Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 17 April 2013

macam-macam.macammana.

antara aku dan kau

Just intro.. will coming suatu hari nanti. Tunggu kad jemputan je okey (-.^) insyaAllah. |hahaha| Yang aku suke sangat kenapa? orang lain yang nak kahwin.. Aku yang suke. Okey. Kakak kesayangan saya nak kahwin dah. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendakNya. InsyaAllah. Hilang dahla tempat bermanja saya ni :(  Patutnya buat video pertunangan dia bukan aku punya. |hohoho| Apa-apa pun, saja je aku buat benda alah tu.. Penghias tajuk entry hari ini bagi cantik sikit. Cantik ke? |hahaha| 

Aku bila lagi? InsyaAllah. Dalam masa terdekat ini kah? Biarlah rahsia dulu (^.-) |Bagilah orang yang tua-tua lepas dulu. Uppss| Bukan taknak kahwin muda tapi.. Mesti ada tapi kan?? Tak sampai seru lagi. |heee| Tanya bakal zauj.. Dia dah bersedia dah tapi aku?? Aku pun dah bersedia cuma. Ya. Aku masih menunggu sesuatu daripada Allah. Sehingga kini aku masih menanti dan  menunggu. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kami. InsyaAllah. Kahwin muda banyak manfaatnya. Nak tahu? Jom!

1. Tuntutan agama.
Agama menyarankan kita supaya menyegerakan pernikahan jika cukup syarat-syarat dari segi zahir dan batin. Perkahwinan itu kan sunnah Rasulullah. So ikutla. Dapat pahala. Di akhirat sana pun pasti kita terjamin. InsyaAllah.

2. Mengelakkan dari zina.
Ideologi kolot seperti tunggu dapat kerja tetap. Tunggu beli rumah. Tunggu beli kereta.. Itu semua kita patut tepis. Nafsu anak muda bukan boleh ditahan-tahan. Jalan berpegangan tangan. SMS 24jam. Bergayut siang dan malam. Itu belum tambah lagi tengok wayang sampai larut malam. Overnight lagi. Bukankah itu semua membangkitkan nafsu? Konklusinya segeralah akad nikah.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab.
Sebelum ni ada seorang ibu dan bapa. Sebaik diijabkalbul maka bertambah lagi seorang ibu dan bapa. Semakin besarlah tanggungjawab kita kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Dulu ibu dan bapa sara kita tapi bila dah kahwin kita sara isteri kita pulak.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa.
Jika ditanya pada pasangan suami isteri atau ibu dan bapa kita sendiri apa yang mereka rasai sepanjang perkahwinan mereka? Mereka pasti menyatakan betapa seronoknya alam perkahwinan ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata yang comel. Ye kan? Memang tak dapat dinafikan, masalah memang ada tetapi mereka dapat atasi dengan baik. Mana tidaknya, bila adalah masalah kita dapat menyandarkan beban pada pasangan.

5. Fikiran lebih matang.
Dulu banyak habiskan masa dengan melepak, berfacebook, hidup terumbang ambing. Bila dah bernikah fikiran kita akan lebih berfikir untuk membawa keluarga ke arah kebaikan dan akan melakukan perkara yang lebih berfaedah.

6. Membaiki diri.
Ramai yang mengakui turning point mereka adalah sebaik sahaja mereka berkahwin. Yang lelaki akan mengikis sikap panas baran dan pemalas sedikit demi sedikit manakala perempuan sehari demi sehari semakin rajin ke dapur untuk memasak. Nak harapkan masa bujang dulu.. Tidak la kan. Oleh itu, sebaik sahaja berkahwin, mula detik itulah mereka sedikit demi sedikit berubah menjadi insan yang lebih baik.

7. Plan jangka panjang.
Berkahwin pada usia muda, insyaAllah mesti dapat cahaya mata awal kan? So sebelum waktu persaraan kerja, tanggungjawab sudah selesai kerana anak-anak sudah besar panjang. Tubuh masih cergas dan mempunyai banyak masa. Bolehlah habiskan masa dengan honeymoon lagi. Heee

8. Seks lebih berkualiti.
Tenaga pada usia muda adalah lebih kuat berbanding pada usia lewat umur. Betul kan? Menurut kajian perubatan, faktor kemandulan adalah kerana berkahwin lambat. Pada wanita yang berkahwin pada usia dalam lingkungan 35 tahun dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi. Kan? So kahwin muda.

9. Rezeki bertambah.
Jangan takut kahwin muda. Rezeki kan Allah bagi. Allah tak kan membebankan hanbaNya. Percayalah. Tak nak kahwin awal sebab bimbang banyak kena bayar, sewa rumah, kereta, dan macam-macam lagi itu belum tambah jika isteri mengandung pada awal perkahwinan. InsyaAllah. Allah ada. Dia akan bantu kita.

10. Jangan tunggu lama-lama.
Dah ada kekasih kan? Jangan biarkan dia dikebas orang. Nanti gigit jari sahajalah. Jika anda sayangi dia, salurkan niat anda dengan saluran yang betul dan halal. Buat apa tunggu lagi, jom nikah awal?!



Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??
Hantarkan rombongan meminang! Besok juga!
To bakal Zauj : Terima kasih. Saya akan usahakan supaya hubungan kita ini berlandaskan saluran yang betul. InsyaAllah. |NIKAH is better than COUPLE| :)

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png