Friday, 1 May 2015

berlapuk -.-''



Assalammualaikum semua. Alhamdulillah.. Aku dah mula cuti semester. Seronoknya!! :D Sekarang baru ada masa nak menaip. Macam tipu je. Aku bukan baru 'bermula' cuti tapi dah hampir 3 minggu bercuti. Hampir seminggu cuti aku habiskan kat Kluang, Btw tak la sampai seminggu, empat hari je pun. Kerja aku bukan duduk rumah time pergi kluang tu.. Aku tahu berjalan je. Tak reti langsung duduk rumah, |hahaha| Memang best la lepas exam tu dapat pergi jalan-jalan. Memang dapat release tension. Malas nak fikir benda yang tak patut difikirkan (*.*)

Sekarang aku nak kongsi tentang final exam aku haritu. Nak kata senang.. Susah. Nak kata susah. Memang susah. Tak tahiu la tu. Hanya mampu berdoa je. Andai tertulis rezeki buat aku, aku terima dengan hati terbuka dan andai ia bukan rezeki aku.. aku redha. Yup! Aku redha ya Allah ;') semoga aku kuat! Allahhu :)


Valuation of Special Properties :
Core subject. 4credit. Hari pertama aku bertempur dengan subject ni. Aku jawab apakah? Aku pun tak tahu. |hohoho| Tak pelah. Dah usaha dan dah jawab pun. Mungkin lecturer pun dah habis tanda. Mungkin. Aku nak menyesal apanya lagi kan? Alhamdulillah. Dah sehabis baik pun jawab. Tapi tak tahu sehabis baik macam mana aku jawab tu. Mungkin bagi aku betul tapi sebaliknya salah. Mungkin bagi aku salah tapi sebaliknya betul. Entahla. Usaha. Doa. Tawakal. Redha. Fuhhhh! (0.*)"


Building Maintenance and Property Management :
Ni pun subject core dan 4credit. Hari ketiga peperangan bersama subject ni. Memang tinggal separuh nyawa jugakla. Kejap nak ingat balik apa soalan dia? |hahaha| Okey. Aku ingat dah. Hurmm.. Aku rasa aku ada hentam. Hentam sajalah labu, asalkan jawab. |hahaha| Tapi aku confius dengan penggunaan ayat english aku. Semoga puan lecturer memahaminya. Maaf madam (0.-)


Introduction to Financial Accounting and Reporting
Hari kedua aku bertempur. Memang kaw-kaw. Risau dengan subject ni. Ya Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Makin berdebar-debar jantung ni taktala  menaip kesah subject ni. Stress aku jawab subject ni. Agak-agak apa la result dia? Tak apalah! Allah kan ada. Yakini Allah! InsyaAllah berjaya semuanya. Dan tak lupa juga buat kawan-kawan yang lain.. InsyaAllah, kita akan berjaya. Ni baru introduction, dah kelam kabut.. Pening pening, stress stress. Tapi memang tabikk la dengan budak accounting, bijak sangat. Korang memang hebat! :D


Principle and Practice of Marketing :
Ni pun hari kedua. Accounting petang dan subject ni pagi. Untuk subject ni, tak ada la aku karang sangat ayat. Yang mana aku ingat je aku tulis. Otak aku pun kadang pun bukan ingat semua. Biasalah dua subject satu hari. Otak pun tingtongtingtong. Tapi bersyukur sangat sebab Allah banyak tolong aku. Mungkin doa restu ibu abah dan lecturer. Alhamdulillah :')


Land economics :
Subject terakhir aku untuk semester lima! Tak sabar nak tunggu detik 12 tengah hari ketika itu. Jarum panjang jam menunjukkan tepat ke angka 12 bermakna aku bebas dah dari peperangan dan pertempuran mental dan fizikal. Memang tak sabar nak habis exam. Mana tak seronoknya, malam tu nak bertolak dah balik kluang. Aku pun tak tahu sama ada aku tak sabar nak habiskan exam atau nak balik kluang. |kahkahkah| Seriously, memang nak jerit je "AKU BEBAS!!" lepas pengawas peperiksaan sentuh dan kutip question paper milik aku. Bagi subject ni pun mencabar jugak sebab aku goreng goreng goreng. Jangan sampai hangus sudah. Aku hanya berserah sahaja kepada Allah.Yang aku yakin sekarang ni, Allah dah tahu apa keputusan aku. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin :))


Kalau korang tanya, macam mana exam aritu? Aku memang tak ada jawapan, Aku tak tahu nak jawab apa? Senang atau susah tengok saja result aku. Lagipun, exam tak ada pun yang senang.. ye tak? Sabar je lah. Yang penting redha ibu abah dan lecturer. Doa mereka sangat penting. Okey kawan-kawan, doakan semoga aku dapat result yang cemerlang untuk semester ni. Bukan sekadar cemerlang dalam keputusan bertulis malahan cemerlang jugak dengan praktikal yang dilakukan. Amin. Didoakan juga buat kawan-kawan yang lain. Selamat maju jaya kawan-kawan sekalian (,")


Stop kat sini dulu la ye, jaga diri baik baik. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan lecturer. Tak lupa juga, jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah. Anda semua akan tenang dan selamat. Salam Jumaat dan assalammualaikum ;)


15mei2015. dupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdap <3


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)