Friday, 14 August 2015

PRACTICAL MODE



Assalammualaikum semua. Haiii! Nak taip lelaju ni. |hahaha| Kalau boleh sesimple yang boleh. Aishh budak ni, masa bekerja boleh pulak dia berblogger bagai. Actually memang dah lama aku tak jengah diary aku nih. Diary lah sangat kan. Nak jengah pun malas, apatah lagi nak menaip. |huuu| Alhamdulillah, aku sekarang dah nak dekat tiga bulan praktikal kat Rahim & Co Sungai Petani dan Rahim & Co Alor Setar, Kedah. Allah.. Bertuahnya badan sampai dua branch kan aku praktikal. |hahahha| kalau tak dapat 4flat lagi tak tahu la tu.. InsyaAllah. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting usaha.. Kan? :)


Pengalaman yang aku dapat? Of course la penat. |hahahaha| tapi tak kurus-kurus pun walau duk buat kerja je. Okey-okey, dah tak main-main. Ni serius.. Sepanjang praktikal ni, memang ada best, tak best, penat, happy.. Semua la. Tapi tak apa, bukan lama pun kan 2 oct 2015, habisla praktikal. Opss aku kena ganti lagi dua hari sebab aku mintak cuti raya awal haritu. |hahaha| Maklumla nak kemas rumah, buat biskut, pasang langsir.. Nampak sangat menipunye.. |huhuhu| Cerita tentang persediaan raya haritu, teringat tok aku yang telah dijemput Allah pada 29 ramadhan. Al fatihah buat beliau. Memang sedih, Esok nak raya kot tapi Allah lebih menyayanginya. Aku dan family redha ;')


Berbalik kepada praktikal aku nih, first memang aku mintak Rahim & Co Sungai Petani, Sempat la jugak kat sebulan aku praktikal kat sana, staff memang best.. Yang lagi best rumah dekat kalau nak balik tu tapi disebabkan ada kes besar kat Alor Setar ni, tu aku kena transfer ke sini.. Buat kes rating. |hahahaha| Memang giler berjemur aku kat sini. Kerja asyik ke site je untuk inspection. Kalau praktikal kat Rahim & Co Sungai Petani, inspection sekali sekala je. Berjemur sekejap je. Inspect rumah pun untuk kes financing dan auction. Memang senang banyak la kan. |hahahaha| Sekali datang Alor Setar untuk kes rating. Hambikkkk Kau! Actually, syukur mesti kena ada sebab melalui ni semua aku belajar lukis floor plan yang dulu aku lukis pun aku tak paham, Visio dulu pun aku suruh Ainis buat sebab bab melukis aku tak suka. aku menyampah tapi sekarang, macam mana aku nak suruh dia buat? Pikir la sendirik ;)


Kes rating ni jugak mengajar aku banyak giler bersabar dengan karenah owner. Belum anjingnya lagi. |hahahaha| Apa orang kata? Pengalaman. Tak apa. Aku redha :D


# actually baru sempat update. sebelum ni dalam draft je.

1 comment:

  1. Salam ..saya nak tanya, mcm mana nak apply praktikal kat rahin & co alor setar ya?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)