat aku, first site aku kat Taman Ganding, Alor Setar. Inspect rumah kedai. Masa tu ada tiga orang, aku, kak ika dan acap. So bahagi bahagikan tugas la. Kak ika lukis pelan lantai, acap amik gambar property dan aku jadi tukang cakap serta bagi borang kuning kat owner. Pertama kalinya, memang tak reti cakap dan tergagap gagap, kak ika yang ajar macam mana cara bertutur dengan berhemahnya. Yela, bila orang dengar tentang rating aka cukai pintu, orang tak suka. Dalam otak mereka, mesti nak naik lagi cukai pintu. Tapi memang pun -.-"


Hari kedua inspection, aku masih dengan group kak ika.. Site kali ini di Taman Walid, Alor Setar. Haaa.. Jeng jeng jeng. Kali ni kak ika suruh aku lukis floor plan pulak. Terkial kial kot aku nak lukis. Panas pulak tu walau baru pukul 10 pagi. Akak kata, aku kena belajar. Si acap dah settle dah amik gambar dan bagi borang kuning setiap rumah kat taman tu, yang aku masih terkial kial lagi melukis.. Baru 5 buah rumah, berat nanaang sunggoh lah! Berkat kesabaran aku dan kak ika yang banyak tolong, aku selesai jugak siapkan draf floor plan rumah. Alhamdulillah :D Tak lama lepastu, aku dicampak join team Fatin pulak. Macam biasa, safwan aka balak suruh aku lukis floor plan, padahal si fatin elok je duk melukis. |dengki!| So aku lukis je la sebijik dua  bijik rumah, then bagi fatin habiskan lukisan. Balak tu suka betul tanya aku macam macam, apa tu MFA la, AFA la, nak kira macam mana kalau guna siling, tingkap, tile.. Nasibla maksud MFA dan AFA tu aku tahu. Tentang ukuran tile, tingkap, siling tu, aku surrender. Aku mintak dia terang. Alhamdulillah. Dapat ilmu di situ ;)


Awal September, lepas lebih separuh team rating ni sambung degree. Group dibubar lagi. Kali ni tinggal lima orang sahaja [md nor - safwan - fartin - intan - aku] So aku dan intan join group supervisor manakala fatin dan safwan satu group.Time ni la rasa lagi penat sebab dah tinggal lima orang dari sebelas orang. Kalau setakat site dalam bandaraya alor setar, boleh gagah lagi tapi kalau sampai ke Langgar dan Pokok Sena. Memang tak larat. Ditambah pulak rumah berterabur. Alamat berterabur. Pehhh! Susah nak cari. Time tu kena banyak banyak bersabar -.-" Time bekerjasama dengan md nor dan intan, aku tukang amik gambar property dan kadang bagi borang kuning serta bagi keterangan kat owner. Time ni aku dah okey sebab dulu aku dah pernah buat kerja ni dengan acap tanpa supervisor. So redah je la :) ~alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan buat rating ni, perasaan suka tu dah ada sikit tapi bila owner buat perangai, aku lagi la buat perangai. Contoh macam owner tu marah marah ke, memang lepastu moody gila. Tapi nak buat macam mana, kena tahan je la. Kan aku dah kata.. Orang tak suka bila cakap tentang cukai pintu ni. Supervisor ajar, cakap kat owner.. Yang kita datang untuk buat bancian penduduk -.0


Kalau kena nasib baik, ada orang ajak masuk,, Minum air dulu, |best tang hari raya!| kadang dapat rambutan seplastik. Kadang dapat air 100plus. Memang best :D Tu la, Allah dah cakap.. Dan bila ada kesusahan, Allah akan beri kesenangan kelak. Alhamdulillah. Kalau kena hari tak baik, kena marah dengan owner, kena kejar anjing, kadang basah kuyup dengan hujan, tak pun kena inspect rumah yang aku rasa rumah hantu |hahaha| Sabar aje la. Orang kata, itu semua pengalaman. Lepas settle inspection kat site, selalunya hari jumaat.. Kitaorang masuk office untuk lukis floor plan guna microsoft visio, buat site or location plan dan valuation. Memang mencabar nak buat semua tu time baru baru belajar. Lepastu dah teror dah |hahaha| Buat data semua dah pandai. Team rating memang banyak mengajar aku. Kalau aku la kan, time kat site.. Md nor yang banyak mengajar aku dan kalau kat dalam office, balak yang banyak mengajar. Terima kasih untuk kedua dua mereka :D



