Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Friday, 5 April 2013

Mengira Detik Dan Masa.

Inilah bahana dari budak kebosanan :)

Assalammualaikum semua. Selamat malam bagi mereka-mereka yang belum melelapkan mata. Harap semua okey-okey sahaja. Alhamdulillah. Fuhhh! Letih giler berkemas. Jangan jeles. Esok kita dah nak balik. (^.-) Balik mana? Balik kluang la |saja nak sedapkan hati.| Sedihnya rancangan tak menjadi tapi nak buat macam mana kan.. Allah sebaik-baik perancang. Okey. Dah lupakan.

Nak cerita ni.. Esok nak balik. Esok nak balik. Esok nak balik. Seronoknya! Sila la jeles bagi kawan-kawan yang still exam. Jawab elok-elok. |hohoho| To dua adik roomate tersayang, sila la rindu akakmu ni :p Pada kawan-kawan yang akan bercuti, selamat bercuti. Bulan enam kita jumpa balik. InsyaAllah, result exam.. Tawakal okey. Usaha, usaha dah. Just tawakal je. Yang terbaik akan datangNya. If apa-apa terjadi kat result, usaha lagi. Jangan penah putus asa. InsyaAllah tanpa putus asa. Kita pasti berjaya. |Sebenarnya nasihat kat diri sendiri jugak ni. Jangan mudah berputus asa. Jangan mudah mengalah. Jangan lembik sangat!|

Puan ibu bagitahu tadi, esok lepas amik aku kat sini, encik abah akan terus bawak family ke cameron highland. Cameron Highland? Seronoknya! Alhamdulillah. Dapat tengok ciptaan Allah yang Maha Indah itu lagi. SubhanaAllah. Lepas tu puan ibu pesan lagi, kemas siap-siap barang tu time malam ni, esok takut lambat pulak. Encik abah akan gerak dari rumah pukul 7.30 pagi. Kedah dan perak bukanla jauh sangat berbanding perak dan johor. Hurmmm. Ingat johor lagi. Memangla asyik ingat johor sebab aku ada tertinggal something special kat sesebuah daerah itu. EhemII.

Serius, sepanjang exam aku rasa macam tak sempat je nak menjawab. Ya Allah. Aku pun tak tahu apa kena dengan diri aku. Ntah apa tah yang aku karang sampai masa dia bagi pun aku rasa macam tak sempat. Tapi alhamdulillah. Allah ada untuk menjadi penenang aku disaat itu. Syukur. Belajar ini niat ku hanya kerana Allah. Jika aku berjaya suatu hari nanti juga adalah kerana Allah.

Petang tadi exam law. Alhamdulillah tamat dah semuanya. Setelah berakhirnya paper law tadi tepat pukul 4.15 petang, mata hati, mata jiwa, dan mata fikiran betul-betul lega giler. Rasa macam satu batu besar kat kepala ni dah bergolek-golek jatuh kat atas lantai dewan tu. Saat tangan pengawas peperiksaan sentuh paper terakhir aku untuk dikutip, bibirku terus mengukir senyuman, otak dah melayang-layang. "heaven" terima kasih encik pengawas :D

Jam dah menunjukkan lebih pukul dua pagi dah ni. Masa untuk melelapkan mata telah tiba. Sebelum-sebelum ni pun aku tidur lebih kurang macam ni la. Kesian kat mata dan dan badan. Didera dengan penuh keseksaan betul. Okey fine. Kehidupan seorang pelajar macam ni la. "Alah, dah biasa dah pun." Hati berdetik. Okeylah. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Hidup ni jangan banyak sangat mengeluh. Nanti Allah tarik balik kenikmatan yang Dia bagi kat kita. So bersyukurlah. Alhamdulillah. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png