Monday 29 April 2013

Encik Khairil dan Cik Anis


Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Bertemu lagi nampaknya kita. Actually dah lama dah nak update entry tentang Encik dan Cik hanfon ni tapi macam tak ada idea je. |Huhuhu| Sebelum memulakan, nak bagitahu ni.. Sebenarnya kita orang tak berapa guna sangat pun hanfon canggih ni. Sengaja beli sama. Mesti korang cakap kita orang ni membazir je kan? |Hahaaha| Dah tahu dah, tak payah nak berselindung sangat lah! :P

Bukan nak menunjuk atau bangga diri, just dekat sini aku hanya ingin berkongsi apa yang aku lalui di sepanjang sisa-sisa kehidupanku. Tak salah kan? Alah, hanfon ni murah je pun. Tak cecah 1k pun macam hanfon korang complete kamera depan lagi. Hanfon ni biasa-biasa je pun. Apa-apa pun alhamdulillah. Rezeki, dapat jugak beli hanfon sama (*____*)

Sebenarnya, aku beli dulu hanfon tu, Bakal zauj beli selepas sebulan aku beli. Aku just niat nak pakai hanfon sama dengan 'dia'. Niat je, tak paksa pun bakal zauj beli tapi rupanya niat aku tu lebih kuat dalam hati 'dia'. Bakal zauj bagitahu aku, dia pun teringin nak pakai hanfon sama. Melonjak hati aku. 1st dia dah try cari kat kluang tapi samsung galaxy ace advance memang susah nak dapat. Time dia cari tu, harga still mahal lagi. So biarkan dahulu (+.+)'

Aku balik cuti semester, aku try cari kat sungai petani, kiranya nak menolong 'dia', akhirnya jumpa kat salah satu kiosk dalam amanjaya mall tapi.. Aku tak fahamlah dengan orang yang jual tu. Macam nak tipu aku pun ada. Dia ingat aku perempuan senang nak tipu? Ingat aku tak reti beza samsung galaxy ace plus, samsung galaxy duos dengan samsung galaxy ace advance? Silap besarlah beb! Kejap-kejap bagitahu aku ada model tu, kejap-kejap bagitahu tak ada model tu. Angin jugak aku. Mana satu ntah. Last-last, tak nak lah aku beli (-..-)!

Minggu depannya pulak, Khairil keluar ke bandar untuk survey harga hanfon tersebut. Dia jumpa tapi kena tempah. Nampak tak di situ limited edition hanfon aku tu?! |Hahaha| Nak tak nak tempah aje lah dulu. Itu pun satu masalah, tauke kedai tu janji hari sekian-sekian sampai tapi tak jugak sampai-sampai bila tiba masanya. Kena tipukah? Aku dah pening-pening. Tuan yang nak beli hanfon tu lagi la berganda-ganda peningnya. Pastu tauke tu janji lagi sekian-sekian hari, datang ambik hanfon tu. Nasiblah Khairil tak bagi apa-apa duit pendahuluan lagi. So tak perlulah nak risau apa-apa. (o..o)

Tiba hari yang dijanjikan. Alhamdulillah. Ada la rezeki makhluk Allah itu. Akhirnya, pasangan hanfonku ada di dalam genggaman bakal zauj. Allah makbulkan juga hajat kami berdua. Syukur. Bukan senang nak cari sebijik hanfon persis hanfonku just Khairil punya hanfon warna hitam, dah hitam je yang ada. Dan aku punya hanfon warna putih. Aku bebel-bebel jugak kat puan ibu, tengok, puan ibu jugak jadi mangsa aku. |hehee| Aku cakap, khairil punya hanfon warna hitam pulak, kalau boleh biarlah warna sama. Puan ibu pun balas, Puan ibu cakap.. Kalau sama warna kang tertukar pulak. Sudah! Aku tersengih, bagus jugak kalau tertukar, kredit khairil selalunya memang banyak. Bolehlah aku bedal sesuka hati. |hahaha| :))

Tak apalah, janji sama kan? Tak kesahlah tak sama warna pun. Cuba sedapkan hati sendiri. |Hohoho| Yang penting kita kena bersyukur. Syukur. Alhamdulillah. Syukur sebab kena marah dengan bakal zauj. Yelah, budak baik.. macam tu lah! |hahaha| Orang tu nak hanfon macam kita, kita p tawar ace plus, mengamuklah kawan! Susah jugak kan orang yang kepala batu ni? Hepphepphepp!! Kutuk siapa tu?? Maaflah! Kita just rindukan 'dia' je. Tak apalah, kirim saja doa buat dia. (^____^)

Okeylah. Jaga diri elok-elok tau. Jaga solat tu. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jangan banyak melawan sangat. Tak bau syurga nanti. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Mulut tu jangan tahu nak kutuk dan ngumpat je. Berdosa 0ooooo0...Ingat tau. Assalammualaikum. Sorry, terpanjang berjela-jela pulak entry kali ni ;p

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)