Ni floor plan

Floor plan ni siap dilukis menggunakan microsoft visio. 1st aku guna visio ni memang fail, mana tak nya.. Dulu time kat inspen.. Aku suruh ainis yang buat kerja aku sebab aku tak suka melukis, buat ukuran bagai nih. So bila sekarang dah praktikal dengan firm, pandai pandaila belajar. Tapi problem ni sekejap je dah boleh settle sebab team rating banyak membantu. Mereka banyak mengajar cara nak buat kerja dengan lebih cepat dan mudah. Lepas selesai floor plan, dah boleh buat kiraan untuk cukai pintu bagi setiap property. Kiraan pun, Kena hati hati time buat kiraan.. Kalau salah letak harga, ang tanggung la.. Kira balik semula. Kalau aku ot sampai malam, Aku akan cuba elakkan buat kiraan sebab takut tersalah kira. So aku lebih prefer buat floor plan ke, location atau site plan. Hurmm.. Ingat budak praktikal tak ada ot ke? Kitee kena kot. Punyala sayang kat firm. Tapi alhamdulillah.. Aku bukan dapat elaun praktikal yang RM300 sebulan tu tapi aku dapat gaji macam staff rating yang lain. Rezeki kan? ;)


* Borang kuning
* Gambar property
* Pelan lokasi
*Pelan lantai
* Kiraan


Benda nih semua amatla penting sebelum submit ke majlis bandaraya alor setar. Bila kerja rating ni selesai, heaven gila hidup. Rasa macam mata ni tak payah lagi mengadap pc, tangan ni tak payah lagi main printer, sketch floor plan.. Otak ni tak payah lagi duk mengira. Seronoknya laa. Tapi serius, bila dah sebulan dua bulan tinggalkan site.. Perasaan rindu tu datang balik untuk turun sita. Bagi aku, kerja site ni bebas cuma kena pandai jaga waktu. Itu sahaja :) Time last dekat alor setar, supervisor belanja makan.. Tak mintak ea.. Dia yang nak belanja. Siapa suruh dia berjanji dengan intan. |hahaha| btw memang seronok bila ada orang belanja makan. |hihihi|


aku tak ingat aku order apa time last dengan supervisor. huu

report for semester 6. cover dia memang wajib kaler tu okey. huu


Untuk siapkan report aku pun, berjiwa dan bercinta jugak. Kena settle pulak sorang sorang. Mula mula memang stress. Mana nak siapkan kes rating, report lagi. Asal nak mula buat report, orang bagi kerja, tak buat.. Takut dorang kecik hati, habis macam mana? okey fine, aku tolong dan aku buat. Sampai sepupu aku pesan, selesaikan report dulu sebab dah tak ada masa. aku mula buat report seminggu sebelum hantar kot. Memang kelam kabut gila buat. Case study aku pilih kat kuala nerang nuh sebab soalan dia nak tanah tujuh hektar. Mati la nakk. Aku pun balun je laa.. Asalkan aku buat. Aku tak kira time tu, team rating agak busy sebab ada submission .. Aku pun busy buat report, aku paksa salah seorang dari mereka cari di mana letaknya subject property aku nih. |hahaha| lantakla janji kerja aku siap. Nasib dia cari.. Jumpa. |kejam jugak aku nih| -.-


Dorang ni, banyak jugak tolong untuk siapkan report. Apa yang tak kena, dorang tegur.. Kalau cara menipu tu nampak sangat, dorang perbetulkan. Yela, dorang lagi banyak makan garam dulu berbanding aku. mestila dorang tahu kan? Sampai saat saat akhir aku nak hantar report, dorang still tolong, nampak tak semangatnya dorang untuk tolong aku dapat A tu adalah sangat sangat tinggi. |hihihi| Alhamdulillah. I got it! :D Terima kasih untuk semuanya. Sebelum mengakhiri tulisan, aku kenalkan mereka, sebahagian je ni.. Yang lain tak tahu pergi mana. Selamat malam.. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum  (-.0)


dari kiri - intan, fatin, acap, shira dan hezry


*** Yang baik jadikan teladan yang tak baik tu jadikan sempadan. 

****Aku tak simpan dendam atau kecik hati ke apa ke sepanjang bersama korang. Maaf untuk semuanya dan terima kasih untuk segalanya. 

***** Manusia mana ada yang perfect kan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)