Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Monday, 23 September 2013

Yakin boleh. Allah ada.

Slip exam dah siap di print. Alhamdulillah. Untuk exam Jpam, aku dah duduki hari sabtu. Dua hari yang lepas. Jangan main-main, koko pun ada exam tau. |Hee| Aku harap subjek tu boleh sumbang A untuk aku. InsyaAllah. Selagi ada usaha, selagi tu kita boleh berjaya. Bergantung harap kepada Allah kerana Dia yang memberi segalanya buat kita.

Okey kawan-kawan, maaf untuk segalanya ye? Doakan aku mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalanya. Aku start exam 26/9 hingga 8/10. Lepas tu dah boleh berjimba-jimba dah. Seronokknya. Tak sabar pulak rasanya. |hahahaha|

Esok nak settle dan hantar assignment economic dan law. Lepas tu dah boleh lah concentrate untuk exam. InsyaAllah. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku belajar dan aku berjaya semuanya kerana Allah. Kejayaan yang aku dapat hanyalah untuk ibu dan abah serta ia akan menjadi sebuah semangat buat adik-adikku agar mereka lebih kuat dan cekal untuk menggapai sebuah kejayaan. Kejayaan bukan datang bergolek.

Doakan aku tau kawan-kawan? Semoga tercapai apa yang aku impikan dan diidam untuk semester ini. Amin. Okey lah. Jaga solat. Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan sesama manusia. InsyaAllah, mudahlah kejayaan dan ilmu Allah mendekati kita. Selamat maju jaya untuk kawan-kawan seperjuangan juga :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png