Sunday 11 May 2014

terima kasih semua.


semalam. jumaat 9 mei 2014. result semester tiga aku keluar. serius. tak bersemangat langsung nak tengok. rasa dan perasaan pun entah hilang ke mana? tu la. main-main lagi semester tiga :( 

tapi aku tak main-main pun. serius. subjek susah giler. aku tak mampu. yang aku mampu menangis. Allah. carrymark aku rendah. test aku hanya paras hidung. macam tak ada harapan untuk dapat result baik, maksud aku result cemerlang. dean list jauh sekali.

Ibu call, aku asyik mengadu.. test ni aku tak boleh buat. susah. carrymark sikit. ibu pun mungkin risau dengan prestasi aku. maaf ibu. anis tak bagi ibu risau tapi anis nak ibu doakan banyak-banyak untuk anis. untuk kejayaan anis. nak nangis tapi aku cuba tahan. aku tak mampu. suara bergetar. mungkin ibu dengar dan ibu mula suntikan kata-kata semangat buatku. belajar rajin-rajin. buat semampu boleh. dah usaha. Allah pasti tolong. terima kasih ibu.

" semoga berjaya."
sebaris ayat daripada abah melalui pesanan ringkas turut mengharukan jiwaku. rapuhnya kau!

" kenapa awak menangis ni? " diam. " cuba bagitahu saya, kenapa menangis? " masih diam.
" Saya.. saya cuma takut tak boleh jawab esok." suara getar. Allahhu :'(
" ingat Allah. istighfar. ingat ibu abah. Awak dah study kan? InsyaAllah boleh jawab. Dah jangan menangis lagi. " masih diam.
terima kasih di atas nasihat. terima kasih di atas semangat dan kekuatan.
" jawab elok-elok. ingat Allah. semoga dapat menjawab dengan sebaiknya dan selancarnya... bla... bla.. bla..."

serius. encik tunang memang taip mesej panjang sangat sebelum diri ini berangkat ke dewan peperiksaan. Setiap hari bila jadual exam pada hari tersebut pasti ada mesej daripadanya. semangat dan dorongan tak pernah kering diberikan. egonya dan marahnya kepadaku dibuang ke tepi. biasala aku ni selalu buat dia marah. btw terima kasih sangat-sangat.

" saya mintak maaf. maafkan saya. saya tak nak semua ni effect kepada exam awak esok. kita lupakan apa yang berlaku. " ujarnya.

terima kasih kerana memahami. saya harap sangat Allah terus mengizinkan saya untuk terus menghargai awak. InsyaaAllah.

berkat usaha dan doa semua. Alhamdulillah. dean list again. 3.62. alhamdulillah. syukur.

Terima kasih Allah. syukur alhamdulillah
terima kasih ibu dan abah serta adik-adik
terima kasih encik tunang, khairil azmi bin hussin
terima kasih lecturers :
sir fazli, ustaz hamdi, sir halil, madam liza, madam shaz, madam puteri, madam mudirah, madam lizi, madam has, lans koperal yana and miss ong.
terima kasih kawan-kawan semua.

thank you very much.
tahniah jugak buat rakan-rakan semua. semester depan usaha lagi kuat okey dan doakan untuk kejayaan aku dan kawan-kawan. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)