Simple. Tiada pelamin mahal mahal pun |
Tengah syok syok scroll facebook, aku terjumpa tips atau panduan untuk bakal pengantin yang nak buat majlis perkahwinan yang betul betul ikut badget. Al maklumla nak simpan duit untuk beli rumah pulak lepas kahwin. So kepada sesiapa yang nak kahwin dan berhasrat nak beli rumah lepas kahwin, sini sini.. aku ada 16 tips untuk korang follow. Disebabkan family aku pun baru lepas walimah ni, so aku boleh la bagi pendapat sikit sebab aku urus majlis tu dan aku nampak dengan mata dan kepala aku sendiri yang duit itu mengalir macam air je kalau tak reti nak badget. Seriously . . . (-.*)
SATU . .
Kad kawin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ke tepi.
* Aku sokong seratus peratus dengan statement nih. Memang betul pun. Kalau aku pun, bila dapat kad jemputan, sebelum majlis.. aku simpan elok sebab nanti senang nak rujuk pelan lokasi untuk ke majlis. Bila dah habis majlis, ntah ke mana letaknya. Time adik aku kahwin, kad dia memang berdesign jugak la, design macam tiket flight air asia. Tapi dapat save badget dekat situ sebab aku yang tolong buat kad tu, aku tiru sejibik macam tiket dan edit sikit sikit tapi yang ada senget benget tu, hantar kedai untuk dibetulkan, then print. Kertas kad dan sampul kad beli sendiri. 700 keping kad dapat disiapkan untuk jemputan tapi 500 keping print, lagi 200 keping fotostat atas kertas bewarna kuning sahaja. Nanti korang tengok contohnya kat bawah okey.
DUA . .
Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.
* Sekali lagi aku sokong. Macam adik aku haritu, memang dia buat sekali majlis untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan. Bila majlis disekalikan memang meriah dan ramai orang. Ehem ehem, hadiah pun berlambak :D Bila sekali majlis, pengantin tak payah nak sewa banyak salinan baju, make up bagai.. Dekat situ dah save badget.
TIGA . .
Baju kawin lebih murah sewa dari buat, lebih hebat kalau baju kawin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vegas dah pernah buat.
* Okey, yang ni terpulang kepada memasing. Tapi lebih baik sewa kot dari nak tempah dress berlabuci berkilauan bagai. Nak pakai sekali je pun. Tak kan kau nak pakai dress berlabuci pergi kerja. Agak tak masuk akal. Tapi kalau nak tempah dress yang boleh pakai untuk kali kedua ketiga, Makk okey je, janji jangan membazir. Nak beli rumah kan lepas ni.
EMPAT . .
Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi lima kita balas tujuh dengan berus giginya sekali.
* Lagi sikit hantaran tu lagi bagus. Tak ada nak pakat reramai orang untuk bawak dulang hantaran time menghantar pengantin. Lagi satu, kalau banyak hantaran ni, kena fikir banyak nak bagi apa.. Nak gubah lagi. Banyak jugak duit keluar. Buat hantaran pun boleh cecah 1k kalau tak reti badget. Hantaran masturah just guna bunga plastik yang lebih time tunang dulu dan tambah beli bunga sikit. Aku gubah. So save badget.
LIMA . .
Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola.
* Yang ni aku nak tergelak, walimah haritu.. encik abah memang jemput ramai gila kawan kawan beliau. Badget untuk makanan banyakla keluar. Alhamdulillah makanan cukup sebab kami tak guna katering. Kami guna konsep rewang. So makanan boleh ditapau. Serius, aku kahwin nanti pun.. Jemputan memang tak boleh nak control |hihihi|
ENAM . .
Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal.
* Yes. Semua jadi mahal. Time ni bukan setakat mak andam ambil peluang, peniaga yang jual barang barang basah, pengusaha doorgirf pun akan ambil peluang untuk menaikkan harga. So buat majlis sabtu ahad dan pastikan isnin seterusnya tu hari budak sekolah dan hari bekerja. Tak kesahla kalau sedara mara tak dapat cuti. Nak buat macam mana kan. Kita nak save badget.
TUJUH . .
Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan.
* Bunga yang fresh tu mahal kot. Time akad nikah masturah, dia ada pegang sejambak bunga fresh. Bunga lily dan matahari kot. |hahaha| Tu pun berapa kuntum je dah 30 hinggit. Pegang time akad nikah je pun. Membazir je rasa. So korang, pakai bunga plastik je. Hantaran tu pun, hiasannya pun pakai je bunga plastik. Cantikk hape.
LAPAN . .
Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan 'grand'
* Ni untuk mereka yang nak pakai katering. Selalunya orang yang tinggal di rumah taman pakai katering sebab lagi mudah. So tak salah pun nak pakai katering cuma kena pandai badget. Berapa ribu ringgit untuk makanan.. Then, survey katering yang sama dengan badget kita ada. Jangan terlebih badget, sudah! Makanan siap ada ayam, daging dan ikan. Air berjenis jenis dan berbalang balang. Pehh!
SEMBILAN . .
Cenderahati bagi yasin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya.
* Cenderahati yasin tu sekarang 50sen pun bole dapat. So tak salah pun kalau nak bagi tetamu yang tu je. InsyaAllah, berkat pasangan pengantin dan keluarga. Tak payah bagi cenderahati mahal mahal, ikut yang mana kita mampu je.
SEPULUH . .
Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah.
* Bila gubah hantaran sendiri, kita akan berasa puas tengok hasilnya. Tak payah nak upah untuk orang lain gubah. Kalau kita mampu gubah simple, itu pun dah okey. Letak letak dan selit selit je bunga plastik atas dulang hantaran tu. |huuu|
SEBELAS . .
Buka satu akaun khusus untuk Projek Kawin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kad kredit sama sekali.
* Yang ni idea yang bagus jugak. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Actually aku pun tak ada akaun khusus ni lagi, tapi bakal suami aku dah ada sebab orang tengah berusaha penuhkan dana kan. Okey chaiyok chaiyok. Tak boleh jadi ni, kena ada satu akaun khusus jugak ni.
DUA BELAS . .
Jangan hadir Pameran Perkahwinan, nanti dari nak kawin sederhana jadi majlis kawin macam kitalah anak raja. Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya, " alah kawin sekali ni saja, apa salahnya"
* Selalu macam tu la bila dah buat lawatan ke pameran perkahwinan, macam idea tu terus berdesup masuk dalam kepala. Pelamin nak buat macam ni, hantaran nak buat macam tu. Lepastu tawaran daripada wedding planner manis macam madu kelulut encik abah ditawarkan, rasa macam tak sampai hati nak tolak. So cost tanpa sedar makin meningkat. Badget lari. Nasibla dekat sungai petani mahupun kluang tu tak ada pameran perkahwinan tapi tak tahula masa akan datang ni.
TIGA BELAS . .
Jangan guna DJ atau set karaoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.
* Lagu daripada Opik atau Maher Zain memang best. Aku pun ada pasang angan angan jugak untuk pasang lagu lagu mereka sahaja time majlis perkahwinan aku nanti. Mesti tenang je kan. Berbalik kepada majlis perkahwinan adik aku, memang encik abah ada ambil DJ tp DJ kurang bercakap. Dia banyak pasang lagu islamik dan apabila rombongan pengantin sampai, terus dia pasang selawat. Alhamdulillah. Untuk Dj RM300 jugak melayang.
EMPAT BELAS . .
Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.
* Yang ni bergantung kepada rezeki. Kalau nak pergi jugak honeymoon, honeymoon dalam negara sudahla. Malaysia pun best hapee. So murah dan save badget. Kepada sesiapa yang fulus dah kering lepas majlis, honeymoon dekat rumah pun okey. Dah tu nak buat macam mana tak simpan dari awal.
LIMA BELAS . .
Jangan buat Pinjaman Peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu nak cerita, nanti orang kata padan muka.
* Jangan main main la dengan pinjaman peribadi. Buat majlis ikut yang mampu sahaja. Pedulikan mulut orang lain. Beribu ribu pinjam untuk dihabiskan satu hari. Kesian bakal suami. So elakkan meminjam.
ENAM BELAS . .
Buang rasa malu, kawin sederhana itu Sunnah, kita bukan nak berlumba dengan orang lain.
* Perkahwinan sederhana itu Sunnah :) tak payah nak berlawan anak siapa letak wang hantaran tinggi, baju sampai tujuh persalinan. Pelamin sampai mencecah 3k. Masing masing berlawan. Macam mana nak beli rumah nih?! Beringat ingatla time buat majlis tu.
lima dulang hantaran berbalas tujuh |
time majlis berlangsung |
time majlis berlangsung |
balai menyambut tetamu |
ni khemah untuk laksa dan cucur udang |
ni khemah untuk teh o dan putu piring |
photobooth yang simple, memang jadi tumpuan kanak kanak |
gazebo encik abah pun penuh |
tadaaaa.. ni untuk para jempuran |
*** Semoga tips dan paanduan ini bermanfaat untuk bakal mempelai. Assalammualaikum. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Daaa :)
No comments:
Post a Comment