Thursday 1 November 2012

selamat datang november :}






Assalammualaikum. Selamat malam semua (^.-)
Ingat malam ni nak update sikit je sebelum tidur ni. Tadi bukan main mengantuk, sekarang tak nak gatal pulak nak tidur :| Geram je.

November, be nice to me okey? (^_____^) 
Mudah-mudahan apa-apa yang berlaku pada bulan ni semuanya berjalan dengan lancarnya. Amin. Tiga debaran yang ditunggu-tunggu pada bulan ini. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. Harap-harap berjaya la hendakNya. Kalau tak berjaya, jangan sedih dan cuba lagi ^__^

Pertamanya, esok en KA akan pergi temuduga. Semoga berjaya ya. InsyaAllah, jika rezeki dah tertulis dapatla jawatan itu. Amin. Selepas beberapa minggu, keputusan temuduga akan keluar, harap-harap ada lah rezeki buat awak. InsyaAllah. Anyway good luck.

Kedua, 5 November ni |huhuhu| good luck la pada diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Usaha, usaha dah kan? Berdoa, berdoa dah kan? Tawakal, tawakal dah kan? So berserah je lah sama ada dapat or tak sambung belajar ni (^.-) Kalau diikutkan, keputusan tu keluar 30 Oktober tapi postpone pulak. Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu bila keputusannya. Intan yang bagitahu ni. Nampak tak, aku tak hambik peduli pun tentang ni semua? |hohoho|

Dua tiga hari ni aku banyak mesej dengan Aloy kat facebook tu, almaklumla orang nak pergi UWS. Nak tanya jugak kan apa persediaan dia? Dia bagitahu mungkin 5k sebulan dibelanjakan kat sana termasuk makan minum dan tempat tinggal. Pehh. Banyaknya! Mahalnya! Terduduk, tertonggeng terus aku. |Ahh aku tipu| Cer kali 12 bulan. Pastu cer kali dua tahun. |hahaha| Banyak Oooo (o.0) Niatku terkubur di situ.

Ketiga, 27 November ni. InsyaAllah Hari Konvokesyen (^_____^) weeee. Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni. Bukan apa, nak jumpa kawan-kawan. Janji itu ini. Nak datang awal la. Nak keluar sama-sama la. Nak lepak sama-sama la. Nak story sama-sama la. Ntah ada masa ke tidak nanti. Kadang-kadang janji je lebih, buatnya tidak. Masing-masing dah penat.

Okeylah, terpanjang pulak. Sorry. Cukup la dulu. Lain kali aku update lagi. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik. Jaga solat dan jaga akhlak. Assalammualaikum. Selamat malam semua (^.-)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)