Tuesday 6 November 2012

Cerita Semalam (^___^)



Assalammualaikum. Hai. Hai semua (^_____^)
Hari ni punya entry memang bersangkut paut dengan yang semalam. Semalam dan semalam punya entry. |Carilah sendiri ye| |HUHU| Okey, first sekali aku nak memanjatkan kesyukuran kerana nadi aku masih berdenyut lagi untuk hari ini. Alhamdulillah. Aku masih boleh melihat kebesaran Allah lagi. Aku boleh melihat wajah ibu abah dan adik-adik serta family ku lagi. Dan dia yang jauh di sana. Aku tak dapat lihat wajah dia tapi aku dapat merasai cintanya walaupun  jauhnya kami beribu-beribu batu. Apa-apa pun. Syukur! Semangat! (^.-)
 
 
Semalam keputusan uitm keluar untuk kemasukan semester 2 2012/2013 dan kejap. Kejap. Kejap. |HEHEHE| Korang nak tahu? Benda inilah yang aku duk tunggu dari time bulan puasa dan sampai semalam. Ya Allah. Memang betul-betul menguji kesabaran. Okey, keputusan tu dijangka diberitahu pada pukul 2 petang 5 Nov. Aku dengan kawan-kawan try check dalam pukul 2 lebih, tak boleh tahu lagi kot keputusannya. Tunggu punya tunggu. Dalam pukul 4 lebih, dekat-dekat pukul 5 jugak baru dapat tahu keputusannya dan. Dan. Dan alhamdulillah. Aku berjaya. Syukur kepada Allah. Terima kasih abah. Terima kasih ibu. Terima kasih awak. Terima kasih kepada family awak kerana mendoakan kejayaan ini. Dan ibu abah inilah hadiah dariku untuk kalian. Terima kasih :)))
 
 
Ingat tak aku pergi temuduga hari tu? Untuk course perancang bandar dan wilayah. Okey korang silap besar. Aku tak dapat pun course tu -.- Kiranya kejutan la pada diri sendiri. Aku pun terkejut beruk bila tengok kos yang aku dapat. Yang penting, i love you lah pengurusan hartanah. |HAHAHA| Yup, aku dapat course pengurusan hartanah. Ya Allah memang bersyukur sangat. Memang tak dapat digambarkan. Agaknya encik penemuduga tu tolong aku tak untuk dapatkan course pilihan pertama aku tu? Kalau betul lah. Thank you very much encik penemuduga (^___^) Ibu cakap, mungkin rezeki aku. Time temuduga hari tu uitm dekat je dengan rumah, so tak ada alasan untukku tak nak pergi temuduga tersebut.  Lepas tu rezeki lagi bila dapat keputusan, aku dapat course pilihan pertama. Alhamdulillah :D
 
Lupa nak bagitahu, aku akan mendaftarkan diri di Uitm Sri Iskandar, Perak pada 24 Nov ni. 27 Nov ni konvo kot. Aku pun tengah pening. Agak-agak dapat tak aku pergi konvo? Sayangla kalau tak dapat pergi konvo. Inspen ohh Inspen, saya amat merindui anda =.= Tolongla faham saya ni. Saya nak berjumpa dengan anda. Saya harap, saya boleh balik ke pangkuan anda. Saya nak konvo kat dewan jubli yang serba merah tu. Please +.+
 
 
Tak apalah, semoga Allah mempermudahkan urusan ku ini. InsyaAllah. Rezeki dah ada di depan mata, so mensyukurinya lah. Allah bagi peluang so kena menghargainya lah. InsyaAllah. lepas ni aku akan jelajah utm, skudai plak. InsyaAllah dalam course penilaian :) ini bukan sekadar angan-angan mat jenin tetapi aku wajib buktikan. InsyaAllah. Menjadi seorang pegawai penilaian atau valuer itu semakin dekat di hati ini. Okey, masa hadapan. Tunggu aku ye.
 
 
Lastly, nanti aku update lagi ye? InsyaAllah. Jaga diri baik-baik. Jaga solat. Jaga akhlak. Semoga Allah kasih. Semoga Allah sayang. Senyum yang tinggal. Sekarang Allah uji kita, kita kena kuat. Lepas ni Allah mesti hadiahkan kat kita dengan sesuatu yang tak dijangka. Percayalah. Assalammualaikum.  (^_______^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)