Sunday 1 September 2013

. Tabarruj .

Perlukah semua ini??

Tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Ia juga beerti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu ia memberi maksud yang khusus, iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki lain yang bukan mahramnya. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt :

“ Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu. ”
(Surah al-Ahzab ayat 33)


Rasulullah saw juga bersabda :
“ Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek. ”


p/s : Teruk aku kena marah oleh kerana benda ni. Ntahlah. Orang cetek ilmu.. Macam ni lah. Yang penting, sekarang ni aku dah sedar dengan kesilapan aku ni. InsyaAllah. Aku tak akan ulangi lagi.

" Yang layak tengok awak mekap tu hanyalah suami awak dan bukan lelaki lain! " Tergamam aku seketika.

" Terima kasih sebab tegur saya. Sebab marah saya. Sebab merajuk dengan saya dan sebab cemburu dengan saya. Saya menyesal dengan sikap saya :') "

mrka <3

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)