Friday, 15 May 2015

full love



Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah. Harap semua sentiasa dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah. Btw tak ada apa yang penting pun aku nak kongsikan ni tapi pentingla jugak untuk aku. Confius. |hahaha| Result semester lima aku dah keluar tadi. Bukan baru tadi la tapi 12 tengah malam tadi. Aku dapat cek pun dekat dekat pukul 1.


"Bangunla wak, saya dah ready nak tahu result ni."

"Okey okey. Tapi macam mana nak log out email saya ni ek?" haa.. sudah. Sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana nak log out. Uitm memang cek result melalui email je. Mudah.

Berapa minit kemudian. Tiada apa-apa bunyi langsung. Nafas dia pun aku tak dengar. Aku berdebar. Serius lagi pantas dari tadi. Eh, kenapa dia senyap ni.

"Dah tengok ke result saya?" 

"Belum lagi" aku masih setia menunggu. Tangan kaki.. Tak payah nak cakapla.. Memang sejuk.

Di hujung talian masih senyap. krikk krikk krikkk

"Dah cek belum?"

"Dah." Suaranya perlahan dan ucapan ringkas. Aku berdebar giler. Nada suara macam tak enak. Macam kecewa pun ada. Aku tak keruan. Kenapa nadanya berubah? Teruk sangat ke result aku? Kalau ye pun kali pertama cek kan result aku, tak payahla nak kecewa macam tu sekali. Ni tuan punya result lagi sayu tahu tak bila dengar nada sayu je. |huuuu|

"Berapa saya dapat?" Nada aku macam tak sabar tapi rasa macam tak sedap hati pulak. Serius.

"CGPA 3.5.. GPA 3.48" ringkas tunangku menjawab. Aku tak tahu rasa apa sebenarnya. Rasa kecewakah. Rasa sedihkah. Rasa masam masam maniskah. Entah.

"Alhamdulillah. Terima kasih tolong cek kan result saya. Dah itu yang saya usaha. Dapat tu je la." Aku dah cover habis baik nada suara aku. Actually memang aku kecewa dengan diri aku tapi siapalah aku untuk menidakkan result yang aku dapat tu. 

"Awak tak nak cek sendiri ke?" talian masih ada. Cuma aku banyak diam. Memang aku nak tidur je lepas tu.

"Tak nak la. Dah tu awak cakap, memang saya percaya kat awak la. Dahla. Jom tidur."

Tiba tiba whatsapp baru masuk. Siapa lagi kalau bukan dari si pemanggil yang tengah on phone dengan aku ni. Ya dari tunang aku. 

< Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi buat awak :D rezeki Allah buat awak, ibu dan abah. Syukur sangat sangat > haaa siap bersekali dengan bukti sekali. Gambar  screen shoot result 


Alhamdulillah

3.82 untuk semester ni

Syukur


Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Ibu abah, adik adik, tunang, pensyarah dan kawan kawan. Syukur sangat. Mesti pening lecturer tanda dan semak exam paper aku. |hahaha| Lagi lagi kertas account. Dahla kira tak balance. Lepas aku kira tak balance, memang lepas tu aku jawab tak ada perasaan la. Syukur dapat B. Yang empat lagi subjek aku A. Syukur. Rezeki Allah. Aku pun tak harap rezeki sebesar ni Allah nak bagi. Syukur. Terima kasih ibu abah, adik dan awak sebab banyak bagi semangat untuk buat yang terbaik. Tahniah jugak buat kawan kawan yang berjaya. Yang tak berjaya li nanti buat betul betul.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)